BAB 24🥀

86 1 1
                                    

Pintu dewan yang besar dengan perlahan dibuka oleh dua penjaga pintu disitu. Semasa menunggu pintu dibuka luas dia menarik lalu dihembus nafas untuk menenangkan hatinya yang berdegup kencang itu.

"Dengan ini kita mengalukan kehadiran sang puteri yang telah bertahta dalam hati tuan kami. Maka dipersilakan isterinya Puan Dahlia Aryana untuk masuk ke dalam dewan" ujar Azam yang menjadi mc untuk majlis resepsi mereka.

Dahlia dengan perlahan melangkah ke arah Xavier yang berdiri di tengah jalan itu. Menunggu kehadirannya datang padanya.

Tepukan gemuruh diberi oleh Dahlia selepas Dahlia sudah berada disisi Xavier itu.

Xavier tersenyum nipis pada Dahlia lalu menpelawakan lengannya untuk Dahlia memegangnya. Dahlia yang tahu itu lantas memeluk lengan Xavier sebelah dan sebelah tangan lagi memegang sejambang bunga dahlia itu. Bunga yang masih segar lagi.

Maka mereka mula berjalan ke arah pelamin mereka yang ditempah oleh Tengku Faqih kerana dia sendiri tidak tahu.

Mereka berjalan sambil mata-mata memandang mereka yang menjadi watak utama pada kisah mereka ataupun pada majlis resepsi ini. Gaun yang dipakai oleh Dahlia dibantu oleh beberapa orang pekerja perempuan bagi membantu Dahlia berjalan dengan senang.

Sampai sahaja dipelamin mereka . Xavier menyuruh Dahlia duduk dahulu baru lah dirinya yang melabuhkan punggung di samping Dahlia itu.

"Okay.. terima kasih kepada para hadirin yang sudi datang ke majlis tuan kami. Akhirnya berteman juga tuan kami ni" ujar Azam.

"Hmm selalunya nampak je perempuan dia main jentik je. Tapi siapa lah gerangan wanita yang telah mengambil hati tuan kitta ni. Siapa lagi kalau isterinya itu" sambung Thaqif pula yang menjadi duo mc dengan Azam itu.

Tajam mata Xavier memandang dua susuk lelaki yang lengkap dengan pemakaian berformal bagi sesuai dengan mereka yang menjadi mc itu.

"Ada juga nak arwah hari ni" guman Xavier dengan perlahan tapi cukup lah bagi Azam dan Thaqif yang faham apa dia bicara itu.

Xavier mengalih pandangannya pada sisinya apabila berasa ada satu tangan yang dengan lembut mengosok dada bidangnya terlapik baju yang dipakai olehnya itu.

Dahlia tersenyum manis pada suaminya itu dengan perlahan mengosok lembut pada dada bidang suaminya bagi menenangkan hati Xavier yang seperti marah kepada mc itu.

Dia kenal mc-mc itu. Mereka berdua adalah sahabat Xavier juga dan salah seorang kumpulan suaminya sekarang.

Bagaimana dia tahu. Tentang ini dia tahu dari ibu mertuanya iaitu Datin Audrey Zea yang memceritakan sedikit sebanyak tentang suaminya itu sebelum dia sah menjadi isteri Xavier itu.

Xavier turut membalas senyuman manis isterinya dengan mengucup pipi Dahlia itu.

"Awak orang tengok lah" bisik Dahlia dengan pipi yang sudah merah membahang itu selepas menerima kucupan Xavier itu.

"I don't care. Aku nak tunjuk yang kau hanya milik aku sorang. Aku ulang semula . Kau milik aku seorang" kata Xavier memegang tangan kecil Dahlia yang berada pada dadanya itu lalu dikucup.

Semakin merah wajah Dahlia itu apabila berada disisi Xavier itu dan buka setakat wajah yang merah malah jantung ni bagai mahu keluar.

"Selamat korang hari ni sebab ada isteri aku yang sejukkan hati aku ni . Kalau tak memang lepak underground aku bagi dekat korang" kata Xavier dalam hati.

==============

"Hai, kakak ipar" sapa Wisha yang datang ke arah pelamin mereka itu. Abangnya yang berada disebelah Dahlia itu dihiraukan.

"Hai, Sha" sahut Dahlia dengan senyum nipis pada Wisha dan dua orang perempuan yang berada dibelakang Wisha itu.

"Ouh..lupa pula...kak Lia ni kawan-kawan Sha. Qay and Rania" kata Wisha memperkenalkan sahabatnya itu kepada kakak iparnya.

"Hai, Qay. Rania. Terima kasih sudi datang" ujar Dahlia  kepada Qay dan Rania itu.

Mereka berdua mengangguk serentak kepada kakak ipar Wisha itu.

"No problem. Lagipun kitorang tak busy lagi. Btw akak cantik lah sesuai dengan gaun akak pakai tu" ujar Rania itu dengan memuji Dahlia itu.

"Alah..akak biasa je. Cantik mana pun" kata Dahlia.

"Okay lah kitorang pergi makan dulu. Akak layan lah suami kak Lia tu dia dah cemburu dengan kitorang tu sebab kacau bini dia" seloroh Wisha lalu pergi bersama sahabatnya.

"Amboi sedap berbual sampai tak perasan suami dia masih ada dekat sebelah ni" kata Xavier itu.

"Saya perasan lah awak ada dekat dengan saya cuma awak tu lah yang senyap dari tadi tak nak bercakap langsung. Cuba lah buka mulut tu baru lah orang tak-"

Terhenti Dahlia itu apabila merasa sesuatu yang menyentuh bibir dengan pantas.

"Senyap pun" getus Xavier.

"Awak kita dalam majlis lagi lah nanti orang tengok" kata Dahlia itu sehingga membuat Xavier tergelak halus.

"I'm sorry. Abang janji tak buat lagi"

"Tapi tak bermakna abang takkan buat masa kita berdua nanti"

"Awakkk" panggil Dahlia meleret.

"Yah, I'm sorry okay, angel" kata Xavier.

Tapi baru beberapa saat mereka diam Xavier dengan pantas mengucup pipi Dahlia itu. Dahlia pula hanya diam dan tidak melihat suaminya itu .

Merajuk . Dah berapa kali kota kata jangan buat jangan buat. Tapi tengok lah buat juga. Haish yang kena tahan malu tu aku.

Xavier mengangkat kening apabila melihat isteri diam.

Merajuk eh.

Xavier dengan perlahan menunduk kepalanya lalu berbisik sesuatu pada telinga Dahlia itu.

"Awakkk" adu Dahlia meleret.

"Jom kita pergi dekat kawan abang sekejap" kata Xavier yang menghiraukan Dahlia itu.

Dahlia mencebik lalu mengikut langkah Xavier itu.

==========

"Itupun pengantin baru dah datang. Heh bro ingatkan dah lupa kitorang dekat sini" ujar Tengku Faqih itu.

"Mana aku lupa ni Sayang abang perkenalkan kawan-kawan abang. Tu Tengku Faqih bagi  Faqih jelah. Tu Mikhael. Azam. Thaqif and Noah" kata Xavier memperkenalkan sahabat-sahabatnya pada isterinya itu.

Mereka mengangkat tangan menandakan salam perkenalan diantara mereka semua. Dahlia hanya menunjuk senyuman nipis kepada sahabat-sahabat Xavier itu.

"Terima kasih sebab bagi aku discount lebih . Btw pekhidmatan dekat sini bagus" kata Xavier.

"Alah sikit je ni pun hotel keluarga aku jadi kau pun dah biasa dengan ayah aku kan" kata Tengku Faqih.

"Vier, aku ada email kau untuk check masalah tu" kata Mikhael sebalik maksud yang dikatakan.

"Nanti aku check lepas tu kau suruh dua ekor tu buat kerja. No reason" kata Xavier merenung tajam pada Azam dan Thaqif itu.

Mikhael mengangguk.

"Vier..kau nampak Wisha?" soal Tengku Faqih yang mencari crushnya itu.

"Ada je dengan kawan dia. Kau Cari lah sendiri aku nak ke pelamin aku semula. Thanks sebab datang" bidas Xavier lalu pergi bersama Dahlia yang hanya senyap disisinya semasa diberbual dengan sahabatnya.

Xavier melihat wajah isterinya. Hmm macam mengantuk dah tu.

"Sayang jom kita makan lepastu kita balik okay. Majlis ni takpe mama akan uruskan. Jom, angel" Dahlia mengangguk.

__________________________________

Kita yang tulis pun dah jealous

My Dahlia [SS] | OGWhere stories live. Discover now