BAB 9🥀

92 4 0
                                    

Jam 2:00 petang. Seperti dijanjikan Dahlia menunggu Xavier di salah sebuah restoran yang berdekatan dengan rumah halamannya .

Nasib menyebelahi saat dia ingin keluar Puan Aira sudah tiada dirumah. Maybe banyak lagi kerja dekat sana kut.

Dahlia menyelit rambut panjangnya itu di belakang telinga itu. Jam kecil yang berada di tangannya di lihat. Sudah sepuluh minit yang lalu dia berada di sini dan susuk Xavier masih tidak muncul lagi.

Setelah beberapa minit dia menunggu dan baru sahaja dia ingin pergi susuk Xavier muka muncul dari pintu restoran itu.

Dahlia dengan cepat mengangkat tangannya untuk Xavier tahu keberadaan dia dimana.

Xavier mengambil nafas lalu berjalan ke arah meja yang diduduki oleh Dahlia itu dengan otak tengah menyusun kata-kata yang dibakak keluarkan untuk mengatakan hal sebenar.

"Sorry aku lambat" Xavier melabuhkan punggungnya pada kerusi berhadapan Dahlia.

Dahlia hanya tersenyum nipis kepada Xavier.

Xavier rasa semakin rasa bersalah apabila melihat senyuman nipis Dahlia. Dia takut jika kebenaran ini mampu membuat segala rancangannya hancur.

"Kenapa tak ambik je order kalau aku lambat" tanya Xavier apabila dia melihat hanya segelas air kosong yang terhidang di atas meja itu.

"Saya tak lapar" balas Dahlia.

"Kenapa Rean nak jumpa saya? Bukan Rean dah janji tak nak jumpa saya" ujar Dahlia.

"Aku jumpa sebab aku nak kata hal sebenar" balas Xavier menyilang tangan ke dada sambil mata coklat cairnya merenung mata hitam Dahlia.

Dahlia yang sedar yang dia turut merenung mata Xavier itu lalu mengalih padangan. Cukup dia tidak mahu menjadi seperti kejadian yang lalu ataupun mimpi buruk itu lagi.

Xavier berdehem bagi mengurangkan rasa segan pada Dahlia itu. Dia tahu apa yang di fikir oleh Dahlia itu. Jadi sekarang dia mahu luah segala kebenaran yang di simpan selama ini.

"Kau pernah tidur dengan seorang lelaki kan pada beberapa bulan yang lepas kan?" soal Xavier.

Dahlia terkedu dengan soalan terkejut Xavier itu. Kenapa Xavier tiba-tiba tanya soal ini walaupun dah berapa kali mereka bertemu dua di kelab malam tapi Xavier hanya menyuruh dia rehat sahaja dan pagi dia bangun susuk Xavier hilang.

Dahlia hanya mengangguk tidak mampu dia berkawan dengan mulut kerana mulut dia sudah tidak mampu dibuka apabila ditanya soalan itu.

"Dan kau tahu tak siapa lelaki yang tidur kau dengan masa tu?" tanya Xavier seperti menyoal siasat .

Dahlia mengeleng kerana dia juga tidak tahu siapa lelaki yang pernah buat dia jatuh ke dalam dakapan lelaki itu sehingga dia kalau dan tidak sedar.

"Tapi saya hanya tahu bau dia je. Bau dia lebih kurang macam bau minyak wangi yang Rean pakai sekarang ni" kata Dahlia.

Ya. Dia hanya tahu bau minyak lelaki itu. Haruman yang membuat dia berasa tenang.

Eh..takkan lah Xavier lelaki yang pernah dia tidur beberapa bulan yang lepas tu?

"Yes, it's me" ujar Xavier tiba-tiba.

Dahlia terkejut. Kejap macam mana dia boleh baca fikiran aku ni.

Dahlia berkerut dahi.

"Apa yang kau fikir semua betul. Aku lah lelaki yang pernah tidur bersama dengan kau dan kau lah yang pernah jatuh dalam dakapan akuasa keadaan kau tak sedar" terang Xavier.

Dahlia terkedu. Terkejut dan pelbagai reaction terkejut lah. Jadi selama ni betul lah tanggapan dia selama ni.

"Jadi apa yang awak nak buat sekarang?"

My Dahlia [SS] | OGWhere stories live. Discover now