BAB 8🥀

108 3 0
                                    

Dahlia merenung pada telefon iPhone yang diberi oleh Xavier semalam. Dia ligat memikir sesuatu untuk mengelak dari Xavier tapi akhirnya dia tiada pilihan juga.

"Macam mana nak guna benda alah ni. Haish dia ingat aku ni pro ke main telefon mahal ni. Setakat main game dalam telefon lama aku boleh lah aku pro" Dahlia berkata sendiri.

Memang betul lah kalau main game dalam telefon dia pun dia pro sampaikan ke level boss dia main.

Ni telefon nak geser sini geser sana mana lah dia reti.

Dahlia menekan butang pada sisi telefon itu maka menyala skirn telefon iPhone itu setelaha beberapa minit dia mencari cara untuk membuka.

Dia terpaku dengan gambar yang muncul pada skirnnya itu.

"Aip....bila masa lah dia ambil gambar aku pakai baju ni?" soal Dahlia sendiri.

Gambar dia di mana dia baru selesai menjemur kain di halaman rumah mereka itu. Semasa itu dia hanya memakai baju t-shirt lengan pendek yang berwarna hitam dan seluar palazo yang berwarna hitam juga. Rambut diikat tocang bagi memudahkan dia melakukan kerja.

Tapi cara tangkapan gambar yang diambil ni cantik dan sudut dia pun bagus.

"Lah kenapa dia tak cakap ada password" Dahlia mengeluh selepas dia mengeser skrin itu dan telefon itu meminta kata kunci untuk dibuka.

"Dia ingat aku ni apa pakar membuka segala password telefon orang. Telefon aku pun aku tak letak pun password. Haish baik aku guna telefon lama aku jelah senang" baru sahaja Dahlia ingin meletak telefon itu disisinya tiba-tiba telefon dia berdering.

Dahlia lantas mengangkat.

"Hai, macam mana hari ni?" soal Xavier .

"Assalamualaikum, hari ni apa?" balas Dahlia dengan memberi salam kepada Xavier yang tiba menerjah begitu tanpa salam diberi.

Xavier tersentak seketika sambil memandang beberapa sahabatnya yang menahan ketawa bila melihat dia tersentak.

"Korang diam" arah Xavier pada sahabatnya.

"Waalaikumussalam. Remember my rules, angel" kata Xavier.

Tengku Faqih dan Mikhael buat muka meluat. Geli dengan kata-kata manis si buaya ni. Kata nak insaf tapi still ada sifat buaya tu lagi.

Xavier menjeling tajam pada dua ekor yang tak sedar diri itu. Siap korang aku kerja-kerja korang nanti.

"Mula hari ini ke?"

"Yes, Angel" balas Xavier dengan suara mengoda.

"Boleh tak Rean jangan panggil saya macam tu" adu Dahlia. Aku yang nak cakap dalam telefon ni pun dah membahang tau.

Xavier tergelak kecil dengan Dahlia. Walaupun dia tidak berada dihadapan Dahlia sekarang tapi dia tahu yang Dahlia malu dan merah muka sebab dia.

"Okay, hari ini saya tak ade buat apa hanya rutin harian saya. Basuh kain. Jemur kain. Kemas rumah dan masak. Malam ni kerja. Macam tu je" ujar Dahlia menyatakan rutin hariannya pada Xavier tanpa rasa takut.

Dia seperti sudah mula tidak takut dengan Xavier walaupun kadang-kadang ada tindakan Xavier yang membuatkan dia takut.

"Dahlia" panggil Xavier perlahan dari talian itu.

"Kenapa Rean?"

"Boleh tak kalau kita jumpa petang nanti?"

Dahlia berfikir kenapa Xavier ni tiba-tiba ajak dia keluar pula. Dia pula tak pernah-pernah keluar waktu petang sebab petang lah Puan Aira akan selalu ada dekat rumah tapi itupun jarang lah ada.

"Boleh tapi dekat-dekat sini jelah" balas Dahlia.

Dia akan cuba untuk keluar untuk berjumpa dengan Xavier. Kalau perlu kena pukulan Puan Aira dia sanggup tapi kalau nasib menyebelahinya dia bersyukur.

"Okay, nanti aku call semula dekat mana. Okay . Assalamualaikum"

"Eh..Rean..arrr boleh tak awal bagitahu password telefon yang awak bagi ni" minta Dahlia.

Xavier menepuk dahi sendiri yang dia lupa nak bagitahu tentang kata kunci telefon itu.

"2304" kata Xavier.

"Okay terima kasih Rean. Assalamualaikum" Dahlia menutup talian itu.

"Waalaikumussalam" ujar Xavier

"How?"

"Dia terima" balas Xavier.

"Kau jujur lah dengan dia baik-baik. Jangan nak kasar sangat dengan dia. Ingat dia tu mengandungkan anak kau. Walaupun dia tak tahu yang kau lah yang tidur dengan dia masa tu" Tengku Faqih menepuk bahu sahabatnya.

"Aku sokong dengan cara kau kali ini tapi kalau dia perlukan masa kau bagi lah dia masa" kata Mikhael pula.

"Thanks sebab sentiasa sokong aku" ujar Xavier .

"No hal lah lagipun kita susah sama senang pun sama lah ingat team kita sentiasa ada untuk tolong rakan kita" kata Azam pula.

Tengku Faqih dan Mikhael mengangguk serentak. Setuju dengan kata-kata Azam itu.

Xavier mengangguk.

"Okaylah aku nak balik syarikat aku . Kan tak pasal-pasal aku kena tadah telinga dengan bebelan aku tu. Dah lah budak sorang tu tak nak balik " ujar Xavier.

"Wisha ada tak?" tanya Tengku Faqih.

"Dia ada tapi kalau kau rasa nak merasa penumbuk dia boleh datang ye" sinis Xavier.

"Alah aku tanya je kut. Tapi apa salahnya kalau aku datang kan. Penumbuk pun penumbuk lah asalkan dapat tengok muka dia pun dan okay" kata Tengku Faqih selamba.

"Suka hati kau. Aku doakan semoga Adik aku tak terbuka hati nak terima mamat sengeng macam kau" biasa Xavier.

"Ish...kau ni bukan kemain ye doa aku yang tak elok"

Mikhael dan Azam sudah pergi melakukan kerja mereka . Malas nak mendengar dua ni Bergaduh.

"Aku tak doa tapi itu dah fakta" selamba Xavier lalu berlalu keluar meninggalkan Tengku Faqih itu.

"takpe you'll see ye"

My Dahlia [SS] | OGWhere stories live. Discover now