BAB 34 - Pertemuan II

4.9K 335 29
                                    

‘’Alhamdulillah...’’ ujar Puan Aishah apabila melihat sebuah papan tanda yang menunjukkan ke arah lokasi yang hendak ditujuinya. Setelah beberapa jam mencari, akhirnya laluan untuknya terbuka juga. Pelbagai ikhtiar telah dia lakukan. Matanya juga sudah memberat akibat kepenatan. Pelbagai halangan telah di hadapainya. Harapnya, tiada lagi aral yang melintang perjalananya selepas ini. Petang tadi dia belum sempat berehat setelah pulang sahaja daripada satu mesyuarat di Jabatan Pelajaran Negeri di Ipoh, Perak.

Tiba di satu simpang, puas Aishah terus membelok ke simpang di sebelah kanan. Secara tiba-tiba ada sesuatu berwarna gelap meluru laju ke arah keretanya dari hadapan. Dia cuba menekan brek kecemasan, malangnya  sudah terlambat. Beberapa ekor bintang berwarna hitam terus  merempuh keretanya. Akibat daripada rempuhan yang sungguh kuat tersebut, puan  Aishah  terlambung keluar daripada kereta melalui cermin hadapan lalu tergolek di atas jalan raya. Malang bagi puan Aishah kerana tidak memakai tali pinggang keledar.

Binatang berwarna hitam tersebut rupanya babi hutan yang sangat besar. Sebesar anak lembu yang kemudian lari menyusup ke arah arah semak berhampiran. Seekor babi hutan yang mula-mula merempuh kereta puan Aishah tadi terus menggelepar disitu  akibat kecederaan yang agak parah. Bahagian bumper hadapan terutamanya rosak teruk teruk. Berselerak manik –manik kaca di atas jalan tar, disinari pula dengan lampu kereta yang masih terpasang.

Cikgu Aishah pula masih terbaring di atas jalan tidak sedarkan diri . Darah merah terus  mengalir di dahi. Tiada sebarang pergerakan daripada cikgu Aishah dapat dikesan sejak melambung keluar daripada keretanya.

Dalam sebuah kelas, Blok E
‘’Kau masih ingat pada aku?’’

‘’Tak mungkin aku lupa, walaupun kita berbeza’’ jawab cikgu Nazir tenang.

‘’Kenapa kau tak ikut aku?’’

‘’Masa aku belum tiba. tapi, masa itu akan tiba juga nanti. sama ada cepat atau lambat sahaja’’

‘’Kau dah banyak berubah.’’

‘’Kita bukan seperti dahulu lagi. Aku dan kau dah tak sama. Dunia kita  pun sudah berbeza. Kau kena faham hakikat ini.’’

‘’Hmmm...’’

‘’Aku kesini atas beberapa sebab. Kenapa kau buat kacau? Kau ganggu budak-budak’’

‘’Bukan aku buat kacau. Mereka yang ganggu  aku dulu!’’

‘’Mereka tidak tahu apa-apa. Bukan salah mereka. kau tak boleh terus menyalahkan mereka atas perkara yang diluar kawalan mereka ‘’

‘’Tapi budak perempuan tu tahu!’’

‘’Maksud kau, Sabrina?’’

‘’Hurm... selain kau, siapa lagi kalau bukan budak perempuan tu la. ’’

‘’Dia yang minta aku jumpa kau. Tanpa dia, bagaimana untuk aku jumpa kau. Lagipun, dia tidak tahu keseluruhan tentang kau, tentang aku dan tentang kita semua.’’ Terang cikgu Nazir.

‘’Kenapa kau tak bagitahu? Kau malu? Kau takut?”

‘’Aku akan....’’

‘’Kotak sial!!!’’ jerit suara tanpa jasad di sebelahnya itu. Tiba-tiba nada suaranya berubah, garau dan menakutkan. Bergema satu kelas kelas dengan suaranya. Tersentak cikgu Nazir. Dalam hatinya, tidak lekang berdoa dan melafazkan kalimah suci.

‘’Apa aku nak buat dengan kotak ni? Ini tujuan sebenar aku datang kesini, berjumpa dengan kau walaupun aku tak dapat melihat kau. Lelaki tua tadi beritahu, hanya kau yang boleh bantu aku.’’

‘’Kau buang kotak sial nih! Aku benci tengok kotak nih! Aku benci!!’’ jerit suara tadi lagi.

‘’Apa akan jadi kalau aku buang kotak nih? Macam mana aku nak buang kalau dahulu aku dah buang, tapi hari ni masih ada lagi. kau kena tolong aku. sebelum tu, kau bertenang dahulu. Tak perlu nak menjerit, aku faham apa yang kau rasa.’’

‘’Kau akan dapat semula segalanya. Ketenangan tanpa gangguan lagi. Dari sesiapapun, termasuk aku.’

‘’ Maknanya kau juga akan pergi, hilang bersama dengan kotak ni?’’

‘’Ya. Lagipun di sini bukan tempat aku lagi.’’

‘’Termasuk Blok E?’’

‘’Ya.’’

‘’Bagaimana dengan padang?’’

‘’Aku akan pergi selepas habis pertandingan. Aku sudah bersedia. Setiap hari berlatih dengan bersungguh walaupun tanpa kau, Azman dan Haris. Aku yakin, kita akan menang.’’

‘’Lebih baik kau lupakan saja perkara tersebut.  biarlah impian itu hanya tinggal impian sahaja.  Segalanya dah berakhir untuk kau. Sudahlah.
Imbas kembali.....
‘’Kalau-hari training macam ni, memang tinggal tulang aje lah aku jawabnya.’’ Rungut Azman kemudiannya meyedut laju air limau ais di dalam gelas di hadapannya.

‘’Elehh, kau dah memang tulang dah  pun. Macam mat pek dah aku tengok.’’ Sampuk Haris pula diikuti tawa Nazir.

‘’Mat pek tak mat pek la, kalau takda aku jangan harap la kuartet kita ni nak menang.’’ Zaman tidak mahu mengaku kalah.  Memangnya begitulah sikap mereka apabila berbual. Nampak seperti riak dan angkuh, namun dalam kalangan mereka, itu hanyalah guaraun sahaja.

‘’Ye la tuu..’’ jawab Nazir pura-pura mengalah mengiyakan kata-kata Azman. Dia pandang sekeliling, tidak ramai orang di gerai makan tepi jalan tersebut pada ketika ini. Maklumlah, senja sudah melabuhkan tirainya, apa lagi yang hendak dibuat kalau bukan bersiap untuk ke surau. Tetapi mereka bertiga masih lagi disitu, menikmati minuman dengan rakusnya akibat kepanatan berlatih pada petang tersebut. begitulah mereka pada petang-petang sebelumnya.

‘’Eh, mana Danial?’’ tanya Nazir apabila tidak melihat kelibat Danial. Sangkanya Danial ikut serta bersama mereka tadi.

‘’Balik rumah kot.’’ Jawab Azman ragu-ragu. Dia sekadar meneka sahaja.

‘’Laa.. aku ingatkan dia nak datang sini.’’

‘’Balik rumah apanya, kau dengar bunyi wisel tu? Dia la tu, tengah berlatih dengan cikgu Naim.’’ Beritahu Haris menjawab persoalan Nazir tadi. Jelas pada pendengarannya bunyi wisel dari arah sebelah padang.

‘’Bagus betul la Danial tu kan. Kuat sungguh dia berlatih. Ye la kan, dia kan harapan dalam  acara 100 meter.’’ Puji Azman.

‘’Ye la...nak harapkan kau, apa tak tak da. Berlatih pun banyak mengelat.’’ Sindir Haris pula.

‘’Aku belajar dari kau jugak tu’’ Azman tidak mahu kalah. Tapi memang benar, ketika latihan, banyak jugak dia mengelat dengan pelbagai alasan.  Kadang sakit kai, sakit lutut dan segala-galanya sengaja di katakan sakit supaya dikecualikan daripada mengikuti sesi latihan.

‘’Dengan semangat yang yang macam ni, aku yakin dia boleh menang. Malah rekod 100 meter tu pun dia boleh pecahkan.’’ Nazir menyuarakan keyakinan dirinya terhadap Danial. Sememangnya Danial adalah sahabat rapatnya di SMK Datuk Menteri.

Bunyi siren ambulans yang kuat  segera menarik perhatian mereka bertiga dan beberapa pelanggan yang berada di gerai tersebut. Lebih memeranjatkan lagi apabila van ambulans tersebut dilihat membelok memasuki perkarangan kawasan sekolah mereka.

‘’Ada apa tu? Kenapa van ambulans masuk kawasan sekolah kita?’’ tanya Nazir kehairanan.

‘’Jom kita pergi tengok!’’ Tanpa berlengah, mereka segera menghabiskan minuman. Azman membayar harga minuman tersebut.

Mereka bertiga beredar meninggalkan gerai makan tersebut. masing-masing bergegas menghidupan enjin motosikal lalu memecut laju ke arah perkarangan sekolah. Van ambulans tersebut diparkir berhampiran padang sekolah. Syak wasangka mereka kian menebal. Pelbagai persoalan menerjah ke fikiran mereka. Apa  sebenarnya yang berlaku?

Kelihatan dua  orang pembantu perubatan ambulans sedang mengangkat  satu pengusung berwarna oren. Dan di atasnya  terbaring satu tubuh manusia yang ditutup kain. Mereka bertiga segera menyerbu hinggakan pembantu yang mengangkat pengusung tadi terpkasa berhenti melangkah.

‘’Kenapa ni cikgu?’’ tanya Nazir apabila dilihatnya wajah cikgu Naim yang muram. Malah, jelas kelihatan cairan jernih meleleh di pipinya.

Cikgu Naim diam. Lidahnya terkelu untuk menawab, air mata yang jatuh menggantikan tutur katanya yang hilang. Cikgu Naim menepuk bahu Nazir lalu menariknya dalam dakapan. Beberapa saat begitu, bertambah resah perasaan Nazir. Dia melepaskan pelukan cikgu Nazir lalu merapati pengusung berwarna oren tersebut.

Kain yang menutupi pengusung itu di selak. Jantung Nazir bagaikan direntap kasar. Terasa hendak gugur jantung. Perit dan pedih. Darah yang mengalir ditubuhnya bagaikan terhenti mengalir.

‘’Danial? Danial bangun Danial. Bangun Danial !’’ Nazir tidak dapat mengawal perasaannya. Tersekat-sekat Nazir cuba bernafas. Segalanya bagaikan tidak kena. Tidak teratur seperti normalnya. Jasad kaku Danial di sentuh. Bergetar tangannya apabila semakin hampir dengan jasad milik Danial yang terabring kaku di atas pengusung. Lantas disitu juga dia meraung sambil mengoncang tubuh Danial yang sudah kaku.

Haris dan Azman juga turut meraung disitu. Meratap jasad kaku rakan mereka yang sudah tidak bernyawa. Bagaikan tidak percaya, tiba-tiba sahaja musibah  ini menimpa sahabat mereka. Danial pergi meninggalakn mereka tanpa tanda. Tapi kenapa?

‘’Cikgu, kenapa ni cikgu? Kenapa dengan Danial?’’ Nazir mula mendesak cikgu Nazir.

‘’Cikgu tak tahu, Nazir. Tiba-tiba saja Danial jatuh sewaktu berlari, dan kemudiannya...... dia dah tak bernyawa.’’ beritahu cikgu Naim jujur. Berat sekali untuk cikgu Naim menceritakan hal yang berlaku. Hanya dia saksi kepada kejadian malang yang telah menimpa rakan mereka, anak didiknya sendiri. Untuk menerangkan lebih lanjut, ini bukanlah masa yang sesuai tatkala mereka semua  di amuk emosi.

‘Maaf cikgu, kami perlu bawa jenazah ke hospital sekarang.’’ Pemandu ambulans merangkap pembantu perubatan memohon keizinan.

‘’Ye.. ye.. baiklah.’’

Setelah ditenangkan oleh pegawai perubatan, pengusung tersebut dimasukkan ke dalam van ambulans lalu melancar pergi meninggalkan perkarangan sekolah.

‘’Haris ! Azman! Nazir!, sudahlah, jangan bersedih lagi. cikgu faham perasaan kamu. cikgu juga merasai kehilangan. Jom  kamu bertiga ikut cikgu,. Kita pergi ke hospital naik kereta cikgu. Sebelum tu kita singgah di rumah Danial. Cikgu hendak maklumkan pada keluarganya ‘’ Ujar cikgu Naim dalam sebak yang di tahan-tahan. Mereka bertiga sekadar mengangguk lemah. Kepiluan menyelubuni suasana.

Mereka bertiga menaiki kereta proton milik cikgu Naim. Masing-masing diam seribu bahasa melayan perasaan masing-masing. Kelopak mata mereka bergenang hiba. Terkejut dengan apa yang berlaku. Segalanya terlalu pantas untuk mereka.

******
Memo penulis : pertemuan III akan update malam ni, kemungkinan la.

Terima kasih pada semua yg support cerita ni, terharu penulis. Huhu...😄

#funfact : kematian seorang pelajar lelaki adalah kisah benar- benar berlaku di lokasi sebenar😊




BLOK E : Mulanya Di Sini [Complete]Where stories live. Discover now