BAB 17🥀

74 2 0
                                    

Wisha berjalan memasuki rumah agam itu selepas lepas dengan dua orang gila itu. Tangga dipangkah beberapa kali sehingga bertemu perhatiannya.

Lalu dia meneruskan langkahnya menuju ke bilikmya melintas bilik tetamu yang dihuni oleh Dahlia.

Baru sahaja dia melepasi bilik Dahlia itu langkahnya terhenti apabila mendengar sesuatu dari bilik Dahlia itu.

Langkah diundur beberapa kali sehingga telinganya menapak pada pintu itu.

Seperti suara esakan tapi perlahan.

Kak Dahlia menangis?

But why?

Wisha yang ingin kembali sambung langkahnya yang tergendala tidak jadi apabila mendengar bunyi barang yang jatuh dari bilik Dahlia itu lantas dengan cepat dia memulas tombol bilik itu.

"Kak" panggil Wisha apabila berjaya membuka pintu bilik Dahlia itu.

"Kenapa Sha?" tanya Dahlia melihat riak muka Wisha yang sepertinya risau.

"Tadi Sha dengar macam ada barang jatuh jadi Sha cepat lah buka pintu takut Kak Lia jadi macam.."

"Macam orang gila..sorry tadi Kak Lia nak ambil ubat tadi tapi tiba Kak Lia tersepak kaki almari tu..tu pecah gelas tadi" potong Dahlia sambil menerangkan apa yang berlaku tadi.

"Ubat?" berkerut dahi Wisha apabila mendengar perkataan ubat itu. Setahu dia yang Kak Lia tidak pernah keluar dari rumah ni apatah lagi nak keluar pergi beli ubat.

"Ubat ni akak ada suruh Rean belikan sebab kepala akak selalu sakit" balas Dahlia untuk melihat perkara yang negatif muncul dalam otak Wisha itu.

"Yeke?" Wisha mula rasa pelik dengan Dahlia itu apabila melihat muka cuak Dahlia itu tapi dia cuba buat-buat tanya sahaja.

"Iya...okay lah akak nak pergi bawah nak ambil air lepas nak rehat kejap" kata Dahlia lalu membawa susuk Wisha keluar dari biliknya bersama.

Wisha mengangguk lalu melangkah pergi ke arah biliknya lalu pintu ditutup dengan kemas.

Dahlia menghembus nafas lega selepas melihat susuk Wisha yang sudah berada dalam bilik itu lantas dia pergi ke bawah untuk mengambil air yang lain.

KRIKK..

Pintu dibuka semula tapi dengan perlahan. Mata mengecil melihat susuk kurus Dahlia yang sudah mula turun dari tangga itu.

"Sorry..kak Lia tapi jawapan yang Kak Lia bagi kurang dipercayai" lantas dia membuka pintu bilik Dahlia denag perlahan lalu mata meliar mencari ubat yang dikata oleh Dahlia tadi.

"Caught it" ingin sahaja dia mahu bersorak tapi lupa pula yang dia berada di bilik Dahlia sekarang. Kalau aku bersorak ni hancur mission aku ni.

Berkerut dahi dia melihat ubat yang dikatakan oleh Dahlia tadi.

"Ni bukan ubat sakit kepala" jawabnya sendiri melihat ubat pelik itu. Walaupun dia bukan seorang doktor tapi dia kenal mana satu ubat sakit kepala.

Lantas dia mengeluar satu biji ubat itu lalu disimpan ke dalam sapu tangan kecil yang selalu dia simpan.

Baru sahaja dia ingin keluar dari bilik itu langkahnya terhenti apabila mendengar tapak kaki Dahlia yang mula datang itu lantas dia ceoat-cepat mencari tempat untuk disembunyi.

Bilik air..not way...confirm kalau Kak Lia nak pergi tandas nampak dia.

Bawah katil hmm macam tak sesuai pulak.

Bunyi tombol pintu dipulas Wisha mula cuak lantas dia sembunyi di suatu tempat tanpa meninggalkan jejak ataupun kesan yang dia berada di sini.

"Aip..macam tak cukup je ni" soal Dahlia apabila perasaan kewujudan ubat itu.

"Takpe lah maybe aku dah makan semalam kut" lantas satu biji ubat diambil lalu ditelan bersama air kosong yang dia telah ambil tadi.

Nafas lega dihembus apabila badannya merasa nikmat selepas menelan ubat yang dia dapat  dari ibunya itu.

Bagaimana dia boleh dapat ubat ni?

Bagaimana dia boleh terjunpa dengan Puan Aira?

Itu dia sendiri tidak sangka apabila dia kekuar dan melihat ibunya berada dihadapan pintu pagar besar itu.

TING TONG!

Bunyi loceng rumah itu bergemar pada rumah agam besar. Dahlia akhirnya keluar apabila bunyi loceng itu masih berbunyi.

Maybe yang tiada dirumah dan hanya tinggal dia sorang dalam rumah again yang besar itu. Seram sekkk.

Berkerut kening dia memandang susuk ibunya yang berada diluar pagar itu. Walaupun dia benci dengan Puan Aira tapi rasa sayang pada seorang ibu yang melahirkannya masih ada.

"Macam mana ibu tahu  ya-"

"Tu semua tak penting...aku datang nak bagi ubat yang aku selalu bagi dekat kau tu. Aku tahu yang kau tak boleh nak tahan bila Tak makan sehari. Silap aku sebab bagi kau makan ubat ni selalu tapi ini untuk kebaikan kau juga" arah Puan Aira menghulur satu plastik yang diisi ubat yang dikatakan oleh puan Aira.

"Terima kasih tapi ubat ni apa sebenarnya? dan kenapa bila Lia tak makan sehari mesti dia rasa macam tu?" tanya Dahlia. Sudah lama dia ingin tanya soalan itu tapi dia mampu pendamkan sahaja.

"Aku dah kata ubat ni untuk kebaikan. Aku gerak dulu sebelum diorang datang. Jangan cakap yang aku datang" arah Puan Aira lantas pergi meninggalkan kawasan perumahan itu.

"Macam mana ibu tahu aku dekat sini?Tapi kenapa dia datang cari aku sedangkan dia pun benci aku? Aku memang hidup kena bergantung dengan ubat ni ke? Tapi kenapa ubat ni buat aku ketagih sangat ye?

Terlalu banyak persoalan dalam pemikirannya sehingga kepalanya kusut memikir persoalan yang tidak terjawab itu.

Badannya dihempas pada katil lalu selimut ditarik sehingga pinggangnya lantas beberapa minit dia sudah terbuai mimpi dengan lena dan tanpa ganggu.

"Tu bukan ubat biasa tapi ia ubat yang nak kau mati tapi dengan cara perlahan Kak Lia" gumannya dengan perlahan sambil maya merenung lembut pada wajah sayu dan tubuh kurus Dahlia itu.

Ini kali pertama dia melihat seorang anak yang tidak bencikan seorang ibu walaupun sudah banyak seroang ibu melakukan kesalahan. Kekejamkan. Kejahatan kepada seorang anak itu.

Tapi seorang anak itu masih tetap sayangkan seorang ibu kerana tanpa adanya seorang ibu maka tiada lah dia dalam kehidupan ini walaupun terseksa.

"Sha minta maaf kalau Sha dah kacau Kak Lia tapi Sha kena bagitahu hal ini pada Vier walaupun Kak Lia tak tahu yang Sha tahu semua itu"

Dengan langkah perlahan dia keluar dari bilik Dahlia itu lantas telefonnya dikeluarkan dari poketnya itu.

"What, Alexa? Dahlia mengamuk lagi ke?" sola Xavier dalam talian itu.

"Tak. Kak Lia okay sekarang dia tengah rehat. Tapi ini mengenai Kak Lia juga"

"Kak Lia ada suruh kau beli apa-apa tak macam ubat ke?" soal Wisha ingin tahu kebenaran sebenarnya walaupun dia dah yakin yang Dahlia hanya menipu.

"Tak. Tak pernah dia nak buka mulut suruh aku beli barang. Kenapa Alexa ada benda Tak kena ke?" Xavier sudah mula risau apabila rasa pelik dengan cara percakapan Wisha itu.

"Aku nak kau check CCTV rumah ni dah jawapan tu ada dekat situ. Nanti aku datang pejabat kau for more information" ujar Wisha lalu menamatkan talian itu.

"Tak semua manusia mampu hadap dunia yang kejam seperti Kak Lia tapi semua manusia wajib rasa kebahagiaan dan indahnya kehidupan yang sebenar-benarnya" gumannya mata merenung muka pintu bilik Dahlia itu.

Dunia memang kejam tapi tak sekejam manusia yang berhati busuk seperti Puan Aira yang hanya penting diri sendiri dan sanggup berbuat apa-apa pun demi diri sendiri.

My Dahlia [SS] | OGWhere stories live. Discover now