BAB 1🥀

365 7 0
                                    

Tok!

Tok!

Pintu diketuk kuat seperti ingin mencabut pintu bilik itu. Lantas Dia pergi ke arah pintu biliknya lalu dibuka. Terpapar susuk wanita yang berusia dihadapan muka pintu biliknya.

"Kau ikut aku sekarang" bidas Puan Aira. Ibu Dahlia.

Puan Aira mengheret tangannya mengikut langkah puan Aira sehingga dia dibawa masuk ke dalam kereta kancil itu.

Sampai sahaja dihadapan bangunan kecil yang gelap itu puan Aira menarik Dahlia keluar dari perut kereta lalu masuk ke dalam bangunan itu.

Dahlia yang tidak mampu melawan Ibunya hanya mengikut. Dia tahu dimana dia sekarang. Kelab malam.

Puan Aira mengheret Dahlia sehingga masuk ke dalam bilik persalinan baju itu lalu puan Aira menghulur satu dress merah semerah-merah hati itu kepada Dahlia.

"Pakai ni. SE. KA. RANG" tegas pain Aira satu persatu perkataan sekarang disebut mengikut suku kata tertutup dan terbuka.

Dahlia mengeleng. Tidak mahu. Pakaian itu terlampau seksi. Dengan dress di bawah itu boleh menampakkan pahanya dan bahu yang terdedah bersama dadanya itu turut boleh menampakkannya lagi.

"Kau pakai sekarang sebelum aku paksa kau makan benda alah tu" tegas Puan Aira menunjuk satu ubat yang berada di atas meja solek itu.

Dahlia melihat ubat itu. Lalu dia menelan air liurnya dengan keras. Ubat itu boleh membuatkan dia gila segila-segila seperti tidak waras.

Lantas Dahlia mengambil kasar dress yang dihulurkan oleh puan Aira lalu masuk ke dalam bilik persalinan baju itu.

"Cepat! Costumer aku dah tunggu tu" bidas Puan Aira dari luar pintu bilik persalinan itu lalu pergi dari situ.

Dahlia merenung dirinya di cermin yang panjang yang boleh menampakkan seluruh tubuh badannya itu.

"Sampai bila aku nak macam ni?" Ujarnya sendiri.

"Sampai bila kau nak ikut cakap mak kau tu, Dahlia ?"

"Sampai bila kau nak jadi hamba dia?" Kata nya lagi.

Dahlia palingkan kepalanya pada dress merah yang tersangkut dalam bilik itu. Seksi dan boleh menjatuhkan maruahnya itu.

Tiba-tiba terbit satu idea bernas dalam kepala Dahlia. Lantas dia membuka pintu bilik tu melihat sekeliling. Tiada orang.

Lantas dia mula keluar dari bilik itu dengan berjalan perlahan-lahan. Takut ada orang dengar.

Dahlia menghembus nafas lega apabila berjaya keluar dari bilik persalinan itu. Tiada yang mengesyaki dirinya. Lalu dia melangkah ke arah pintu belakang yang kurang dilaluan orang disitu.

Dia dah cukup hafal setiap sudut dan gerak-geri kelab malam itu namum nasib tidak menyebelahinya hari ini. Puan Aira telah nampak susuknya yang baru ingin keluar dari pintu belakang itu.

"Kau nak pergi mana hah. Dahlia" amarah Puan Aira.

Dahlia terus melarikan diri selepas melihat beberapa lelaki yang berbadan besar mengejarnya yang mengikut arahan puan Aira itu.

Dahlia berlari dengan sepenuh tenaganya. Rambut yang tergerai itu dibiarkan melanggar angin malam itu. Sehingga lah dia berjaya menemui tempat yang cerah dan ramai orang itu.

Baru sahaja dia ingin pergi ke arah tempat yang dipenuhi orang ramai itu. Dia terlanggar badan lelaki yang tinggi lampai tu yang entah muncul dari Mana.

Dahlia terjerit kecil gerangan hampir sahaja dia ingin jatuh namum sempat tangan besar itu memegang tangannya dari jatuh ke atas jalan tar itu.

Lelaki itu menarik Dahlia ke arahnya sehingga hidung Dahlia tersentuh pada dada bidang yang berlapik baju kemeja lelaki itu.

Dahlia mengangkat kepalanya lalu bertemu iris mata bercoklat cair itu. Dia terleka sebentar disitu.

Dahlia pantas menolak lelaki itu sedikit.

"Sorry encik. Saya tak sengaja" Dahlia dengan pantas menyambung lariannya apabila melihat lelaki-lelaki yang mengejar itu tadi semakin hampir.

Lelaki itu hanya melihat pemergian Dahlia dengan ekor matanya sehingga kelibat itu hilang. Dia turut berasa pelik dengan Dahlia yang seakan-akan baru kena kejar dengan hantu. Lelaki itu hanya buat endah tak endah je. Bukan masalah aku.

"Encik ada nampak perempuan lari sini tak?" Soal lelaki yang mengejar Dahlia tu tadi.

"Ada. Dia lari dekat sana" selamba lelaki itu lau pergi ke arah lain.

"Encik tak tipu kan?"

"Kau ada nampak muka kau ni macam penipu ke?" Sinis lelaki itu.

Tiga orang lelaki yang mengejar Dahlia itu lantas berlari ke arah yang ditunjuk oleh lelaki itu tadi.

Lelaki misteri itu mengeleng kepala. Macam-macam.

"X" panggil suara garau itu.

Lelaki yang bernama X berpaling ke arah suara itu.

"Macam Mana orang tu" ujar orang itu.

"Aku dah tembak dia. Jom lah , Faq" selamba X mengatakan soal itu.

Mereka berdua lantas pergi meninggalkan kawasan itu selepas menumpaskan beberapa musuh mereka di sini

Dahlia yang X baru sahaja dijumpai dihiraukan. Tidak ada kaitan dengannya.









Cerita ni maybe 'His Psycho Daisy' maybe pendek sebab dalam 'My Dahlia' ni Sha akan cerita kisah diorang juga.

My Dahlia [SS] | OGWhere stories live. Discover now