BAB 15🥀

81 1 0
                                    

Dengan perlahan dia membuka mata walaupun sakit yang teramat kuat pada kepalanya tapi dia tetapkan untuk membuka mata.

Entah kenapa dengan dirinya...berasa penat seperti baru lepas melakukan kerja tapi sedangkan dia sudah berasa penat apabila bangun dari tidur.

Tiba-tiba matanya terhenti pada kedua-dua belah tangannya yang dibaluti dengan kain pembalut.

Lantas apa yang terjadi kemalrin adalah dia sedang cuba untuk bunuh diri kerana serabut dengan kata-kata negatif yang bermain pada isi kepalanya itu. Dan kali terakhir dia tahu sebelum dia pengsan adalah Xavier yang menariknya ke dalam pelukan hangat lelaki itu.

Pelukan hangat yang membuatkan dirinya kuat dan tenang tapi dia tidak seharusnya leka dengan pelukan itu kerana dia dan Xavier bukan mahram dan dia takkan ulang kembali kisah itu walaupun Xavier pernah jujur padanya.

Lalu Dahlia meluruskan kakinya untuk melihat kesan itu.

Perlahan-lahan dia menarik seluarnya itu untuk melihat kesan yang sudah lama tidak ditatap walaupun perit tapi dia tahu kesan ini adalah dari kehidupannya itu.

"Kenapa parut ni tak nak hilang? Sedangkan aku dah cuba pelbagai ubat untuk hilang kesan toreh ni" gumannya sendiri sambil menatap lama pada kesan toreh di betisnya itu.

Kesan torehan yang amat panjang dari betis sehingga ke lutut. Kesan ini wujud gerangan dia selalu ingkar arahan Puan Aira dan selalu cuba untuk melarikan diri dari Puan Aira itu walaupun sudah beberapa kali ia cuba namum tetap berjaya dan akhirnya dia...dia berjaya.

Teragak-agak tangan kecilnya menyentuh pada kesan torehan di betisnya itu...masih berasa sakit kerana kesan torehan itu dalam dan panjang.

"Lepas lah ibu....please...Lia tak nak buat semua ni" ujar Dahlia yang meronta-ronta ingin dilepas apabila terkantoi oleh Puan Aira.

"Dahlia...Dahlia...kau ingat senang-senag aku nak lepaskan kau" sinis Puan Aira yang mula melangkah ke arah Dahlia yang dipegang oleh dua bodyguardnya.

"Aku. Takkan. Lepaskan. Kau. Ingat tu" tegas Puan Aira dengan berkata satu persatu patah perkataan itu smabil menunjal dahi Dahlia itu.

"Ibu...please lepaskan Lia....Lia tak nak kerja dekat sini...tempat ni haram ibu..ibu tak tahu dosa ke ibu" pinta Dahlia sambil cuba meleraikan pergelangan tangannya yang dipegang kuat oleh anak buah Puan Aira.

"What? Dosa?" puan Aira tertawa jahat setelah mendengar ayat-ayat Dahlia yang seakan menyindirnya itu.

"Dosa ke tak...suka hati aku lah...asalkan duit aku dapat dan aku untung banyak" selamba Puan Aira.

"Ibu ingat lah Allah...mari lah Kita sama-sama bertaubat ibu...masa belum terlambat lagi kalau ibu bukan hati ibu den-"

"Pegang kaki dia" potong Puan Aira dengan mengarah salah sorang anak buahnya meluruskan kaki Dahlia itu.

Dahlia hampir sahaja mahu menjerit kuat tapi jeritan itu tidak mampu didengari kuat gerangan ada satu tangan besar sudah menekup mulutnya agar senyap.

Habis tangan. Kaki. Mulut dipegang agar dia tidak bisa bergerak. Sedangkan dia sudah cuba setelah melihat satu pisau yang dipegang oleh Puan Aira itu.

"Mmmm...mmmm" tidak mampu dia berkata gerangan mulut sudah ditekup.

"Sabar ye..ibu nak buat corak sikit dengan betis kamu tu Lia. Biar corak ni boleh kamu tengok tiap-tiap hari dan takkan langgar peraturan ibu okay sayang. Just a little bit" sinis Puan Aira.

Lalu dengan perlahan pisau itu menoreh pada betisnya itu.

Dahlia yang merasa itu hanya mampu memejamkan matanya bersama jeritan yang kurang didengari.

My Dahlia [SS] | OGWhere stories live. Discover now