BAB 15 - Burung Hantu

5.5K 413 26
                                    

‘’Kalau tak buat aktiviti ni tak boleh ke, cikgu Jamal?

‘Kenapa pula, cikgu Nazir ?’’

‘’Err...tak ada apa la..cuma, saya berpendapat macam kurang sesuai pula nak buat aktiviti macam ni.’’

‘’Tak boleh cikgu, aktiviti ni kita dah rancang. Dah ada dalam tentatif program. Lagipun, pengetua juga dah bagi kebenaran.’’

‘’ Tapi cikgu...’’

‘’Begini lah cikgu Nazir, cikgu ikut sahaja tentatif program. Tak perlu susah-susah nak fikir perkara lain."

‘’Kalau ubah atau ganti dengan aktiviti lain? Aktiviti dalam dewan misalnya..’’

‘’Maaflah cikgu. Seperti yang saya cakap tadi. Semuanya sudah dirancang, tugas-tugas berkenaan  juga sudah diberikan kepada setiap guru yang terlibat. Jika diubah, pasti mendatangkan masalah lain pula. Saya harap cikgu boleh  faham perkara tersebut.’’

‘’Baiklah kalau begitu, cikgu.’’

‘’Baguslah kalau cikgu dah faham. Tak apalah cikgu, saya ada kerja nak kena buat ni. Saya minta diri dulu.’’ Cikgu Jamal berjalan meninggalkan cikgu Nazir seorang diri disitu.

Nyata kekecewaan jelas terserlah di wajahnya. Tidak dapat dibendung lagi walaupun dia mengukir senyum kepada cikgu Jamal tadi. Senyuman yang sengaja dibuat-buat bagi meregangkan suasana.

Usahanya untuk memujuk cikgu Jamal ternyata gagal. Hal itu sudah di duga terlebih awal. Namun, apa salahnya dia mencuba. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Nampaknya sekarang batu sudah tenggelam jauh ke dasar.

Tumpuan kembali terarah kepada para pelajar yang sudah berkumpul di dalam dewan selepas menunaikan solat isyak secara berjemaah tadi. Senggang masa antara  waktu maghrib dan isyak diisi dengan santapan rohani untuk para pelajar muslim dan guru melalui tazkirah ringkas yang telah  disampaikan oleh ustaz Rozaini.

Manakala untuk para pelajar bukan muslim, mereka berada di dalam dewan bersama dengan beberapa orang guru bukan muslim. Waktu yang ada tersebut memberi kebebasan kepada mereka untuk melakukan ritual ibadat mereka atau apa-apa yang berkaitan dengan anutan agama mereka.

Pihak sekolah tidak sesekali meminggirkan para pelajar minoriti seperti ini. Perbezaan dari segi rupa, bangsa dan anutan tidak sesekali menghalang para pelajar dan guru untuk menjalinkan ukhwah dan perpaduan antara mereka. Tolenrasi dan kesefahaman antara satu sama lain amat dititikberatkan. Perkara ini seringkali dinyatakan oleh pengetua  dalam kebanyakkan ucapannya kepada warga SMK Datuk Menteri.

Cikgu Jamal kelihatan sedang memberikan taklimat berkaitan aktiviti pada malam tersebut.

‘’Malam ini, kita akan lakukan satu aktiviti yang mana mungkin kamu semua pernah lakukannya semasa mengkuti mana-mana program atau perkhemahan di luar sana. Aktiviti malam ini akan menguji tahap keberanian kamu, keyakinan, kepercayaan dan keberwaspadaan kamu dengan persekitaran.’’

Suara pelajar bercakap-cakap menganggu konsentrasi cikgu Jamal. Apabila keadaan dewan kembali senyap dan terkawal, cikgu Jamal meneruskan taklimatnya.

‘’Jadi, cikgu mahu kamu serius dan tidak main-main sepanjang aktiviti ini di lakukan. Seperti tertera di dalam jadual, malam ini kita akan lakksanakan satu slot yang dipanggil ‘Burung Hantu.’’

Bingit suasana  di dalam dewan apabila cikgu Jamal menyebut nama aktiviti tersebut. Walaupun tidak smeua di antara mereka mengetahui aktiviti itu, namun mendengar namanya sahaja sudah cukup untuk membuatkan mereka tidak duduk diam.

Gayathri, Sarvine dan Nanthini berpandangan sesama sendiri. Setelah apa yang mereka alami semalam, nampaknya mereka terpaksa alaminya untuk kali kedua pada malam ini. Tidak seperti malam sebelumnya, malam ini Gayathri dan Nanthini sudah bersedia. Bersedia dengan ayat pelindung diri seperti yang dibacakan oleh Sarvine pada malam sebelumnya. Namun jauh disudut hati, mereka sangat berharap agar tidak perlu melihat atau terserempak dengan makhluk tersebut lagi. Cukuplah hanya sekali.

BLOK E : Mulanya Di Sini [Complete]Where stories live. Discover now