BAB 16🥀

78 1 0
                                    

Gelisah. Panik. Peluh pada dahinya menitis. Rasa ini. Sudah lama dia tidak merasa keaadan ini. Dia sendiri tidak tahu kenapa dan apabila dia merasa perasaan ni seakan-akan dia pernah mengambil benda alah itu.

Sedangkan dia tidak pernah sekali mengambil malahan tidak pernah sentuh benda alah itu.

Tapi ada kalanya ibunya, Puan Aira selalu memberi satu pil kepadanya hampir setiap hari. Dia sendiri tidak tahu pil apakah itu.

Yang dia tahu hanya makan dan menelan pil itu kerana tidak mahu dipukul atau didera oleh Puan Aira.

Rambut diraup kasar sehingga menjadi serabai menahan perasaan ni membuatkan dia seperti hampir jadi gila.

Kenapa dengan aku ni? Kenapa dengan kau ni Dahlia?

Mata meliar sekeliling ruangan bilik itu. Peluh mula membasahi dahinya dan lehernya.

PRANGG!

"ARGHHH!" Dahlia menolak segala objek dan barang ada di meja solek itu.

Tempat tidurnya turut menjadi tempat dia melepaskan amarahnya.

"Dahlia sayang kenapa ni...ya Allah" ujar Datin Zea yang masuk ke dalam bilik Dahlia itu.

Terkejut dia melihat ruangan bilik itu sudah bersepak dengan kaca yang pecah selimut dan bantal sudah tidak berada di tempatnya.

Dahlia menjadi semakin teruk.

"Lepaslah" tegas Dahlia.

"XAVIER!" panggil Datin Zea dengan kuat yang entah berada dimana sekarang.

"Ye ma..kenapa?" tanya Xavier yang baru masuk ke dalam rumah itu.

"Dahlia" Xavier yang mendengar sepatah nama itu lantas bergegas ke atas untuk melihat Dahlia hilang kawalan lagi.

"Dahlia" panggil Xavier dengan nada lembut lalu cuba melangkah ke arah Dahlia yang masih mengamuk itu.

"ARGHH!!..aku kata lepas..lepas lah sial" jerkah Dahlia yang sudah dalam keadaan yang lebih teruk.

Xavier memeluk badan kecil Dahlia yang masih meronta-ronta ingin dilepaskan dalam dakapannya.

Lantas badan Dahlia dicempung lalu dibawa masuk ke dalam bilik mandi itu apabila dia berasa pelik akan Dahlia itu.

Baru sahaja dia ingin lari apabila dia diletakkan dalam tab mandi Xavier lebih pantas menyiram badannya dengan air itu.

Pili air ditutup apabila air dalam tab itu sudah penuhi dan Dahlia tidak lagi mengamuk . Ia hanya senyap di dalam tab mandi apabila merasa air yang menyerang badannya. Sejuk.

"R-rean.." tergagap Dahlia apabila merasa badannya berasa sejuk.

"Kau rendam badan kau dulu..bagi hilang rasa tu" pantas Xavier mengusap rambut basah Dahlia itu.Mata hanya tertumpu pada mata hitam Dahlia.

Sstelah beberapa minit dalam keadaan sebegitu Xavier lantas berdiri dengan betul.

"Nanti mama datang uruskan kau" tenang Xavier lalu berlalu keluar meninggalkan. Dahlia yang terpinga-pinga itu.

Dahlia hanya melihat pemergian susuk Xavier dengan matanya yang layu.

Kenapa awak selalu baik dengan saya..Rean? gumannya dalam hati. Hatinya berasa sungguh bersalah kerana Xavier sudah banyak menolong dan menyelamatkannya bila dia dalam keadaan yang tersepit.

=========

Air cappuccino caramel dicicip sambil telinga ralit mendengar segala gossip baru oleh mulut murai sahabatnya itu. Kadang-kadang ada juga yang menarik perhatiannya.

My Dahlia [SS] | OGWhere stories live. Discover now