BAB 7🥀

105 3 0
                                    

"Lia"

Dahlia menghentikan kerjanya lantas berpaling pada Reya yang berada di kaunter minuman itu.

"Apa Reya?" tanya Dahlia

"Macam biasa. Lelaki tu nak jumpa kau. Dia dah ada dekat bilik tu" balas Reya sambil menunjuk bilik yang dihuni oleh lelaki yang mereka katakan itu.

"Kenapa lelaki tu selalu nak jumpa kau, Lia?"

"Entah..aku pun tak tahu. Aku serabut kadang-kadang bila aku tanya dia tak jawab pula" terang Dahlia.

Reya membuat bentuk mulut 'o' tanda faham.

"Dah lah baik kau pergi sebelum Puan Aira nampak kau nanti. Jangan lari nanti gugur nanti" kata Reya terselit beberapa nasihat untuk Dahlia.

"Kau jangan nak masin sangat. Okay lah aku pergi sana" Dahlia mengeleng kepala dengan Reya.

Reya sahaja yang berkawan dan bekerja dengannya dari dia mula kerja di sini.

Dahlia berkerut dahi apabila lelaki yang sama menempah bilik VIP malah mengajaknya sekali untuk menemani lelaki itu.

Tapi kali ini pemakaian lelaki itu lain daripada hari sebelum ni.

Lelaki itu hanya memakai baju kemeja yang berwarna putih itu tanpa neck tail bersama seluar kerja bagi menyesuaikan pemakaiannya itu lantas ada satu kot hitam yang berada di lengan sasa lelaki itu sekarang. Macam baru pulang dari kerja.

Tapi kalau dah pulang tu pergi jelah balik rumah nk tak. Lepak kt kelab malam ni adalah.

"Encik ni memang takde kerja lain lagi ke?..asyik datang sini lepas tu sekali dengan saya terlibat" ujar Dahlia memandang susuk belakang lelaki itu yang sedang mengeluarkan sesuatu.

"I do my work right now" kata lelaki itu lalu memusing badannya menghadap Dahlia yang duduk di birai katil itu.

Dahlia berundur selangkah demi selangkah apabila melihat lelaki itu cuba menghampirinya.

"I'm sorry" maaf lelaki itu lantas menjauhi tubuhnya yang hampir mendekati Dahlia tadi.

Dia hanya mahu melihat reaction Dahlia itu tapi seperti yang lama. Menggigil. Takut. Panik. Gelisah.

"Encik boleh tak kalau mulai hari ini encik stop kacau saya. Saya pun ada kerja lain nak buat kalau asyik teman encik je" adu Dahlia yang tidak selesa apabila lelaki ini selalu datang ke kelab malam dan melihatnya sahaja dari jauh.

Dengan tindakan itu sudah buat dia rasa kurang senang ingin melakukan kerja apatah lagi bila disuruh teman sebilik dengan lelaki itu tapi lelaki itu selalu sahaja menyuruh dia untuk berehat dan dia hanya duduk pada kerusi yang tersedia di bilik itu.

Xavier mengeluh perlahan. Dia tidak mampu untuk berjauhan dengan Dahlia dan ini sahaja cara dia untuk cuba mendekati Dahlia.

"Aku boleh iktu apa kau cakap" getus Xavier lalu menarik satu kerusi menghadap Dahlia di birai katil itu.

Dahlia tersenyum nipis apabila mendengar ujaran Xavier itu. Tenang juga hidup aku bila lelaki ni dah hilang nanti.

"Tapi bersyarat" potong Xavier memandang raut wajah Dahlia yang tadi tersenyum dah bertukar menjadi pudar.

Aduh main syarat pula. Dia ingat ni game ke kena ada peraturan lah pahtu main deal dengan syarat itu ini.

"Syarat?" Dahlia tayang muka bingung.

"First and foremost, aku nak kau kena makan ni selalu sebelum tidur. Jangan skip. Ini untuk kebaikan anak kau tu" arah Xavier menghulur beberapa pill ubat yang telah dia bawa.

My Dahlia [SS] | OGWhere stories live. Discover now