BAB 6🥀

158 6 0
                                    

Langit yang sudah gelap bersama bintang-bintang yang meliar merata-rata di atas langit itu bersama bulan purnama yang terang berderang itu. Ada juga tahi bintang yang pergi laju disekililing bintang-bintang yang berada di situ.

Dahlia yang melihat tahi bintang itu berada diantara bintang-bintang itu lantas membuat hajat. Saja je dia cuba berdoa kepada Allah agar doanya kali ini termakbul.

Habis sahaja dia berdoa kepada Allah dia masuk semula ke dalam kelab malam yang dihuni oleh ramai pelanggan itu.

"Aryana" panggil dari suara wanita yang berada di kaunter minuman itu.

Dahlia berpaling ke arah sang suara itu lantas melangkah perlahan ke arah ibunya yang riak muka dingin dan seakan-akan mahu memarahinya lagi.

"Apa dia puan" sahut Dahlia. Dia akan memanggil Puan Aira dengan gelaran puan di kelab malam tapi dirumah dia akan memanggil gelaran ibu pula. Ini kerana Puan Aira tidak mahu orang-orang disini mengetahui yang dia anak kepada pemilik kelab malam itu, Puan Aira.

"Kau pergi kemaskan bilik di hujung sana. Nanti ada pelanggan aku nak guna bilik tu pula" arah Puan Aira sambil tangan menunjuk bilik yang berada di hujung ataupun tempat yang tersorok. Itu salah satu bilik VIP yang berada di kelab malam itu.

Dahlia tidak berkata apa-apa malah hanya mengangguk lalu berjalan perlahan menuju ke bilik yang ditunjuk oleh Puan Aira sebentar tadi.

Dia bersyukur kerana Puan Aira tidak memaksanya membuat kerja yang gila lantas hanya menyuruh dia menjadi pelayan dan jadi tukar cleaner di situ selepas Puan Aira mengetahui kandungannya.

Dia masih ingat dimana dia berusaha gigih menyembunyi kandungannya daripada ibunya agar tidak terkantoi tapi akhirnya Puan Aira yang mengetahui soal ini sendiri.

"Berapa bulan?" Soal Puan Aira memandang kosong kepada Dahlia yang duduk di birai katil itu.

Dahlia mengangkat kepala melihat ibunya yang tiba-tiba datang ke biliknya lantas menanyakan soalan yang dia tidak sangka akan terkeluar dari mulut Puan Aira sendiri.

"Aku tanya ni dah berapa bulan, Lia?" tanya Puan Aira lagi apabila Dahlia masih senyap dan tidak menjawab soalannya tadi.

"Du....du..dua..ibu" tergagap-gagap Dahlia yang ingin mengatakan soal ini.

Puan Aira tidak lagi bertanya ataupun berkata apa-apa malah keluar dari bilik Dahlia dengan menutupi pintu Dahlia dengan perlahan.

Dahlia hanya memandang gerakan ibunya dengan riak yang masih terkejut dengan soalan Puan Aira tadi.

Dahlia mengeleng kepala bagi menghilang kejadian itu dari fikirannya lalu menyambung kerjanya membersihkan bilik VIP itu ditemani anaknya yang berada dalam kandungannya yang berusia dua bulan.

Sentuhan terakhir membetulkan selimut pada atas katil itu dan akhirnya siap juga dia mengemas bilik itu setelah beberapa minit yang lalu dia mengambil masa mengemaskan bilik ini.

Bilik VIP ini tidak lah berapa luas tapi boleh lah lebih kurang luas dengan ruang tamu dirumahnya itu. Cukup lah satu katil yang bersaiz King yang muat empat orang disitu lantas ada juga beberapa jenis air haram yang tersusun di atas meja kecil itu. Ada juga TV yang bersaiz 30 cm di hadapan katil itu.

"Siap juga aku kemas. Now Kita sambung kerja Kita pula ye baby" ujar Dahlia yang mengusap perut yang mula membentuk.

Entah lah dia tiada rasa mahu gugurkan kandungan ini malah ingin membunuh bayi yang bakal lahir suatu hari nanti tiada dalam kamus hidupnya.

Bagi Dahlia anak ini adalah satu-satunya benda yang berharga padanya dan satu anugerah padanya yang Allah telah berikan kepadanya walaupun pada masa yang sama dia berasa berdosa dengan sikap cuainya beberapa bulan yang lalu.

My Dahlia [SS] | OGWhere stories live. Discover now