BAB 3 - Sembang

8.3K 421 15
                                    

Sejak semalam mula tersebar khabar angin mengenai Azila yang di katakan di rasuk oleh sesuatu. Khabar angin tersebut semakin kencang apabila Azila di dapati tidak hadir ke sekolah keesokkan harinya. Ada yang mengatakan Azila telah di sampuk penunggu di padang, tak kurang juga yang membuat telahan Azila di sergah oleh pocong di belakang Blok E.

Namun segala  khabar angin dan telahan  itu segera dinafikan oleh rakan-rakannya dan juga cikgu Nazir sendiri.

Cikgu Nazir dengan tegasnya mengatakan bahawa Azila cuma tidak sihat badan. Dan bukannya diganggu oleh apa-apa seperti yang di dakwa.

Sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa di kelas 4vt2. Antara yang paling tidak mempercayai semua itu adalah Syazrin dan rakan-rakannya. Ternyata mereka berlima iaitu Syazrin, Nadatul, Huda, Azimah dan Jiha sedikitpun tidak merasa takut dengan apa yang terjadi. Bagi mereka semua itu karut.

‘’Cikgu percaya yang hantu tu ada?’’ Tanya Syazrin apabila cikgu Nazir baru sahaja selesai mengajar mereka.

‘’Kamu rasa?’’ tanya cikgu Nazir pula.

‘’Tak ada. Alaa cikgu, ni kan dah tahun 2016. Mana la nak ada semua benda tu lagi. Mengarut je tu.’’ Jawab Syazrin lantang. Jawapan tersebut ternyata tidak mengejutkan cikgu Nazir. Bahkan dia sudah menduga sejak dari semalam lagi. Pemikiran mereka ternyata mengikut peredaran zaman.

‘’Kamu yakin?’’ cikgu Nazir cuba menguji.

‘’Hurmmm....entah. Yakin la kot. Cikgu pernah jumpa ker?’’

‘’Pernah."

"Hah?!, Kat mana? Cerita la cikgu." Sungguh teruja mereka berlima.

"Aha. Dalam kelas ni. Ada kat depan saya. Lima ekor semuanya." Jawab cikgu Nazir tenang. Mereka yang mendengarnya pula kelihatan terperanjat. Berkerut dahi mereka kehairanan.

Nadatul kelihatan sedang menundingkan jari telunjuknya ke arah mereka disitu.

"Kuajaqqq....cikgu kata kita hantu." Jerit Nadatul apabila menyedari 'hantu' yang dimaksudkan oleh cikgu Nazir tadi adalah diri mereka berlima.

"Cikgu ni, main- main pulak." Azimah pula bersuara.

Cikgu Nazir tertawa senang hati. Seronok sungguh dia dapat mengenakan budak berlima tu.

"Tapi kan, cikgu ada dengar macam-macam kisah seram tau pasal sekolah ni. Terutamanya di......." Sengaja cikgu Nazir tidak menghabiskan kata-katanya. Dia mahu melihat reaksi mereka dahulu.

"Mana?!" Tanya mereka serentak.

"Haha. Nanti la cikgu cerita."

‘’Iskh, cikgu ni suka macam tu. Jaga-jaga cikgu..saya dengar dekat rumah sewa cikgu tu kan...ada kann...hihihihihi..’’ Syazrin cuba mengusik cikgu Nazir. Sengaja membuat bunyi sepeti pontianak dengan kedua belah tangan di angkat seperti pontianak hendak mencekik mangsanya. Mana la tahu, entah-entah cikgu Nazir  ni sebearnha penakut. Saja je berlagak berani depan mereka.

‘’Iskh kamu ni. Ada-ada aje la. Dah, cikgu nak keluar dulu. Tu ha, cikgu matematik kesayangan kamu dah sampai.’’ Cikgu Nazir memuncungkan bibir ke arah satu susuk tubuh yang sedang berjalan di laluan pejalan kaki yang menghubungkan dewan dan Blok E.

‘’Itu baru betul hantu.’’ Spontan sahaja Syazrin bersuara.

Sememangnya antara mereka berlima, dia yang paling banyak bersuara.

Sabrina bertindak sebagai penolong ketua kelas bangkit untuk mengucapkan terima kasih. Namun dia duduk semula apabila diisyaratkan oleh cikgu Nazir.

BLOK E : Mulanya Di Sini [Complete]Where stories live. Discover now