BAB 26🥀

75 2 0
                                    

Dahlia dengan perlahan membuka mata. Selamat tak terkejut dia gerangan tiba-tiba wajah suaminya yang kacak tu terpapar di hadapan wajahnya.

"Haish..abang ni terkejut Lia" ujar Dahlia.

"Good morning sayang. Jom turun abang dah siapkan sarapan untuk my beautiful wife sebelum tu sayang pergi gosok gigi lepastu turun . Abang tunggu dekat bawah" arah Xavier tersenyum sehingga menampakkan lesung pipitnya itu.

Dahlia lantas mengangguk dan berlalu bangun. Tapi baru sahaja dia ingin melangkah pergi tangan Xavier dengan pantas menariknya sehingga dia terbaring pada katil semula.

"Abang!!"

"Hmm, darling?" Xavier mengangkat kening sebelah bersama senyuman yang manis disedekahkan kepada si isteri.

"Pergi lah..nanti sejuk pula makanan dekat bawah tu" Dahlia cuba menolak badan Xavier yang menindih dirinya itu tapi siapa lah dia yang mampu menolak kekuatan seorang lelaki tu.

Xavier tidak berkata tapi matanya tetap merenung pada mata hitam isterinya itu. Lama dia merenung dengan perlahan dia mendekatkan bibirnya sehingga bertemu bibir munggil isterinya.

Dahlia yang terkejut dengan itu mahu sahaja lari tapi tangan Xavier yang berada di belakang kepalanya telah menghalanginya untuk lari.

Nafas bertemu nafas. Mata bertemu mata. Cinta dibalas cinta.

Itu yang mampu saya cakap.

Lama mereka begitu akhirnya Dahlia yang meminta untuk Xavier jauhkan kerana kekurangan pernafasan.

"Just like before" getus Xavier.

"Ishh pervert lah abang ni. Dah lah Lia nak pergi gosok gigi lepastu makan. Saya lapar tau" cebik Dahlia lantas dengan cepat dia berlari masuk ke bilik air apabila tiada badan yang menindihnya lagi.

Xavier mengeleng kepala melihat telatah isterinya itu. Comel. Lantas dia pun turut bangun membersihkan tempat tidur mereka agar menjadi rapi selepas siap baru dia turun ke bawah untuk menghidang makanan mereka berdua.

=============

Seusai bersarapan pagi bersama suami tercinta. Xavier mengajak Dahlia ke tempat yang diri sendiri tak tahu. Kata Xavier tempat special. Apa yang special dia tak tahu. Kita hanya ikut je.

Pandangan ditunjuk ke arah luar cermin kereta yang dipandu oleh Xavier. Manakala sebelah tangannya tidak lepas dari genggam suaminya.

Apabila berasa kereta tidak bergerak lagi Dahlia berpaling memandang suaminya yang sedang membuka seatbeat itu seterusnya membantu membuka seatbeatnya pula.

Selepas dari itu, Xavier lantas membolos keluar dari perut kereta dan bergegas jalan ke arah pintu kereta yang diduduki isterinya.

"Jom, sayang, Ada a person special tengah tunggu kita" ajak Xavier menghulurkan tangan kepada isterinya.

Dahlia yang ingin berfikir soal 'a person special' yang dikatakan oleh suaminya itu terbantut lantas menyambung huluran suaminya.

PERUMAHAN ORANG TUA

Berkerut kening Dahlia berfikir kenapa suaminya mengajaknya ke sini.

"Abang, Kita nak buat apa kat sini?" soal Dahlia yang masih mengikut langkah suaminya yang sedang berjalan ke hadapan.

Xavier tidak berkata malah menunjuk senyuman nipis pada isterinya lalu terus menyambung langkahnya menuju ke satu bilik yang tertera 'Pejabat'.

"Assalamualaikum Encik, ada yang boleh saya bantu?" tanya seorang penjaga yang berada di pejabat itu .

"Mrs. Hana" getus Xavier dengan sepatah perkataan nama itu.

Penjaga yang menjaga di pejabat itu dengan perlahan mengangguk lalu dia mengangkat tangan menunjukkan tempat dimana yang harus dituju.

Xavier mengangguk lalu berlalu pergi bersama tangan masih menggenggam tangan kecil isterinya itu.

Dahlia yang pelik dengan sikap suaminya itu. Haish tak reti nak ucap terima kasih ke suami aku ni?.

"Terima kasih encik" ujar Dahlia yang sempat menunjuk senyuman nipisnya kepada penjaga itu.

Penjaga itu turut mengangguk dan berucap sama-sama kasih kepada Dahlia.

"Don't do it again, Dahlia" kata Xavier perlahan tapi terselit ketegasannya itu.

"Dah abang berat mulut sangat nak cakap terima kasih. Lia tolong jawab lah" kata Dahlia.

"Okay sayang lain kali abang cakap terima kasih kecuali sayang je tak boleh cakap. Senyum pun tak boleh"

"Kenapa tak boleh? Senyum kan sedekah. Lepas tu dapat pahala banyak" selamba Dahlia berkata.

"Because your smile is mine and no one can't see my dahlia. Pasal pahala tu sayang boleh buat banyak pahala dengan satu benda je" sinis Xavier.

"Apa dia?" soal Dahlia.

"Layan abang lah. Kalau sayang bagi peluang kan memang hari-hari sayang dapat pahala tapi berganda-ganda pahala sayang nanti" usik Xavier.

"Ish abang ni boleh pula ke situ" mahu sahaja dia ingin memukul suaminya itu tapi terbantut gerangan ada susuk wanita yang berusia berada dihadapan mereka berdua.

"Assalamualaikum, ibu. Ibu sihat?" soal Xavier menyalami wanita yang berusia itu lantas dia menyuruh isterinya untuk turut menyalami wanita itu.

"Alhamdulillah keadaan ibu semakin hari semakin baik. Rean siapa ni?" soal Puan Hana itu apabila perasan akan kewujudan dahlia yang tiba menyalami tangannya itu.

"Ni Isteri Rean, anak ibu . Dahlia Aryana" dengar sahaja jawapan suaminya itu dahlia terbuntang luas matanya pada Xavier.

"Betul ke abang?"

Xavier mengangguk. Lalu menyuruh isterinya untuk bercakap dengan Puan Hana ibu kepada Dahlia.

"I...ibu" Dahlia dengan pantas memeluk insan yang telah melahirkannya. Walaupun dia tidak sama sekali tahu akan kewujudan ibunya itu. Dia dari kecil hanya tahu Puan Aira yang menjadi ibunya itu.

"Ibu minta maaf" ujar Puan Hana kepada Dahlia.

Lama mereka berdua dalam pelukan dan Xavier hanya menjadi patung memberi peluang kepada isterinya merasa kasih sayang seorang ibu yang melahirkannya.

Akhirnya Puan Hana yang meleraikan pelukan itu lalu tersenyum.

"Mesti anak ibu cantik kan?" senyum Puan Hana yang mula meraba pada wajah Dahlia.

"A-abang"

"Ibu tak dapat lihat dunia ni lagi sayang tapi ibu bernasib baik dapat bernyawa walaupun tak nampak" jawab Xavier yang tahu akan persoalan yang bermain dalam minda isterinya itu.

Dahlia hanya diamkan diri lalu mengusap wajah ibunya yang tidak dapat melihatnya.

"Mesti lah anak ibu kan" ujar Dahlia bagi memesrakan lagi keadaan.

Puan Hana tersenyum lalu memegang tangan kecil Dahlia yang bermain pada mukanya itu.

"Abang Lia nak teman ibu makan boleh?"

Xavier mengangguk lantas Dahlia berlalu pergi bersama Puan Hana menuju ke kantin untuk meluahkan masa bersama dengan ibunya itu. Xavier pula hanya memerhati dua susuk itu dari jauh.

"Kau dah jumpa dia?" soal Xavier dalam menjawab panggilannya itu.

"Done, X. Nanti Kita jumpa dekat markas" ujar seseorang itu pula.

"Bereh" Xavier berlalu ke arah isterinya dan ibu mertuanya selepas tamat menjawab panggilan itu.

My Dahlia [SS] | OGWhere stories live. Discover now