BAB 20🥀

81 3 0
                                    

"Ikut aku. Jangan tinggal jauh dari aku walaupun satu meter sekalipun" terpinga-pinga Dahlia mengikuti langkah Xavier yang entah mahu bawanya kemana.

Dari pandangan sekeliling seperti pusat membeli-belah .

Wow, macam ni eh pusat membeli-belah.

Ralit dia melihat setiap sudut pada kedai-ledai di situ sehingga lah mukanya tersembam pada sesuatu yang keras. Macam tiang pun ada.

Kepala diangkat perlahan. Gulp!

Okay lain kali aku jalan tengok depan takkan tengok tempat lain.

"What i said before to you" tegas Xavier tapi cukup perlahan seperti menahan sabar denag perangai Dahlia yang susah nak dengar arahannya.

"Sorry" pinta Dahlia dengan wajah menunduk. Takut mahu melihat padangan maut si Xavier ni.

Xavier berdiam di situ sambil mata merenung Dahlia yang menunduk itu.

"Jangan nak cuba leraikan" tegas Xavier menarik tangan halus Dahlia menuju ke arah sebuah kedai.

Dahlia hanya senyap dan mengikut kemana Xavier pergi dengan memegang tangannya itu.

"Kita nak buat apa kat sini?" soal Dahlia perlahan apabila melihat kedai yang telah dimasuki oleh mereka berdua itu. Kedai emas.

Xavier hanya diam dan membawa Dahlia pada sebuah kerusi untuk diduduki.

"Selamat tengahari Puan dan Tuan ada apa-apa yang boleh saya bantu?" sapa salah seorang pekerja wanita di kedai emas itu.

"Show something for my wife" kata Xavier lalu berlalu pergi ke sudut mahu memberi ruang kepada gadisnya melihat cincin itu.

Pekerja wanita itu mengangguk.

"Okay Puan dekat sini kita pelbagai jenis cincin yang sesuai dengan Puan. Puan boleh pilih nak yang mana" katanya bersama senyuman disedekahkan kepada pelanggan mereka.

Dahlia teragak-agak mahu melihat cincin-cincin yang berada dihadapan nya bersama tersenyum kekok apabila dipanggil Puan.

Weyh aku tak kahwin lagi lah.

Kalau tiada yang Puan berkenan dekat sini mari saya tunjukkan kepada puan satu aksesori yang limited dekat sini. Sambil tu Puan tengok lah aksesori yang lain sementara saya mengambilnya" ujar pekerja wanita deny penuh ramah.

Dahlia mengangguk bersama senyum kekok yang masih terkekok lagi. Sebenarnya bukan dia tak berkenan tapi bila tengok pada harta pada setip aksesori tu. Puhhh mahal mat.

Sambil menunggu matanya tiba tertumpu pada satu rantai halus tapi designnya cukup simple dan menarik perhatiannya.

"Puan.." panggil pekerja wanita tadi untuk menyedarkan Dahlia yang terlampau ralit melihat rantai itu.

"Sorry..Adik boleh tak tolong ambil rantai yang ini akan nak tengok kejap" minta Dahlia menunjuk rantai yang menarik perhatiannya tadi.

"Rantai ni ya Puan"

Rantai itu dihukur kepada Dahlia.

Dahlia membelek-belek rantai itu. Cantik. Rantai yang tengahnya ada satu ukiran swan yang berwarna putih bersih bersama sinaran kecil bagi menambahkan keanggunan rantai ini.

Lalu rantai itu dikembalikan kepada pekerja wanita itu.

"Puan ini cincin yang limited tu..cincin ni memang limited dan exclusive kerana dia punya design cantik biarpun simple tapi mampu menarik ramai pelanggan-pelanggan kami disini. Dan cincin ni hanya tinggal satu sahaja kerana cincin ni adalah edisi terakhir daripada kedai kami" terang pekerja wanita itu.

My Dahlia [SS] | OGKde žijí příběhy. Začni objevovat