↭Twenty Four

4K 309 375
                                    


' I tried to fly away but honey , I'm stuck on you . '

______________________



• Dellia Jasmien Pov

Pen yang dipegang diketuk di bawah dagu sambil merenung jauh ke luar . Apa yang cikgunya menerangkan di hadapan , langsung tidak ambil peduli . Dia tengah angau dengan seniornya.

Senior Cal .

Teringat kejadian yang berlaku kelmarin . Disebabkan dare rakannya, dia perlu memikat Senior Cal selama sebulan . Mula-mula memang dia tidak mahu . Namun , setelah melihat di hadapan mata , tiba-tiba dia berubah fikiran .

Sehubungan itu , coklat yang dibuat sendiri diberi kepada lelaki itu . Sangkaannya Senior Cal akan menerima , tetapi ditolak dengan suara dingin . Kemudian , ditinggalkan seorang diri .

Malu .

Ya . Malu akibat ditolak mentah-mentah . Tapi dia tidak akan berputus asa . Dia akan cuba memikat Senior Cal dalam tempoh dare tersebut .

" Siapa yang rapat dengan senior Cal ya ? " Bibir dikemam . Beberapa minit kemudian , automatik bibir mengukir senyum lebar .

" Senior Aisha mesti rapat dengan Senior Cal . " Dia akan korek rahsia tentang Senior Cal daripada Senior Aisha . Lagipun kelas mereka bersebelahan sahaja . Mesti kenal antara satu sama lain .

Agak-agak Senior Aisha akan bantu dia ke ?





•♕•♕•






Rayqal Shen memandang tajam ke arah Kizz Calvien yang bersenang -lenang bersantai di atas kerusi . Menunggu keputusan Rill tentang permainan baru habis setelah empat puluh lima minit bermain .

Punggung dilabuhkan di atas kerusi . Di sebelah lelaki itu . Tatkala Rill berdiri di depan mereka , masing -masing menegak badan. Fokus tepat pada Rill .

" For this game , team blue win . So lepas ni , team biru boleh pergi cafe terus . "

Dalam banyak-banyak orang , hanya Rayqal Shen dan Ejaz sahaja yang semangat berdiri . Mata Kizz Calvien memanah kepada kelakuan Rayshen Darl yang pelik di matanya .

" Kau kenapa ? " Soalnya mendatar, mata melihat ke arah seluar Rayshen Darl yang pendek sebelah paras lutut .

" Abang aku . Dia tarik kuat seluar aku bahagian bawah sampai koyak . Macam mana aku nak balik nanti dengan seluar sebelah panjang , sebelah pendek ? Tak bisinglah papa aku tu . "

Kizz Calvien mengeluh bosan . Dia datang dekat, dan mencangkung . Bahagian kaki seluar Rayshen Darl sebelah lagi direntap kasar .

Kemudian , bangun menghadap lelaki itu yang kelihatan marah dengannya .

" Woi ! kau buat apa ni ? Aish ! Kau dengan abang aku sama saja perangai . Habis rosak seluar aku . "

" At least kau balik nanti , tak ada lah kau dicop orang gila . " Kizz Calvien menjeling tajam . Iris mata automatik menangkap pergerakan Aisha berlalu melintasinya .

Namun , tangan Kizz Calvien laju menggapai tangan Aisha membuatkan gadis itu kelam-kabut menghentikan langkah . Dan sekelip mata berdiri di hadapan lelaki itu .

Aisha berdehem .

Kaget melihat Kizz Calvien yang merenungnya redup . Darah hangat menyerbu ke wajah . Jantungnya makin berdegup laju .

" Kau nak pergi mana ? "

" Nak masuk kelas . "

Kizz Calvien mengjongket kening . Jarak antara mereka berdua hanya tinggal beberapa inchi sahaja . Tangan Aisha dilepaskan .

My Mate , That's Diavolo CriminaleWhere stories live. Discover now