BAB 23🥀

75 2 0
                                    

"Dahlia" panggil dengan suara yang lembut bagi menyedarkan Dahlia yang jauh termenung.

"Eh aun...mama...sorry tak perasan mama masuk tadi" ujar Dahlia apabila ditegur oleh Datin Audrey Zea itu.

"Kamu fikirkan apa sekarang ni. Hari ni tak payah nak fikir benda lain. Fikir pasal majlis kamu berdua. Hari ini hari kamu Dahlia kamu patut gembira tau" nasihat Datin Zea bagi menenangkan Dahlia yang sedih itu.

Dahlia mengangguk bersama senyuman. Mata tiba tertumpu pada tangan runcingnya yang dihiasi dengan inai-inai merah itu. Cantik.

"Mama tak paksa kamu nak kahwin tapi mama rasa kamu patut dijaga dan dilayan macam bidadari. Kamu kena ingat Xavier sejak dari jumpa kamu tidak hilang nama kamu disebut. Itu menandakan Vier cinta dan sayangkan kamu. Tapi kalau Xavier ada buat apa-apa dekat kamu report je dekat mama biar mama cubit-cubit telinga budak itu," gurau Datin Zea sehingga membuatkan Dahlia tergelak kecil.

"Amboi mama..bab mengumpat dekat orang nombor satu ye" usik Xavier yang berada di muka pintu itu sambil menyilang tangan ke dada.

"Mama cakap benda betul kalau Vier nak kena cubit sekarang pun mama boleh bagi"

"Tak mengapa nanti tak pasal-pasal Masa majlis tangan orang sakit sebab kena cubit dengan mama" ujar Xavier.

Dahlia hanya senyap memerhati dua beranak yang sedang bergurau saka itu.

"Mama" Datin Zea yang seakan faham apa yang anaknya mahukan lalu memandang Dahlia dengan pandangan yang lembut.

"Mama pergi keluar sekejap nanti Sha datang ambil kamu" ujar Datin Zea lalu keluar meninggalkan Xavier dan Dahlia berdua dengan pintu terbuka.

Dahlia senyap lalu mata meliar memandang ke arah lain kecuali wajah Xavier. Kedua-dua belah tangan digenggam.

"R-rean" tergagap Dahlia apabila Xavier yang sudah berdiri dihadapannya. Xavier mendongakkan dagu Dahlia untuk Dahlia melihat dirinya yang ada di sini.

"Jangan cuba sakitkan diri kau lagi. Aku tak suka"

"Kalau saya buat juga?" soal Dahlia. Saja je tanya.

"No. Aku tak benarkan kau sakitkan diri kau because...." Xavier menunduk kepala ke bawah sehingga ke sisi telinga Dahlia.

Dahlia hampir sahaja mahu mengelak namun Xavier dengan pantas memegang pinggang daripada jatuh ke bawah. Jantung bagai mahu lari apabila merasa nafas hangat Xavier yang menyapa telinganya.

"Tum dard ho (You're my pain)" bisik Xavier pada telinga Dahlia itu dengan bahasa asing.

Dahlia yang tidak faham bahasa apa yang diujar oleh Xavier mahu sahaja lari kerana jantung ini . Jantung yang berdegup kencang seperti baru lepas lari 100 meter. Jantung yang seakan faham maksud yang diujar oleh Xavier.

"Your is mine and mine is your, angel" kata Xavier lagi.

Lalu Xavier duduk bercangkung berhadapan dengan Dahlia . Mata hitam Dahlia menjadi tempat dia melihat. Tangan Dahlia yang digenggam itu dipisahkan lalu mengantikan dengan tangan besarnya untuk dia menggenggam tangan kecil Dahlia yang dihiasi lakaran inai-inai itu.

Dahlia yang diam dan memerhati pergerakan Xavier pada dirinya.

"I make my words ,angel. Sekali aku genggam kau, cium kau dan sentuh kau...kau kena ingat yang kau dah jadi milik aku selamanya" kata Xavier .

"Kalau kau rasa sakit atau apa-apa pun...ni..tangan ini yang akan selalu ada dengan kau dan tangan ni lah akan sentiasa menghulur untuk menarik kau dari rasa dunia kesakitan ini" kata Xavier lagi.

Dahlia hanya senyap sambil mendengar kata-kata Xavier itu. Dia juga yakin yang Xavier akan menjaganya dengan baik seperti bidadari. Dia juga yakin selepas kejadian dulu Xavier berhak membuat keputusan ke atasnya untuk bertanggungjawab padanya tapi dia tidak percaya dan takut pada masa itu sampai anaknya yang baru sahaja hidup beberapa bulan mula pergi dalam hidupnya.

"Arfan Hasif. Nama anak kita yang kau selalu kata tu. Kau kena ingat yang anak kita sentiasa menunggu kita di syurga dan maybe dengan perjodohan ini anak kita yang nakkan untuk Kita bersama sehingga ke till jannah. Nanti dah sampai masa Kita boleh jumpa anak kita di syurga nanti" ujar Xavier menyeka air mata Dahlia yang mengalir deras itu.

Dahlia mengangguk dan tersenyum nipis. Kenapa dia menangis. Sebab dia terharu dengan kata-kata Xavier yang membuatkan dia rindu pada anaknya yang telah pergi itu.

'Kita jumpa nanti ye sayang' kata Dahlia dalam hati.

"Ahuk ..ahuk" mereka berdua serentak berpaling ke arah bunyi di muka pintu itu.

"Along kalau tak sabar sangat tu jangan nak buat time orang sibuk dengan majlis kau, long. Ni nanti bunyi je sah tu terus pergi cium bini kau ni,long" bidas Wisha yang mengacau drama alongnya bersama bakal kakak iparnya itu.

Merah padan muka Dahlia malu dengan ujaran bakal adir iparnya itu.

"Along ..kau pergi dulu biar aku yang bawa bakal bini kau ni dekat masjid nanti. Tapi lepas dari tu kau terus pergi dekat hotel sana okay untuk majlis resepsi korang pula" arah Wisha kepada abangnya.

"Yelah" selamba Xavier berkata lalu dengan lembut dia melepaskan genggam itu lalu dia berlalu pergi. Namun sempat juga dia mengetuk kepala adiknya itu kerana menganggu dia tadi.

"Sakit lah sial" geram Wisha.

Dahlia mengeleng kepala dengan telatah dua beradik itu.

=================

"Sah?"

"Sah?"

"Alhamdulillah" ujar tok kadi bersama menadah tangan untuk mengaminkan doa yang akan dibaca nanti.

Selepas doa diaminkan maka halal mereka berdua dan Dahlia akhirnya menjadi milik Xavier Adrean selamanya.

Xavier dengan perlahan bangun dan berjalan ke arah Dahlia yang duduk bersama ibu dan adiknya itu.

"Assalamualaikum ,my beautiful wife" bisik Xavier perlahan.

Dahlia yang mendengar itu terus jantung bekerja dengan laju. Wow naik level duh.

"Xavier, sarung cincin tu" arah Datin Zea lagi.

Xavier mengambil cincin yang dihulur oleh ibunya lalu di sarungkan pada jari runcing isterinya dan selepas itu dia dengan perlahan menunduk kepala untuk mencium dahi isterinya dengan lembut.

Selepas Xavier maka giliran Dahlia pula menyarungkan cincin pada si suami itu.

"Dahlia, salam laki kamu tu" ujar Datin Zea itu.

"Ouh" lalu Dahlia mengambil tangan kasar Xavier diletakkan pada hidungnya.

"You're mine now, angel" bisik Xavier.

Dahlia yang mendengar mahu merah sudah wajahnya seperti udang bakar. Haish kalau nak kata itu jangan lah depan orang malu aku nak cover muka aku yang merah ni.

"I don't care it. Actually you're so cute when you're blushing" ujar Xavier lagi.

Dahlia memuncungkan mulutnya apabila Xavier tahu apa yang bermain dalam kepalanya dan Xavier yang melihat itu tergelak kecil.

"Jangan nak muncung sangat nanti abang cium kan baru tahu" usik Xavier.

Dahlia yang mendengar itu dengan pantas menekup mulutnya. Haish gatal . Tapi dalam hati dan laju bekerja mendengar perkataan abang itu.

My Dahlia [SS] | OGWhere stories live. Discover now