BAB 25🥀

91 5 2
                                    

Dengan perlahan Xavier meletakkan Dahlia  yang sudah lena dalam dukungannya semasa dalam perjalanan ke bilik mereka.

Tiara yang berada diatas kepala isterinya dibuang lalu diletakkan ke tepi rak kecil yang berada di sisi katil mereka. Lalu getah rambut yang berada pada rambut isterinya dibuang juga lantas jatuh rambut panjang isterinya.

"Sayanggg bangun tukar baju lepas tu pergi mandi nanti dah siap baru tidur" ujar Xavier mengejutkan Dahlia yang masih tidur itu.

"Hmm..tak nak" rengek Dahlia lalu memusing badan membelakangi suaminya itu.

Xavier mengeleng kepala. Macam budak-budak.

"Awakk"  panjang Dahlia panggil apabila berasa dia berada ke awangan itu.

"Mandi dulu lepas tu nak tidur tidur lah"ujar Xavier membawa Dahlia menuju ke arah pintu bilik mandi itu .

Dahlia yang berada dukungannya diturunkan .

"Okay, saya mandi" baru sahaja Dahlia ingin menutup pintu dengan pantas tangan Xavier menahan pintu bilik mandi itu.

"Kenapa...tadi awak yang paksa saya mandi kan. Saya nak mandi lah ni" adu Dahlia.

Cup!

Satu kucupan dihadiahkan pada pipi Dahlia.

"Aw-"

Dengan pantas Xavier mengucup Dahlia lagi sekali tapi pada bibir munggil Dahlia itu.

"Stop calling me awak. I'm your husband now" sinis Xavier.

Dahlia hanya senyap dan memandang ke arah lain kecuali mata coklat cair suaminya itu. Bukan ape kalau tengok tu peh confirm jantung ni laju bekerja.

"Dahlia Aryana, I'm talking with you now" kata Xavier.

"A-a-a-bang" tergagap Dahlia ingin menyebut panggilan yang tidak pernah sekali dia sebut sepanjangan dia hidup di muka bumi ini.

"Yes, angel" tersenyum nipis Xavier mendengar panggilan isterinya walaupun gagap. Takpe benda boleh berlatih kan.

"A-abang saya nak pergi mandi ni" kata Dahlia perlahan.

"Apa sayang nak mandi dengan abang . Okay jom" usik Xavier menarik tangan isterinya masuk ke dalam bilik mandi itu.

"Abang"

"Abang gurau je. Dah sayang pergi mandi. Kalau sayang ada masalah bagitahu abang, abang tunggu dekat luar" kata Xavier lalu pergi keluar dari bilik mandi itu selepas melihat anggukkan isterinya.

Lantas Xavier membuka baju yang dipakainya semasa majlis dan dia hanya memakai seluar sahaja tanpa ada baju yang tersarung pada badannya.

Xavier melabuhkan punggungnya pada birai katil menunggu isterinya siap mandi. Skirn telefon dibuka terpapar gambar Dahlia yang sempat dia ambil semasa Dahlia terlena itu.

Lalu dia mengeserkan ke arah satu apps ni. Kotak message ditekan. Tidak banyak yang menghantar pesanan kepadanya tapi hanya group keluarga yang tidak habis berhenti.

Dimana ada gambar-gambar mereka pada majlis resepsi tadi yang diambil oleh Wisha.

Cantik.

Itu sahaja yang ada dalam mindanya. Cantik apa. Cantik sebab isterinya yang bagai sang pemaisuri yang berada disisi raja. Cantik kerana si bunga dahlia yang mekar apabila menerima air dari sang tuannya. Cantik kerana Dahlia adalah wanita yang pertama yang bertahta dalam hatinya sekarang.

Lalu jari jemarinya mula bermain pada skrin telefonnya sambil menunggu si isteri.

30 minit kemudian...

Pintu bilik mandi terbuka luas lantas Dahlia dengan senang hati keluar sambil mata mencari susuk suaminya itu.

"Tidur pula. Hmm nak gerak ke tak?" guman Dahlia yang berada disisi katil.

Wajahnya didekatkan pada wajah Xavier.

Niat ingin mengejut suaminya terbantut apabila melihat riak wajah suaminya yang nyenyak tidur seperti bayi yang sedang lena.

"Kenapa abang baik sangat dengan Lia?" soal Dahlia menatap Xavier yang terlena itu.

"Kenapa abang kahwin dengan Lia..sedangkan darah daging Lia yang mengalir dalam badan Lia ni adalah orang yang abang benci?"

Dahlia meneliti setiap raup wajah suaminya itu. Ada kesan garis panjang halus yang tidak terlihat pada hujung bibir Xavier. Tapi ianya tidak mencacatkan kematangan lelaki itu.

Lama dia begitu sehingga dia tiba-tiba tersenyum dan tangannya tanpa ada rasa ragu-ragu dia mengusap rambut coklat cair suaminya itu.

"Terima kasih terima Lia walaupun Lia ni dah banyak beri beban pada abang. Terima kasih kerana sayangkan Lia walaupun Lia ni tidak pernah tahu erti cinta. Tapi Lia akan cuba cinta dan sayang kan abang seperti mana abang cintakan Lia ibarat menjaga pertama yang mahal" kata Dahlia.

Sstelah dia lama berkeadaan begitu dia lantas bangun dan mahu pergi ke wardobe namum baru sahaja dia ingin pergi pantas tangan Xavier memegang lengannya.

"Abang" hampir terjerit Dahlia gerangan Xavier menariknya sehingga dia terbaring atas badan Xavier yang tidak berbaju itu.

Xavier merapatkan badannya pada kepala katil itu bersama Dahlia berada atasnya sekarang.

Xavier tersenyum pada Dahlia yang masih melihatnya itu lalu dia menciut hidung si isteri.

"Abang pergi lah mandi lepas tu tidur" ujar Dahlia menolak badan Xavier darinya.

Xavier dengan pantas memeluk Dahlia dengan kemas seperti tidak mahu lepas.

"Biar abang peluk sayang sekejap. Dah lama abang tunggu saat-saat ini" ujar Xavier.

Dahlia hanya ikut kata Xavier dan turut membalas pelukan Xavier itu.

"Abang takkan benci pada orang yang dah mencuri hati abang ni" ujar Xavier yang masih memeluk Dahlia itu.

Dahlia pula hanya senyap dan mendengar ujaran Xavier.

"Abang akan buat sayang jatuh cinta pada abang dan abang sendiri yang akan didik keluarga abang untuk ke arah yang baik" kata Xavier lagi.

"Abang tahu yang abang pun bukan lah bagus sangat tapi abang pernah berjanji selepas abang bergelar suami kepada Dahlia Aryana abang akan menjadi ketua keluarga yang baik dan beragama"

"Abang akan keluar dari dunia mafia abang tapi kalau ada hal yang melibatkan keluarga abang, abang akan masuk dan jangan haraplah orang tu akan hidup"

"Dan kenapa abang kahwin dengan sayang?" Xavier melihat Dahlia itu apabila dia mendengar dekuran halus.

Dahlia sudah terlena dalam dakapan Xavier.

"I'm married because you're the ink that flows through the pages of my heart's story. Where my lips cannot express" sambung Xavier walaupun Dahlia tidak mendengarnya.

Xavier dengan perlahan menolak badan Dahlia ke tepi untuk membetulkan posisi tidur Dahlia itu.

Selimut ditarik sehingga ke dada Dahlia lantas rambut yang menutupi wajah isterinya itu diselit ke belakang telinga.

Direnung wajah bidadarinya itu lama lalu melabuhkan satu ciuman pada dahi isterinya.

Setelah itu dia berlalu ke arah bilik mandi untuk membersihkan dirinya. Tapi sebelum hampir ke bilik mandi sempat dia melihat susuk isterinya tidur itu.

Dia tersenyum dan mengeleng kepala lantas dia menyambung langkahnya itu.


______________

Makkk jealous aku

My Dahlia [SS] | OGWhere stories live. Discover now