↭ Six

6K 404 32
                                    

' If you're gonna survive, stop thinking like a cop

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

' If you're gonna survive, stop thinking like a cop. You're in my world now! '

______________________




2019

Adalah kemuncak krisis antara Iran dan Afghanistan . Permusuhan antara Amerika Syarikat dan Korea Utara semakin meruncing .

Dan ia memberi kesan kepada seluruh dunia ! Selain kenaikan harga minyak , kopi , besi dan kapas , harga emas juga melambung tinggi .

Dan Alberto telah berada di kedudukan yang tidak boleh disentuh oleh sesiapa . Untuk memperkukuh kan empayarnya , dia telah memilih lima rakan kongsi sebagai lima tiang .

Selepas Asfar tiada , anaknya Mikael telah mengambil bahan mentah yang datang dari Australia dan dibawa ke kilang di mana dia menukarkan emas itu .

Emas yang ditulenkan akan dibawa ke Malaysia dan tugas untuk mengagihkannya jatuh kepada Tengku Fayadhin .

Bryan , kawasan barat di bawah kawalannya . Enric , kekuatan politik yang dia miliki , dengan sokongan Alberto telah memasuki politik nasional .

Kerajaan berada di dalam genggaman tangannya . Kekuatan terbesar Alberto ialah adiknya , Xandro ! Dia membina kubu ini dengan kepintarannya . Anak Alberto , Edra juga ada peranannya !

Kerana mereka berdua , El Dorado sekarang amat dilindungi sehingga tiada siapa berani menunding jari ke arahnya .

Tetapi suatu hari , Alberto diserang stork dan terlantar di atas katil . Apabila dia di ambang maut , semua orang bawahannya mula ingin memiliki El Dorado .

Buat pertama kali di El Dorado jeritan pemberontak didengari . Kerana kenaikan harga emas , Zeo Smith mula dilanda rasa tamak haloba .

Zeo Smith mula merasakan ini adalah masa yang tepat untuk memasuki Klang ! Dia telah bekerjasama dengan Idris , musuh kepada Harris William . Di pelabuhan Klang , dia mula menghantar emasnya ke situ . Tapi sebelum ianya berlaku.. Idris cuba untuk mengambil alih Klang .

" Ia arahan Idris . Kita mesti musnahkan geng Harris William sepenuhnya . Dan jangan tinggalkan sesiapa ! " Kata salah seorang konco-konco Idris . Setelah mendapat informasi daripada orang atasan , dia terus mencari rakan-rakan yang lain.

Lalu mereka semua berpecah . Mencari geng Harris William . Senapang patah diangkat dan membunuh orang-orang Harris William dengan kejam .

Mereka berhenti saat dua orang polis menghampiri . Tanpa membuang masa , salah seorang konco Idris menyoal .

" Kau jumpa dia ? "

" Kami masih belum jumpa dia . " Jawab seorang polis , berkulit sawa matang dan tinggi .

My Mate , That's Diavolo CriminaleWhere stories live. Discover now