BAB 26 - Siapa Dia

4.8K 345 42
                                    

Syazrin mula gelabah. Lain macam pulak cikgu Nazir kali ini. Serius betul riak wajahnya. Syazrin memandangnya dengan sangat hairan. Dia cuba untuk berlagak tenang. Huda dan Jiha juga mengikut gaya Syazrin berlagak tenang walaupun sudah memikirkan pelbagai kemungkinan.

''Tanya apa cikgu?'' tanya Syazrin.
Huda dan Jiha diam menanti jawapan cikgu Nazir.

''Mana kotak tu?'' tegas suara cikgu Nazir mengajukan soalan.

Terperanjat mereka bertiga mendengar pertanyaan tersebut dari nulut cikgu Nazir. Bagaimana cikgu Nazir boleh tahu pula pasal kotak tersebut? padahal, mereka tidak pernah memberitahu kepada sesiapa pun berkenaan hal itu. Dan setahu Syazrin rahsia itu hanya diketahui oleh mereka bertiga sahaja. Mereka juga telah berjanji untuk menyimpan rahsia tersebut bertiga.

''Kotak apa cikgu?'' Syazrin inginkan kepastian. Mungkinkah kotak lain yang dimaksudkan oleh cikgu Nazir.

''Kamu jangan nak buat-buat tanya lagi. Cikgu tanya kotak tu?'' nadanya yang semakin tegas membuatkan Jiha ringan mulut untuk bertanya lagi.

''Kotak besi yang kecik tu ker cikgu?'' Jiha inginkan kepastian. Baginya dalam keadaan begini tiada gunanya lagi dia menyimpan rahsia mengenai perkara tersebut. Cikgu Nazir sepertinya sudah mengetahui tentang perkara itu.

Cikgu Nazir mengangguk. Wajahnya serius hingga menimbulkan kegerunan bukan sahaja kepada mereka bertiga malah kepada beberapa orang pelajar lain disitu juga. Kecuali sepasang mata yang galak memerhati mereka berempat serta sepasang telinga yang peka mendengar tiap butir perbualan mereka.

''Ohh.. kotak tu. Ada kat dalam khemah.'' Laju Huda memberitahu.

Syazrin pantas merenung ke arah huda. Tadinya dia berbuat begitu juga apabila Jiha bersuara. Seperti juga Jiha, renungan Syazrin itu sedikitpun tidak diendahkan oleh Huda.

Terlajur Jiha menceritakan tentang kotak itu, dia harus memberitahu terus. Walaupun sebenarnya mereka sendiri kurang pasti apa kaitannya dengan kejadian yang sedang menimpa terhadap mereka sekarang.

''Cepat pergi ambil kotak tu!''

''Hah?! Cikgu nak suruh kami pergi ambil sekarang ker?''

''Ada saya kata esok?!''

''Tapi....'' belum sempat Huda menghabiskan ayatnya cikgu Nazir pantas menyampuk.

''Cikgu teman kamu. Dah, jangan nak buang masa lagi. Jom cepat pergi ambil kotak tu.''

Mereka bertiga keluar daripada dewan diikuti oleh cikgu Nazir dari belakang menuju ke tapak perkhemahan pelajar perempuan. walaupun diselubungi oleh ketakutan ,namun mereka gagahkan jua kaki untuk melangkah. Apatah lagi cikgu Nazir turut ada bersama mereka. Jadi, ketakutan itu sedikit beransur kurang.

Namun , benak mereka masih ligat bekerja memproses satu perkara yang agak penting. Macam mana cikgu Nazir boleh tahu pasal kotak tu? Inilah yang mereka bertiga sedang fikirkan seiring langkah kaki menuju ke khemah mereka. Takkan la Sabrina yang beritahu. Lagipun Sabrina pun setahu mereka tidak tahu menahu juga. Siapa sebenarnya cikgu Nazir ni? Persoalan itu terlontar bersama jawapan yang masih kabur.

Kejap. Kecualilah kalau.... Sabrina tu dah lama mengintip pergerakan mereka. Ya, jika benar telahan ini, pasti dia sudah tahu banyak perkara. Tapi, apa keuntungannya kalau benar Sabrina telah mengintip mereka. Untuk apa?

Ingin sahaja Syazrin terus bertanya kepada cikgu Nazir yang berada selangkah di belakangnnya. Namun melihat sahaja raut wajah cikgu Nazir yang masih tegang, hasratnya itu di batalkan sahaja di simpan di dalam hati menjadi satu persoalan yang kian memberat. Makin difikirkan makin banyak pula persoalan yang timbul, sedangkan yang sedia juga masih belum terjawab.

BLOK E : Mulanya Di Sini [Complete]Where stories live. Discover now