BAB 19🥀

67 2 0
                                    

"Ya Allah budak ni sorang pun kalau nak tidur sekali tu tunggu lah halal dulu" bevel Datin Zea sambil maya memandang dua pasangan yang tidak disahkan lagi itu.

Xavier yang tertidur sambil bersandar pada kepala katil manakala Dahlia masih nyenyak sambil memeluk tangan besar Xavier itu.

Datin Zea mengeleng kepala lantas dengan langkah perlahan dia kerarah anak bertuahnya sorang ni.

"Vier bangun...dah subuh ni" panggil Datin Zea perlahan agar tidur Dahlia tidak terganggu.

Xavier membuka mata perlahan apabila dikejutkan oleh ibunya lalu kepala diangkat memandang ibunya itu.

"Bangun Vier solat subuh..subuh nak habis ni" arah Datin Zea masih lagi dengan suara yang perlahan seakan berbisik.

Xavier mengangguk lalu kepalanya memandang wajah sepi Dahlia yang masih nyenyak bersama mimpi yang indah.

"Mama harap kamu cepatkan benda ni. Mama tak nak dia tersakiti lagi" guman Datin Zea yang perasan akan pandangan anaknya sorang ini.

"Nanti petang Vier nak bawa dikeluar ambil angin petang" balas Xavier.

"Baguslah tu..bagi dia ambil angin tu kesian dia asyik terpuruk dalam rumah ni...dah alang-alang keluar tu beli lah cincin kahwin sekali " usik Datin Zea .

Xavier tersenyum nipis.

"Dah lah tu tenung dia...dia belum halal lagi nanti lepas kahwin nak tenung pun mama tak halang dah ..sekarang kamu bangun solat subuh biar mama pula tengokkan dia" arah Datin Zea.

Xavier dengan perlahan menarik tangannya yang berada dakapan Dahlia itu. Perlahan-lahan ditarik agar Dahlia tidak sedar lantas dia membetulkan selimut Dahlia bagi menyelesakan gadisnya itu.

========

Dia mengetap bibirnya sendiri. Mata meliar sekeliling ruangan biliknya. Peluh pada dahinya mula mengalir turun pada wajahnya.Panik. Gelisah. Takut. Gila. Nampak juga bayangan jahat yang mula berada di dalam ruangan biliknya itu.

Bayangan seorang lelaki yang dia sendiri tidak pernah kenal dan dia tahu lelaki ini. Lelaki ini lah selalu berjumpa dengan ibunya, Puan Aira itu.

Setiap kali dia melihat lelaki itu datang ke kelab malam ingin berjumpa dengan Puan Aira , lelaki itu sentiasa tersenyum padanya tapi senyuman yang dia dapat bukan senyuman yang ikhlas tapi senyuman yang amat menyeramkan sehingga senyuman itu membuatkan dia takut.

Seperti sekarang bayangan lelaki itu sekali lagi muncul di satu sudut ruangan itu.

Langkah demi selangkah dia berundur apabila bayangan itu mula melangkah kearah ya bersama senyuman itu lagi.

Dia dengan cemas membuka laci pada almari yang terletak disisi katilnya. Barang-barang yang berada dilaci dikeluarkan mencari ubat itu. Ya, kalau sehari dia tidak makan ubat itu dia alan menjadi gila dan bayangan itu lah dia alan lihat.

"Mana aku letak ubat tu" cemas Dahlia tangan mula mengeluarkan segala barang yang berada dalam laci itu.

Mata luas melihat bayangan itu mula datang.

Lantas dia berlari kearah pintu biliknya.

Dengan langkah perlahan dia berundur ke belakang apabila bayangan hitam itu masih mengikutinya .

Dahlia mengeleng kepala apabila bayangan lelaki itu sedang menghulur tangan kepadanya bersama senyum seram itu.

Sedar tak sedar dia berundur. Dahlia hampir sahaja mahu jatuh berguling pada tangga yang tinggi itu namun ada satu lengan kekar yang sempat menyambungnya dari belakang badannya.

"Kau dah kenapa ni...orang jalan tengok depan bukan jalan berundur gitu" bidas Xavier yang sempat menyambung badan kecil Dahlia itu.

"R-Rean" tergagap Dahlia apabila melihat Xavier yang menyambungnya lalu dia melihat ke arah bayangan lelaki itu. Hilang.

"Kau kenapa...laju sangat bernafas tu macam baru lepas jumpa hantu" bidas Xavier lagi.

Dahlia terkaku dan diam.

Xavier menolak Dahlia agar berdiri jauh sedikit darinya. Lantas dia merenung Dahlia dengan padangan yang lembut.

Dahlia mengeleng kepala.

"Pergi siap...aku nak bawa kau keluar" arah Xavier.

Dahlia angguk lalu berjalan semula menuju ke biliknya namun hampir sahaja dia mahu masuk dia berpaling semula ke arah Xavier yang masih berdiri ditempatnya tadi.

"Rean.."

Xavier menyilang tangan ke dada lalu kening diangkat.

"A-awak ada nampak ubat saya tak?" soalnya dengan berani.

"Ubat? Kau ada ambil mana-mana ubat ke tanpa pengetahuan aku? Bila masa kau keluar?" soal Xavier bertubi-tubi kepada Dahlia.

Dahlia terkaku dan terdiam dengan soalan Xavier. Ya dia tidak pernah bagitahu sesiapa yang dia ada ambil mana-mana ubat. Tapi kalau nak keluar dari rumah ni dia belum keluar dari rumah ini selepas kejadian itu.

"Dahlia Aryana. Aku tanya ni?" tegas Xavier.

Dahlia tersentak dengan ketegasan Xavier dan tangannya masih menggigil kuat tapi dia cuba genggamkan tangan itu agar kegigilan tangan itu semakin perlahan.

Xavier yang perasan akan pergerakan Dahlia dengan perlahan dia berjalan ke arah dahlai dan dengan pantas dia menggenggam tangan kecil Dahlia yang menggigil itu.

Dahlia senyap. Dengan matanya tiba merenung pada mata coklat cair Xavier itu.

"Aku takkan benarkan kau ambil ubat tu lagi. Ubat tu akan buat kau gila dan dari situ aku takkan sesekali benarkan kau sakit" ujar Xavier pada telinga Dahlia itu.

Xavier menjauhkan kepalanya dari telinga Dahlia.

"Pergi siap..aku tunggu dekat bawah" arah Xavier dengan nada suara yang lembut lalu dengan perlahan dia melepaskan tangan Dahlia yang menggigil tadi itu selepas gigilan itu mula surut.

Dahlia mengangguk lalu dengan cepat dia masuk ke dalam biliknya.

Badan tersandar pada pintu bilik itu selepas masuk ke bilik tadi. Nafas ditarik lalu dihembus. Mata melihat pada tangannya yang dipegang oleh Xavier.

'Dia tahu' gumannya dalam hati.

Tangan didekat pada dadanya yang berdegup laju apabila Xavier jumpa dekat dengannya. Hati ini bagai mahu lari apabila sentiasa berdiri dekat dengan Xavier.



ngisau aku kadang-kadang

My Dahlia [SS] | OGWhere stories live. Discover now