↭ Thirty

3.6K 312 655
                                    


' I watch the sun so I don't miss the moon '

______________





Qaz masuk ke dalam rumah. Rakan-rakan dan keluarganya automatik berdiri , menyambut kepulangannya .

Kiranya, semua ahli keluarga dia datang . Ada Shen , Eirna , Rayqal , Luis, Avrin , Anif , Afin , Radin dan Zein .

" Qaz . "

" Uncle Qaz . "

Sapa mereka semua serentak sebelum bersalam-salaman . Qaz sekadar menggumam kecil . Huluran tangan semua disambut baik .

Kot baju dibuka .
Terasa lemas pakai lama-lama .

Baru Qaz nak letak kotnya di sofa , Hana segera meraihnya . Tetapi ditegah oleh si suami .

" Sayang . Tak perlulah . You're pregnant right now . Abang tak benarkan sayang buat kerja berat - berat . "

" Mana ada berat , abang oi ! Kot je pun . "

" Kot pun tak boleh . Gimme back . " Tegas suara Qaz sambil menyuakan tapak tangan ke Hana . Nak tak nak , Hana mengalah . Dilepaskan kot itu ke tangan Qaz .

Bibirnya memuncung , merajuk .
Nak tolong pun tak boleh .

Dalam diam memerhati , semua terkesima . Lagi-lagi Shen . Bulat mata dia memandang kakaknya .

Mengandung ? Seriously ? Anak matanya melirik ke arah Qaz . Dia menggeleng kepala .

Sahlah Qaz gelojoh nak zuriat lagi . Dah masuk 42 tahun pun gatal tak bertempat .

Tumpuan Qaz dan Hana teralih saat Radin dan Afin berdehem .

" Qaz . Nanti-nantilah nak bersweet . Kita ada hal lagi penting nak dibuat . Lepas semuanya settle , kau boleh sambung drama sweet kau dalam bilik . " Selamba Luis mencelah , memalukan pasangan sweet itu .

" Macamlah korang tak kenal dengan abang ipar aku ni . Dari dulu lagi gatal merenyam . Aku memang tak peliklah kalau kakak aku mengandung lagi . " Perli Shen pula , tidak beriak .

Walaupun dia tahu , perlinya tak beri kesan apa-apa pada Qaz . Bekulah katakan . Cuma Hana sedikit malu .

Si geng Qaz hanya mampu menggeleng kepala . Malas nak bertengkar . Isu kecil , nanti teruk diperbesarkan .

" Kau pun dua kali lima sahaja dengan aku , Shen . Gatal merenyam . Ingat aku tak tahu sisi di sebalik perangai kau yang dingin ni . Huh ! "  Bidas Qaz , mematahkan serangan Shen .

Shen dah siap sedia nak balas namun Zein memegang bahu Shen dari bergerak menuju ke Qaz .

" Yaish ! Dah tua pun nak bergaduh lagi ke ? "

" Nak ! " Jawab Qaz dan Shen , bersabung mata . Macam ada arus elektrik bertempur . Radin dan Anif menepuk dahi .

Haih ! Dua ekor ini pantang berjumpa . Belum lagi ada Karl . Kalau ada , mampus ! Perang ketiga berlaku lagi .

" Guys ! Enough ! Kau orang berdua ni macam tak peduli je anak kau orang kena kurung bawah tanah . Gaduh tak ingat dunia . " Marah Afin pula .

Dengar anaknya dikurung, spontan kepala dia menoleh ke Afin .

" Siapa kurung ? "

Tiada siapa menjawab . Masing-masing guna isyarat tangan . Afin menunjuk ke arah Luis , Luis pula tunjuk kepada Radin , Afin kepada Zein , jari Zein pula ke arah Anif .

My Mate , That's Diavolo CriminaleWhere stories live. Discover now