BAB 22🥀

66 3 0
                                    

"Dahlia........"panggil dari suara garau itu tapi sangat sinis.

"Baby..daddy baru bagi rasa sakit sikit je ni dan hilang okay baby nak main sorok-sorok lagi ye okay"

"Kau ingat aku tak tahu yang kau masih dekat kawasan ini. Hmm kalau kau tak nak aku cari aku bagi orang-orang aku tolong carikan kau.. okay baby" sinis Tuan Razif.

Tuan Razif menarik nafas lalu dihembus dan selepas itu suaranya menjerit kuat untuk memanggil anak buahnya yang berada dibawa itu.

"Ye boss" kata mereka semua berdiri membuat satu barisan melintang di hadapan Tuan Razif .

"Aku nak korang cari dia. Siapa yang dapat jumpa dia...orang tu akan menjamu selera sekarang sampai malam" arah Tuan Razif.

Mereka yang mendengar itu tersenyum sinis apabila mendengar perkataan 'menjamu selera'. Cukup mereka faham maksud sebalik perkataan itu. Bukan sekali boss mereka ujarnya tapi sudah berapa kali.

"Baik boss"

"Now pergi and then selamat menjamu selera" sinis Tuan Razif lalu keluar meninggalkan ank buahnya yang sibuk mencari susuk anak perempuannya itu.

Tapi semua percakapan yang dikatakan oleh tuna Razif itu dapat didengari oleh Dahlia yang tidak jauh dengan mereka semua itu. Ya dia tidak lagi berlari malah bersembunyi di temapt yang lebih tersorok.

"Harap mereka tak dapat jumpa aku. Ya Allah tolong aku ya Allah" bermacam-macam Dahlia berdoa agar dia selamat daripada dijumpai oleh anak buah Tuan Razif itu.

Dahlia terdiam seketika apabila mendengar suara orang yang sedang mengetuk satu almari yang dia sembunyi itu.

Dahlia sabar...jangan menjerit nanti diorang tahu kau dekat dalam ni.

"Dahlia kau dekat dalam tu?" tanya orang dari luar almari itu.

Dahlia hanya senyap dan tidak membuka mulut.

"Angel, ni aku Rean" ujar dari suara garau itu.

"Rean..." Dahlia mengeleng kepala tidak percaya takut itu bukan suara Xavier tapi hanya khayalannya.

Hampir sahaja Dahlia ingin menjerit telatah pintu almari itu tiba-tiba terbuka, Xavier dengan pantas menekup mulut Dahlia agar diam.

"Jangan menjerit. Kalau kau jerit nanti orang tahu kau dekat sini" kata Xavier lalu dengan perlahan mengalih tangannya dari mulut Dahlia itu.

Dahlia mengangguk.

"Rean..saya takut" adu Dahlia dengan perlahan.

"Aku tahu. Dah jom aku bawa kau keluar sebelum anak buah Tuan Razif perasan tahu aku dekat sini" ujar Xavier lalu mengheret Dahlia.

Auch!

Langkah Xavier terhenti lalu memandang Dahlia yang menahan sakit itu. Matanya tiba terhenti pada abdomen Dahlia yang masih segar darah mengalir itu.

"Tengok aku, Dahlia" arah Xavier bagi menghalang Dahlia melihat pengaliran darah itu.

"Jangan bergerak" lantas Xavier membuka bajunya lalu mengikat pinggang Dahlia bagi menghentikan darah yang mengalir itu.

Dahlia yang melihat tindakan Xavier itu lalu memejamkan mata apabila ternampak badan Xavier yang tidak dibaluti sehelai benang pun.

"Argh" terjerit  Dahlia apabila badannya berasa berada di awangan.

Terbuka mata Dahlia lalu matanya tiba merenung pada mata coklat cair Xavier itu.

Xavier turut juga tertumpu pada mata hitam Dahlia itu.

Lama mereka berkeadaan begitu tiba-tiba ada salah sorang anak buah Tuan Razif yang mula muncul.

"Boss dia datang" jerit anak buah Tuan Razif itu

"Tangkap diorang. Jangan bagi diorang terlepas pun" arah Tuan Razif apabila mengetahui kewujudan Xavier yang datang untuk menyelamatkan Dahlia itu.

"Pegang aku kuat-kuat" lantas Xavier berlari sambil mendukung Dahlia itu dengan sebelah tangannya. Tangan yang kosong itu mengeliarkan sepucuk pistol menembak anak-anak buah Tuan Razif yang sudah berlari ke arah mereka.

"Kau ni pergi mana hah budak" amarah Tuan Razif.

"Nak pergi balik" selamba Xavier lalu menembak pada kaki Tuan Razif agar Tuan Razif jatuh dan tidak datang ke arah mereka.

"Kau"

"Goodbye ayah tiri" selamba Xavier lalu berlari meninggalkan Tuan Razif yang duduk gerangan kaki ditembak bersama anak-anak buahnya yang sudah terbaring dan tidak bernyawa.

============

"Macam mana?"

"Dio okay tapi dia kena tahan ward dalam dua tiga hari macam tu" kata doktor itu yang merupakan kenalan Xavier.

"Thanks King"

"My pleasure. Kalau ada apa-apa terjadi aku yang akan tolong korang semua" ujar King menepuk bahu kawannya itu.

Xavier mengangguk.

"Pergi lah tengok dia. Dia tu dari aku tengah rawat dia lagi asyik termenung je" arah King yang merawat Dahlia tadi.

"Thanks again"

"Okay. Bye aku ada pesakit lain nak kena rawat" lalu King pergi meninggalkan Xavier yang mahu masuk ke dalam ward Dahlia itu.

Xavier melangkah ke arah Dahlia yang ralit merenung luar tingkap hospital itu.

"Dahlia" ujar perlahan Xavier.

"Rean.." tersentak Dahlia apabila ditegur Xavier itu lantas dia berpaling ke arah Xavier yang duduk disisi katilnya.

"Aku tak suka kau fikir perempuan tu" kata Xavier tiba-tiba.

"Perempuan?. Bila masa saya fikir pasal dia?" Berkerut kening Dahlia apabila Xavier yang tiba-tiba berkata begitu tapi sebaliknya dia pelik apabila Xavier yang bisa tahu apa yang dia terfikir itu.

"Jangan nak tipu aku. And untuk pengetahuan kau aku boleh tahu apa yang kau fikir termasuk orang lain" kata Xavier .

"Selain awak siapa yang boleh baca fikiran orang?" soal Dahlia yang ingin tahu itu. Kalau dia pendam pun Xavier alan tahu juga so baik dia luahkan jelah.

"Aku. Ibu aku and adik aku ,Wisha" jawab Xavier.

"Kau kena duduk dekat sini dua tiga hari untuk sembuhkan luka kau dekat pinggang tu" bidas Xavier.

Dahlia mengangguk dan senyap.

Xavier menghembus nafas perlahan lalu berdiri dan menarik Dahlia ke dalam dakapannya.

Dahlia hanya senyap ditempatnya dan mukanya disemban pada dada bidang Xavier yang dilapik dengan baju t-shirt yang Xavier pakai semasa perjalanan ke hospital tadi.

"Kahwin dengan aku dan aku sendiri yang akan jaga kau dengan penuh kasih sayang. Tiada siapa yang boleh sentuh milik aku selagi aku masih hidup"

"Dahlia Aryana marry me and I'll treat you like my princess, angel" kata Xavier sambil mengusap rambut Dahlia itu. Dalam dakapannya dapat dia rasa air mata Dahlia yang basah pada baju tshirtnya itu.

My Dahlia [SS] | OGWhere stories live. Discover now