BAB 5🥀

146 6 0
                                    

Dahlia termenung jauh melihat siling biliknya itu. Pelbagai fikiran negatif yang dia dapat sekarang dan dia terlampau stress dengan semua itu.

Dia keluar dari biliknya dan menuju ke dapur untuk membuat makanan petang untuk ibunya itu. Itu sudah menjadi rutin hariannya memasak makan petang dan sarapan untuk puan Aira dan malam dia akan mengikuti puan Aira kelab malam untuk bekerja sebagai pelayan disitu.

Pelayan itu adalah kerja yang dia terima disitu. Kalau kerja nak menjatuhkan maruahnya dia tidak mahu walaupun tiap-tiap hari dipaksa oleh puan Aira untuk itu tapi kejadian beberapa hari yang lalu itu membuatkan dia bersalah pada Allah kerana kecuaiannya sendiri.

Ralit dia mengoreng sayur tiba-tiba badannya terasa tidak enak tapi dia cuba endahkan semua itu dan fokus pada masakannya.

Baru beberapa saat dia menutup api dapur itu dan berlari ke arah singki di dapur itu. Dahlia membuang semua sisa yang terisi dalam perutnya pada singki itu.

Dahlia yang baru sahaja ingin menyambung rutinnya terbantut gerangan dia kembali bergegas ke arah singki dan memuntahkan semula.

Dia mengambil nafas selepas memuntahkan semua isi perutnya. Penat. Kepala pening. Tekak berasa mual. Itu yang dia dapat rasakan semua itu sekarang.

Apabila tiada tanda-tanda mahu muntah lagi Dahlia menyambung semula rutinnya yang terbantut itu. Kepala yang berasa pening dihiraukan. Dia harus siapkan makan petang untuk puan Aira sebelum puan Aira balik.

Tapi semasa dia sedang memasak sempat juga dia memikir tentang dirinya sekarang. Takkan aku mengandung kut. No. No. Dahlia mengeleng kepala bagi menghilang kata-kata negatif dalam pemikirannya itu.

Selesai sahaja dia menghidang makanan di atas meja di ruang tamu itu lantas dia masuk ke dalam biliknya semula mahu berehat. Badannya saat ini terasa sakit gerangan hampir beberapa kali dia muntah hari ini.

Dahlia duduk di birai katilnya lalu dia dengan laju memeluk lututnya dan menyembankan kepalanya pada lututnya itu.

"Ya Allah tolong ku. Tolong keluarkan ku dari dunia gelap ini. Aku tidak sanggup lagi mahu menghadap dunia gelap ini" guman Dahlia yang sudah menangis dalam pelukan erat pada lututnya.

"Andai aku ni mengandung. Aku akan jaganya dengan baik dan biar aku sahaja menanggung semua ini" sambung Dahlia.

Pantas Dahlia bangun semula dan mendekatkan dirinya pada mejanya. Lalu laci itu dibuka dan Dahlia mengambil satu kotak yang dia sudah beli selepas kejadian itu.

"Betul ke apa yang kau buat Dahlia. Kalau kau mengandung macam Mana?"  ujarnya sendiri. Dia tidak berasa yakin dengan apa yang dia buat ini. Adakah ini tindakan yang betul ataupun ini masanya dia mengetahui soal ini.

Dahlia mengangguk diri sendiri dan berlalu masuk ke dalam bilik air ingin memeriksa sesuatu.

Setelah lima minit dia terkurung dalam bilik air itu akhirnya ujian itu telah keluar dan ada dua garis merah yang tertera di alat itu.

Dia berfikir sejenak. Jadi aku mengandung. Tapi siapa lelaki itu ye.

Terbuntang luas matanya apabila mengingatkan wajah lelaki yang dia telah tidur bersama itu. Lelaki yang dia terlanggar dua minggu lepas.

Lelaki yang tinggi lampai. Rambut yang berwarna perang dan mata coklat cair yang mampu menjadi tatapan para gadis yang melihat lelaki itu.

Tiba-tiba bunyi telefon kecilnya berdering kuat di luar bilik air itu lantas dia keluar dari bilik air dan mengambil telefon bimbitnya yang berjenama Nokia itu.

Itu telefon yang telah digunakan oleh puan Aira dahulu dan telah diberikan kepadanya selepas puan Aira dah membeli telefon baru yang berjenama pada diri sendiri.

Nombor yang tak dikenali. Lalu Dahlia mengangkat telefon. Tapi hati berasa tidak senang melihat nombor tak dikenali itu.

"Hello. That's Dahlia Aryana?" soal dari suara garau yang maskulin dalam talian itu.

Dahlia yang mendengar suara garau itu berdegup kencang dan seakan-akan dia berasa pernah dengar suara lelaki itu. Tapi di mana eh.

"Arrr..ye saya. encik nak siapa? dan dari mana encik dapat nombor saya ye?" tanya Dahlia yang berasa jantungnya berdegup laju.

Betul ke apa yang aku tanya ni.

"Aku nak jumpa kau malam ni" lelaki itu tidak menjawab soalan Dahlia malah memberi arahn kepada Dahlia untuk berjumpa secara bersemuka.

"Tapi malam ni saya tak boleh . Saya ada kerja. Sorry ye encik" Dahlia berkata dengan nada perlahan apabila mendengar tapak kaki puan Aira yang sudah balik di ruang tamu itu.

"No excuse. Aku nak jumpa kau malam ni juga . Nanti aku hantar location dekat kau" lelaki itu dengan cepat menutup panggilan itu.

Dahlia baru sahaja mahu berkata pada lelaki itu yang cakap sahaja dimana kerana telefonnya bukan seperti telefon yang boleh mengeserkan skrin itu apatah lagi whatsapp memang dia tak de lh yang boleh pun sms dan telefon je.

"Hmm..macam mana eh. Takkan aku nak call dia pula." Dahlia akhir tidak menghubungi lelaki itu semula.

            =====================

Dahlia menghidang minuman kepada orang-orang yang berada di kelabu malam itu. Kelab malam. ye dia takkan jumpa suara misteri itu yang entah dari mana dia dapat nombor aku.

Setelah dia menghidangkan minuman Haram itu kepada pelanggannya yang duduk di meja bulat itu lantas dia meneruskan pekerjaannya meminta order pada meja yang masih dia tidak ambik lagi.

Dia berlalu ke arah di sudut meja yang hanya diduduki oleh seorang susuk lelaki yang memakai jaket dan topi hitam bagi menutup wajah lelaki itu.

"Encik nak apa-apa ke?" tanya Dahlia pada lelaki itu.

Lelaki itu hanya mengeleng Dan senyap. Dahlia yang melihat itu berkerut dahi. Bingung dengan lelaki itu. So apa function datang sini kalau tak nak order apa-apa.

"okay. kalau encik nak apa-apa just tell me" ujar Dahlia bersama senyum nipis disedekahkah kepada lelaki misteri itu. Tak salahkan nak senyum kan.

Lelaki itu mengangguk sambil memandang susuk Dahlia yang mula pergi jauh dari mejanya itu. Matanya tajam memerhati susuk Dahlia yang sedang melakukan perkerjaan itu tanpa sepatah bantahan apatah lagi dengan riak muka yang seolah-olah tiada masalah yang telah berlaku pada Dahlia itu.

Lelaki itu tersenyum melihat susuk Dahlia yang kecil itu. Entah kenapa perempuan yang bernama Dahlia Aryana itu seolah-olah membuatkan hatinya berdeguo kencang seperti tidak pernah dia merasai perasaan . yang dia telah tiduri itu.

Tapi aura Dahlia ini membuatkan dia seakan-akan mahu mendapatkan gadis itu lantas ingin menjadi pasangan hidup semati dengannya.

Dia sudah berikar yang dia akan bertanggnugjawab ke atas perempuan yang bernama Dahlia Aryana itu. Itu yang dia telah janjikan .

"You'll be mine, My Dahlia. Soon" guman lelaki itu lantas bangun dari tempat duduknya setelah melihat keadaan gadis tersayangnya baik lalu dia keluar dari kelab malam itu dengan menyembunyikan mukanya dengan memakai topeng muka bersama topi yang masih setia berada di atas kepalanya itu.

My Dahlia [SS] | OGWhere stories live. Discover now