BAB 2🥀

179 6 0
                                    

Dahlia terteleng kepala ke kanan apabila menerima tamparan yang kuat oleh puan Aira. Dengan kedua-dua belah tangannya dipegang oleh dua lelaki yang mengejarnya tadi manakala seorang lagi lelaki itu berada di sisi puan Aira.

"Aku dah warning dekat kau yang jangan sesekali lari dari aku" bidas Puan Aira menolak dahi Dahlia dengan jari telunjuknya.

"Now kau dah ingkar arahan aku kali ini." Puan Aira berpaling ke arah anak buahnya.

Lantas lelaki yang berada sisi puan Aira pergi mengambil sesuatu apabila menerima pandangan puan Aira. Beberapa saat kemudian lelaki itu kembali semula dengan secebis besi yang berwarna merah kejinggaan itu.

Puan Aira lalu mengambil secebis besi itu dengan menggunakan penggepit besi yang telah dibawa oleh lelaki itu juga.

"Buka baju dia" arah Puan Aira kepada lelaki itu lagi.

Terbuntang luas mata Dahlia semasa mendengar arahan puan Aira. Buka baju dia depan lelaki-lelaki yang bukan mahram.

"Jangan!" Tempik Dahlia cuba melepaskan pegangan itu.

Tapi tiada siapa yang mendengar arah Dahlia malah lelaki itu dengan pantas mengoyak baju t-shirt yang dipakai oleh Dahlia itu. Terlihat lah badan Dahlia yang putih dan pinggang yang kecil itu.

"ARGHHHH" jerit Dahlia apabila merasai sesuatu yang panas pada perutnya.

Puan Aira lalu beralih mendekatkan besi yang panas di tempat lain. Pinggang. Perut.Dada. Belakang badan Dahlia turut didekatkan sehingga meninggalkan kesan parut yang boleh mengingatkan dirinya.

Dalam puan Aira melakukan kerjanya. Dahlia menjerit sehabis baik semasa menerima besi yang panas pada badannya. Hanya jeritannya yang memenuhi ruang ni. Pada malam ni dan saat ini.

30 minit yang lalu. Tiada suara jeritan dari Dahlia. Lantas kedua-dua lelaki yang memegang tangannya melepaskannya di dalam bilik persalinan itu selepas Dahlia diangkut ke sini.

Dahlia berasa lemah dan sakit dengan segala kesan yang dia dapat malam ini. Matanya tidak mampu dibuka tapi dia boleh mendengar percakapan puan Aira kepadanya dengan samar-samar.

"Aku dah kata jangan ingkar arahan aku. Buat je  apa aku suruh. Kan kau dah kena" sindir Puan Aira menghadap Dahlia yang terbaring lemah itu.

"Kau ambik ubat ni sapu tempat kesan tompok itu. Esok aku nak tengok tiada tompok-tompok hitam dekat badan kau" puan Aira beralun pergi keluar dari bilik persalinan itu. Tinggal Dahlia bersendirian di dalam bilik itu.

Selepas kelibat puan Aira hilang Dahlia dengan perlahan-lahan bangun dari pembaringannya. Sakit. Lalu dia mengambil ubat yang dicampak oleh puan Aira tadi

Dia menyapu krim itu pada tempat yang meninggalkan kesan besi panas tadi. Lalu dia mengambil satu baju t-shirt yang sudah ada di bilik persalinan itu dan menyarungnya pada badannya.

Dahlia baring semula pada sofa di bilik itu dengan perlahan. Tergigit bibirnya kerana menahan sakit itu. Biarlah sudah disapukan krim tapi rasa itu masih sakit lagi.

Dia merenung pada siling di bilik itu. Dalam beberapa minit Dahlia terbuai mimpi. Mimpi yang dia ingin menjadi realiti tapi semua itu hanya hampeh.

       =========================

Susuk jejaka yang tinggi lampai sedang menyandarkan badannya pada kereta Porsche hitamnya. Mata melihat pada skrin telefonnya sambil menunggu Adiknya keluar dari pusat membeli-belah itu.

"Xavier" panggil dari suara garau yang tiba di hadapan lelaki itu.

"Faq. Kau buat apa Kat sini?" Mereka berdua berjabat tangan apabila bertemu.

"Aku teman bonda aku sekejap dekat sini. Kau buat apa pula?" Soal Tengku Faqih semula kepada Xavier.

"Tunggu budak cengeng itu beli barang. Entah barang apa lah dibeli sampai berjam-jam" kata Xavier pula.

"Alonggg" panggil seorang gadis yang berjalan ke arah mereka berdua itu. Mereka berdua memusingkan kepala melihat panggilan itu.

"Dah?" Soal Xavier.

Wisha mengangguk sambil tersenyum kepada abangnya. Lalu dia berpaling ke arah Tengku Faqih yang masih menatap dirinya itu.

"Arrr..ni siapa , Long?" Tanya Wisha yang memandang pelik ke arah Tengku Faqih yang masih tidak mengubah penglihatan itu.

"Tengku Faqih, kawan kolej Along dulu" balas Xavier yang mengambil beg-beg kertas dari pegangan Wisha itu lalu dibawa masuk ke dalam bonet keretanya.

Wisha mengangguk.

Xavier menyuruh Wisha masuk ke dalam kereta dahulu. Memberi ruang dia bercakap dengan Tengku Faqih sebentar.

"Wisha" menunduk sedikit kepalanya tanda salam perkenalan dari Wisha kepada Tengku Faqih yang masih berdiam diri itu lalu dia membawa dirinya lalu membolos ke dalam perut kereta Porsche Xavier itu.

"Allahuakhbar. Kau ni Vier" melatah Tengku Faqih apabila Xavier dengan tiba-tiba memukul belakang badannya itu.

"Jauh sangat kau tengok Adik aku tu, Faq" sinis Xavier.

"Sorry lah. Tapi Adik kau cantik" balas Tengku Faqih yang menyatakan fakta.

Wisha sangat cantik dengan mara coklat cair yang menarik perhatiannya itu. Rambut yang di warna dengan dark red itu menambahkan keanggunan gadis itu.

"Adik aku sejak lahir lagi dah kena puji cantik so kau punya pujian itu dah basi dah " ujar Xavier.

"Okay lah bonda aku dah keluar tu. aku balik dulu. Jumpa dekat markas nanti" kata Tengku Faqih lalu berjabat tangan dengan Xavier dan melangkah pergi ke arah bondanya.

Ya Allah kenapa hati ini terasa berdegup kencang bagai mahu tercabut bila bertemu bidadari yang berjaya memikat hatinya ini.

Tengku Faqih tersenyum bila mengingatkan wajah Wisha yang berkacukan Jerman itu. Beauty and pretty. Ya Allah Qih anak dara orang tu. Tak baik kau angau-angau macam tu.

Terus angauan Tengku Faqih yang tadi dikaburkan dari mindanya lantas menolong bondanya membawa barang-barang yang dibeli oleh bondanya di pusat membeli-belah itu.

"Kawan Along tu angau cinta ke apa?" Soal Wisha tiba-tiba kepada Xavier yang sedang memandu kereta itu dengan hanya sebelah tangan sahaja malah sebelah lagi diletakkan pada riba Xavier.

Ciri-ciri lelaki idaman.

Xavier memandang adiknya sekilas lantas mengangkat kedua-dua bahu tanda tidak tahu.

"Bukan lah. Dia tengok Sha ni sampai ke hati dia tu" balas Wisha yang tahu isi fikiran abangnya itu.

Xavier mengangguk.

"Kenapa, kau suka ke dekat dia?" Tanya Xavier mengerling Wisha sekilas lalu fokus kepada pemanduannya.

"Tak de makna lah aku nak suka dekat dia. Banyak lagi perempuan lain dia boleh cari kecuali aku." Sinis Wisha.

"Suka hati kau lah. Kalau kau suka pun tak de kena mengena dalam hidup aku ni" perbualan mereka terhenti di situ. dan Xavier fokus memandu keretanya.















cinta pandang pertama

My Dahlia [SS] | OGWhere stories live. Discover now