BAB 11🥀

136 5 1
                                    

Xavier berjalan kiri dan kanan sambil menunggu Dahlia yang berada di dalam unit kecemasan itu.

"Vier, jangan nak fikir sangat...Kita doakan semoga Dahlia tu baik-baik sahaja" ujar Datin Zea yang berada di kerusi menunggu itu.

Risau dia melihat anaknya yang ini. Dan ini kali pertama dia melihat Xavier seakan-akan panik dan gelisah.

Dengan baju yang dipenuhi darah Dahlia itu dan rambut pun dah jadi kusut.

Aura Dahlia ini sangat berbeza sehingga Xavier yang sanggup bertanggungjawab ke atas kesalahan dia itu.

Tapi dia berasa bangga dengan kehadiran Dahlia itu lah membuatkan anaknya semakin hari semakin tahu soal tanggungjawab.

"Macam mana Vier nak stop fikir lepas tengok Lia macam tu" panik Xavier yang tak tentu arah.

Datin Zea mengeleng kepala.

Bunyi pintu unit kecemasan dibuka oleh seorang doktor itu.

Xavier yang mendengar itu bergegas ke arah doktor yang merawat Dahlia itu.

"Doktor macam mana dengan dia?" soal Xavier yang berharap jawapan dari doktor adalah positif.

"Encik suami dia ke?" tanya Doktor itu untuk kepastian agar dia tak tersalah bagi maklumat kepada orang lain.

Xavier memandang Datin Zea itu lantas mengangguk pada doktor itu. Biarpun mereka masih belum sah atau belum jadi suami isteri lagi. Asalkan dia dapat tahu kesihatan Dahlia sekarang.

Doktor itu mengeluh perlahan. Sukar untuk diterangkan soal ini.

"Isteri encik mengalami keguguran sebab ada racun yang menyerah pada rahim itu dan menyebabkan rahim itu menjadi kebiruan dan menyebabkan rahim itu mati dalam kandungan isteri encik lagi" terang Doktor itu dengan seribu rasa bersalah.

"Saya perlukan tandatangan encik untuk pemeriksaan selanjutnya pada isteri encik" kata doktor itu lagi.

Xavier masih mendiamkan diri. Tapi dalam hati dia sudah memaki pada Puan Aira yang sanggup buat anak sendiri sebegitu.

"Siap kau...aku Tak kisah lah kau siapa pun tapi yang pasti aku akan tuntut bela ke atas kematian anak aku dan Dahlia" kata Xavier dalam hati.

"Vier.." tegur Datin Zea perlahan untuk menyedarkan anaknya yang masih dalam dunia sendiri itu.

Xavier tersentak.

"Vier pergi lah dekat kaunter buat apa yang patut...biar mama jaga Dahlia tu" arah Datin Zea pada anaknya.

Xavier mengangguk lantas melangkah pergi ke arah kaunter untuk menandatangani.

========================

Dahlia membuka matanya dengan perlahan. Dia berasa sakit pada bahagian perutnya yang sepertinya sudah kempis dan tiada terisi anaknya yang baru dalam proses pertumbuhan.

"A..a..anak aku..dah...mati" ujar Dahlia tergagap seperti tidak menerima kenyataan yang bahasa kandungannya yang dia menjaga dengan baik akhirnya berakhir dengan kematian gerangan satu kesilapan dia.

Dia lantas bangun untuk lari dari tempat ini. Aku dah penat. Aku penat. Dia membuang wayar air pada tangannya dengan kasar. Darah yang menitis dihiraukan.

Jangan tengok Dahlia...gumannya dalam hati. Dia ada kisah silam mengenai darah tapi sejarah itu disimpan rapat oleh dia sendiri.

Dia memandang kiri dan kanan di ruang hospital yang sibuk dengan nurse dan doktor yang tengah melakukan tanggungjawab mereka.

Tingkat atas bangunan hospital dituju.

Setelah sampai ditingkat atas sekali dia berlalu keluar dan melihat pemandangan luar hospital ini.

Jalan raya yang sibuk dengan pelbagai jenis kenderaan. Bangunan-bangunan tinggi mula bersinar dengan lampu untuk menerangkan lagi bandar ni apabila malam ingin menjelma.

Kau dah banyak sangat terseksa, Lia.

Semua orang bencikan kau,Lia. Dia berkata dalam hatinya sambil menghirup udara malam ini.

"Dunia ni terlalu kejam bagi aku sehingga saat aku mahu merasa kehidupan yang indah dengan lama namun dengan secepat itu indah itu dibawa pergi" ujarnya sendiri sambil kaki nya dengan perlahan mendaki pada sisi bangunan itu.

Dahlia memandang ke bawah melihat itu membuatkan perasaan takut dia semakin meruak.

"Ya Allah...aku penat...aku penat.." ujarnya lagi. Kenapa Allah memberi ujian ini kepadanya? Kenapa ya Allah?

Dahlia memejamkan matanya lalu kakinya melangkah ke hadapan.

Dah tibanya aku mati daripada hidup dengan dunia yang kejam ini.

Namun baru sahaja di hampir jatuh dari bangunan hospital yang tinggi ini. Ada satu tangan kasar yang pantas menariknya lalu dibawa masuk ke dalam pelukan yang erat itu.

Dahlia terkejut dan terkedu saat mendengar degupan jantung orang yang menariknya itu sangat laju seperti risau akannya.

"Kau dah gila ke" terhinjut bahu Dahlia apabila menerima tengkingan lelaki itu.

Dia tahu yang lelaki itu risaukannya tapi tengkingan itu membuat dia menggigil kecil.

"I'm sorry" maaf Xavier apabila melihat Dahlia yang takut dengannya.

"Mari aku bawa kau Kat wad kau" Xavier menyarung jaket hitamnya pada bahu Dahlia.

Lantas Xavier mencempung Dahlia dan dibawa masuk semula ke dalam hospital itu. Dahlia hanya senyap sambil menahan malu apabila melihat para nurse yang melihat dirinya didukung.

"Kenapa awak tak biar je saya macam tu?" tanya Dahlia apabila Xavier meletakkan dirinya pada atas katil pesakit.

Xavier hanya berdiam diri dan mengambils segelas gelas kosong dan lalu menuang air kosong yang telah tersedia di bilik ini.

"Minum" arah Xavier memberi segelas air kosong kepada Dahlia.

"Tak nak...kenapa awak tak biar je saya mati?" tanya Dahlia lagi. Dia Tak nak dijaga seperti budak kecik dan kenapa Xavier membantutkan niat dia yang mahu bunuh diri.

"Aku belum bertanggungjawab ke atas kau lagi" pinta Xavier.

"Awak tak perlu nak bertanggungjawab pada saya. Lagipun anak awak pun dah mati so saya tiada kena mengena dengan awak lagi....lepas lah" Dahlia cuba menolak badan Xavier yang memeluknya itu.

"Lepas lah..bagi lah saya mati. Biar saya mati. Saya dah penat nak hidup dengan dunia kejam ni. Lepas, Rean" Dahlia meronta-ronta cuba dilepaskan namun pelukan Xavier itu terlalu erat sehingga dia sendiri tidak mampu berlawan.

"Walaupun anak kita dah takde aku tetap nak bertanggungjawab pada kau. Aku takkan sesekali lepaskan kau" ujar Xavier apabila berasa keadaan mula senyap dan diam selepas dia mengucap dua kalimah syahadah di telinga Dahlia bagi menenangkan Dahlia.

Selepas mereka berdua berkeadaan begitu, Xavier dengan perlahan membaringkan Dahlia yang sudah terlena dalam dakapannya tadi.

Xavier membetulkan selimut pada tubuh Dahlia lantas melabuhkan punggungnya pada satu kerusi yang berada di sisi katil itu.

Dia menyelitkan rambut Dahlia ke belakang telinga bagi memudahkan dia melihat wajah Dahlia yang pucat itu.

"Aku akan tuntut atas apa yang kau dah buat, Tuan Razif" gumannya perlahan agar tidur Dahlia tidak terganggu tapi ia terselit amaran pada seseorang yang cukup dia benci.

My Dahlia [SS] | OGDär berättelser lever. Upptäck nu