BAB 9 - Masak Memasak

6.4K 297 14
                                    

‘’Angkat tangan kanan....
goyangkan...angkat tangan kiri pula....goyangkan...ikut macam saya buat.. yang belakang jangan nak menuang, saya nampak dari depan ni.’’

Lantang suara Cikgu Haikal yang bertindak sebagai ketua senamrobik pada pagi itu.

Pergerakkan mereka kadang-kala rancak, kadang kala perlahan mengikut tempo lagu hindustan yang dipasang sebagai latar mengiringi senaman pada pagi itu.

Meriah dengan bunyi muzik dan suara tawa mereka.

Beberapa orang pelajar yang berada di barisan belakang mulai mengeluh kepenatan.

‘’Bila nak habis ni, nak patah dah pinggang aku nih.’’ Rungut Jiha sambil badannya tidak henti mengikut gerak senaman Cikgu Haikal.

Macam orang tua pula Jiha merungut. Tangannya masih memegang pinggang.

Bukan main rancak lagi cikgu Haikal kalau bab tari menari ni. Kalah perempuan! Perempuan yang sebenar-benar perempuan.

Tidak hairanlah kerana perwatakan cikgu Haikal memang begitu. Apabila berjalan, lenggoknya persis seorang model di pentas peragaan.

‘’Entah Cikgu Haikal ni, macam taknak berhenti pun ada aku tengok.’’ Zahirah mula berhenti. Tertunduk menyedut kembali oksigen ke peparu.

‘’Bising la hangpa nih. Hilang konsentrasi aku nak berjoget nih.’’ Balas Syazrin yang ligat mengikut rentak senaman cikgu Haikal.

Walaupun begitu, dia masih gagal mengikuti sepenuhnya pergerakan Cikgu Haikal. Duduk di bahagian belakang menghalang pandangan mereka untuk melihat cikgu Haikal.

Namun kelebihan duduk di bahagian belakang adalah mereka akan selamat jika curi tulang. Dan yang paling penting mereka tidak akan dipanggil untuk berdiri sebaris dengan cikgu Haikal di hadapan. Jika itu berlaku, malang lah nasib mereka.

‘’Hamboi hang, sakan  berjoget. Oh, lupa pulak,hang kalau bab joget menjoget nih memang nombor satu pun.’’ Perli Jiha.

Syazrin buat tidak dengar sahaja. Sungguh dia tekun mahu melakukan segala pergerakan yang di lakukan oleh cikgu Haikal. Jika dia berjaya, itu adalah satu pencapaian yang sungguh membanggakan.

Kenapa dan mengapa? Penulis pun tak tahu. Haha.

Pergerakan senaman mereka mulai perlahan. Mereka melakukan larian setempat sambil menggoyangkan kedua belah tangan.

‘’Tarik nafas dalam-dalam.....tahan....’’ Arah cikgu Haikal di hadapan.

Kesemua peserta melakukan pergerakan itu bersungguh. Menarik nafas sedalam-dalamnya hinggakan kaki mereka terjengket, lalu di tahan. Kemudian dilepaskan perlahan-lahan.
Diulang hingga kali ketiga dan dilepaskan dengan satu hembusan yang paling kuat. Mereka bertepuk tangan tanda sesi senaman pagi itu sudah habis.

Syazrin dan rakan-rakannya menarik nafas lega. Manakala Azila bersama Nathiny, Sarvine, Gaayathri, dan Sabrina yang berada di barisan hadapan kelihatan mengeluh. Sebolehnya mereka tidak mahu senamrobik pagi itu habis. Mereka belum puas.

Habis sahaja senaman mereka terus bersurai dan menuju ke arah meja urusetia untuk mengambil sarapan. Selesai menikmati sarapan, mereka berkumpul semula di atas gelanggang bola tampar di tepi padang. Satu taklimat ringkas untuk aktiviti seterusnya  disampaikan oleh Puan Jannah.

Kali ini Syazrin tidak lagi duduk bersama dngan rakan sekelasnya. Mereka telah berpisah. Untuk aktiviti seterusnya ini, mereka perlu duduk dalam kumpulan yang telah dibahagikan dan ditetapkan malam tadi di dalam dewan.

Jiha berasa lega kerana dia dan Syazrin dalam satu kumpulan yang sama. Manakala mereka yang lain berpecah-pecah, kecuali Azila yang satu kumpulan dengan Sabrina dan Nanthiny. Setiap kumpulan terdiri daripada sepuluh orang ahli yang bercampur antara pelajar lelaki dan perempuan serta tingkatan.

BLOK E : Mulanya Di Sini [Complete]Where stories live. Discover now