BAB 20 - Malam Yang Panjang V

4.9K 466 42
                                    

Dengan bantuan beberapa orang pelajar lelaki, cikgu Jamal dan cikgu Nazir meneruskan pencarian saki baki pelajar yang belum kembali semula ke dewan. Setelah diteliti, hanya dua kumpulan sahaja yang belum tiba iaitu kumpulan Jiha dan kumpulan Afiqah.

Oleh itu, cikgu Jamal menyuruh Jiha dan Afiqah untuk menghentikan pencarian dan kembali semula ke dewan walaupun tanpa ahli yang mencukupi. Pencarian akan diambil alih oleh cikgu Jamal sendiri. Keselamatan mereka bertiga menjadi keutamaannya sekarang ini.

Tempat yang dinyatakan oleh cikgu Sharifah sudah diperiksa dan ternyata mereka tiada disitu. puas mencari, cikgu Jamal mulai buntu. Jam pada pergelangan tangannya dikerling, sudah pukul 11.45 malam.

Menurut pengawal keselamatan, tiada seorang pun pelajar yang keluar daripada kawasan sekolah melalui pagar hadapan. Ini bermakna, mereka bertiga itu masih ada di dalam kawasan sekolah lagi.

‘’Kita dah cari ke semua tempat, tapi masih tak jumpa juga’’ cikgu Jamal seakan-akan putus asa.

‘’Belum semua lagi. Ada tempat yang kita belum cari.’’

‘’Maksud cikgu, kat padang dengan blok atas bukit?’’ berkerut dahi cikgu Jamal. Kawasan itu sememangnya tiada dalam perancangan aktiviti tersebut. Cikgu Nazir sekadar mengangguk.

‘’Lebih baik rasanya kita cari di padang dulu.’’ Cadang cikgu Nazir. Kata hatinya kuat menyuruhnya ke sana.

Cikgu Jamal mengangguk. Mereka terus ke padang daripada Blok A. Lagipun, semakin lama disitu, semakin aneh pula rasanya. Seperti ada yang sedang memerhati ke arah mereka pula. Malah sepanjang mencari di dalam  kawasan sekolah tadi pun,  cikgu Nazir merasakan hal yang serupa. Namun tidak pula dia manyatakan kepada cikgu Jamal dan mereka yang lain. Bimbang juga dia sekadar berhalusinasi sahaja. atau mungkin akan menimbulkan ketakutan kepada diri mereka. maka, proses pencarian itu akan bertambah sukar nanti.

Syazrin, Huda dan Azimah sudah beberapa kali terlena. Menunggu ketua kumpulan mereka untuk sampai terasa begitu lama. Atau mereka sengaja di lupakan, untuk membalas dendam mungkin.

Syazrin yang terjaga secara mnegejut  memicingkan anak telinganya. Dia seperti mendengar orang memanggil namanya. Namun kurang jelas. Tak mungkin itu ahli kumpulannya kerana mereka sudah berpecah kepada dua kumpulan iaitu lelaki dan perempuan. Dan suara itu seperti milik lelaki walaupun sayup-sayup sahaja.

‘’Syazrin! Huda ! Azimah!’’

Macam suara cikgu Nazir. Duga Syazrin apabila suara iu semakin jelas kedengaran.

‘’Cikgu!’’ sahut Syazrin.

Cikgu Nazir menghalakan lampu suluhnya ke suatu arah.

‘’Astafirullah’’ terluncur kalimah suci itu dari mulut cikgu Nazir apabila suluhanya tepat kepada sesusuk tubuh yang sedang duduk memeluk kedua belah kaki.

‘’Syazrin?!’’ panggil cikgu Nazir.

‘’Cikgu!’’ syazrin menyahut. Cepat – cepat cikgu Nazir, cikgu Jamal dan beberapa orang pelajar lelaki yang turut serta berlari ke arah Syazrin. Lega sungguh cikgu Nazir apabila berjaya menemui Syazrin. tetapi di mana Azimah dan Huda?

‘’Cikgu?!’’

‘’Cikgu ke tu?!

Terdengar dua suara yang berlainan. Cikgu Jamal menyuluh ke arah suara tersebut. Mula – mula kepada Azimah kemudian kepada Huda yang duduk agak jauh daripada Azimah.

Terpinga – pinga mereka apabila cikgu Nazir menyuruh mereka membuka penutup mata.

‘’Kenapa ni cikgu?’’ Syazrin hairan apabila sudah melihat riak pada wajah cikgu Nazir. Tangannya ditenyeh ke mata kerana silau disuluh dengan cahaya lampu suluh cikgu Nazir.

BLOK E : Mulanya Di Sini [Complete]Where stories live. Discover now