BAB 3🥀

153 4 0
                                    

"Vier!" panggil suara wanita yang berusia yang melihat Xavier yang hampir ke arah pintu utama dengan pemakaian yang t-shirt hitam dan disarung jaket hitam itu. Nak senang All black lah.

Xavier menghentikan langkahnya lantas berpaling menghadap pada suara wanita yang berusia itu. Dia menunjuk senyuman nipis pada ibunya. Lantas pergi ke arah ibunya yang berada pada sofa di ruang tamu.

"Nak pergi mana malam-malam ni?" Soal Datin Zea. Datin Audrey Zea ibu kepada Xavier yang berkacukan Jerman itu.

"Vier nak pergi mission. Ada musuh datang kacau" balas Xavier.

Datin Zea mengangguk tanda faham akan kata-kata anak sulungnya.

"Pergi lah kan . Musuh kamu tu tak sabar nak lepak underground tu" sinis Datin Zea.

Xavier tersenyum nipis lalu menyalami tangan putih ibunya lantas terus keluar dari rumah agam itu sambil memakai topi hitam pada kepalanya bagi melindungi rambut perangnya itu.

Kereta Porsche dituju oleh Xavier memandangkan itu kereta kepunyaannya sendiri. Lalu dia memboloskan ke dalam perut kereta dan meluncur keluar dari perkarangan rumah agam itu. Sempat juga dia memerhati sekeliling luar rumah agam itu agar tiada yang mencurigakan.

     ==========================

Tengku Faqih memandang satu persatu orang ramai yang tengah terjoget sana-sini. Ada juga yang mabuk. Matanya tidak lepas melihat orang-orang disitu bagi memerhati musuh-musuhnya yang tidak perasaan akan kehadiran mereka.

Tengku Faqih berpaling sebelah kanannya. Adanya Mikhael dan Xavier yang hanya duduk diam dan memerhati orang-orang di sana.

"Encik nak minum apa?" tanya seorang gadis yang berada dihadapan menghadap mereka bertiga sekarang.

Xavier mengangkat kepala memandang suara gadis itu. Dia macam pernah dengar suara itu tapi dimana. Lalu dia teringat akan gadis yang terlanggarnya dia di satu lorong yang kurang cerah itu.

"That's girl" ujarnya dalam bisikkannya. Gadis yang dia jumpa beberapa hari yang lalu. Tapi Mikhael cepat menangkap bisikkan Xavier yang berpaling ke arah gadis itu dengan riak muka yang dingin.

"Give me three coke. That's all" balas Mikhael yang tahu Tengku Faqih dan Xavier tidak akan buka mulut ataupun bercakap dengan orang-orang disini kerana tak nak diketahui oleh musuh-musuh mereka.

Mikhael kurang join mission ni kerana dia selalu sibuk dengan class dan selalu terkurung dalam bilik gelap bersama laptop kesayangannya.

Usually, yang selalu join mission pun Tengku Faqih, Xavier dan Azam. Tapi Azam Tak dapat join mission hari ini sebab ada masalah keluarga so dia yang gantikan tempat Azam.

"Okay, nanti saya bawakan untuk encik-encik semua" balas Dahlia dengan senyuman nipis diberikan kepada tiga jejaka itu dan berlalu pergi.

Dahlia pergi pada kaunter minuman itu lalu meminta apa yang dipesan oleh tiga jejaka itu tadi.

Sambil dia menunggu minuman itu berada pada dihapananya tiba-tiba ada satu tangan yang menarik rambutnya kasar itu.

Dia mengerang sakit pada rambutnya itu. Dan dia ditarik ke arah bilik persalinan itu. Sempat dia berpaling ke arah pelayan yang beberapa di kaunter itu dan menyuruh untuk diberikan kepada tiga jejaka itu dengan bahasa isyarat.

Pelayan itu mengangguk dengan perlahan bersama memandang Dahlia yang ditarik oleh puan Aira itu.

Reya . Pelayan yang dimaksudkan oleh Dahlia tadi melangkah pergi sambil membawa dulang yang terisi tiga coke dan menuju ke arah tiga jejaka yang dimaksudkan oleh Dahlia tadi.

Mikhael berkerut dahi melihat gerangan yang meletakkan air yang telah di order olehnya tadi bukan Dahlia itu tapi Reya.

"Where's girl yang take order tadi?" Soal Mikhael dengan nada perlahan.

"Ar...rr dia ada kerja lain tadi. Tapi dia yang suruh saya hantarkan minuman encik" balas Reya yang gelisah itu.

Reya yang melihat riak muka yang dingin mereka bertiga terasa takut tapi dia cuba hilangkan bagi tidak menunjukkan sifat ketakutannya sekarang.

Mikhael mengangguk.

Reya berlalu pergi selepas melihat anggukkan Mikhael itu. Xavier memandang Reya dengan ekor matanya. Dia berasa yang Reya ada sembunyi sesuatu tapi dia cuba endahkan je.

"Ibu lepas lah.sakit" adu Dahlia yang masih diheret oleh puan Aira pada rambut panjangnya itu.

Puan Aira menghiraukan aduan Dahlia malah menarik rambut panjang Dahlia semakin kuat sehingga terasa sakit pada kulit kepalanya. Dahlia mengerang kesakitan itu.

Dahlia dicampak pada atas katil yang lebih kurang bersaiz King itu lantas melempar baju yang tak senonoh pada Dahlia.

"Pakai ni. Nanti ada customer aku akan masuk bilik ni. Aku nak kau layan dia macam aku ajar tu" arah Puan Aira.

"Lia tak nak. Ibu bagi je Lia jadi pelayan." Ujar Dahlia kepada puan Aira yang berwajah bengis itu.

"Kau nak ke tak nak. Kau kena ikut arahan aku. Kalau tak aku buat macam hari tu" selama puan Aira.

"Ibu. Lia ni anak ibu. Kenapa ibu sanggup buat Lia macam ni." Bergenang tubir mata Dahlia seakan-akan tidak percaya yang ibunya sanggup menjual badan anaknya demi duit.

"Sebab aku nak duit lah. Kau tahukan dah ramai customer aku minta nak kau tapi kau tu payah sangat nak dengar cakap aku and btw jangan panggil aku ibu sebab kau bukan anak aku . Aku tak pernah pun berkahwin apatah lagi ada anak macam kau" bidas Puan Aira.

Dahlia terkedu seketika dengan kata-kata yang dia terima oleh Puan Aira itu. Sesungguh ibunya tidak mengaku yang dia anak dari rahim puan Aira sendiri.

"Kau ikut arahan aku sebelum aku buat apa-apa dekat kau" bidas Puan Aira yang melihat Dahlia masih tidak bergerak dari katil itu.

"Lia tak nak. Lia tetap dengan pendirian Lia. Lia takkan jual badan Lia pada lelaki yang buka mahram tu" kata Dahlia yang masih dengan pendiriannya. Cukup lah dia jadi pelayan di sini asalkan maruahnya masih terjaga.

"Kau memang nak kena dengan aku ye. Kau minum ni" puan Aira dengan kasar menyumbat sebotol air haram itu masuk ke dalam mulut Dahlia secara paksaan.

Dahlia yang mahu melepaskan rahangnya yang dipegang kuat oleh puan Aira tidak mampu dek kerana sudah hampir sebotol minuman itu telah  masuk ke dalam mulutnya dan dia tercungap-cungap dengan pandangan yang kabur itu.

"Kau duduk sini dan dia akan datang kejap lagi" puan Aira berlalu keluar dari bilik itu selepas melihat Dahlia yang sudah pening itu dek kerana mabuk.

Dahlia memandang pemergian puan Aira dengan pandangan kabur lalu dia terbaring pada katil itu dek kerana pening selepas ditelan minuman haram itu secara paksa oleh puan Aira.

My Dahlia [SS] | OGWhere stories live. Discover now