BAB 36 - AKHIR

5.6K 367 153
                                    

Hospital Taiping, Perak.
Seperti kebiasaannya,  hari ahad iaitu hari minggu di hospital kerajaan kelihatan lenggang sahaja.  Tidak lagi penuh  sesak seperti biasa di mana ramai pesakit yang datang beriktiar untuk kesembuhan penyakit yang di hadapi. Kakitangan hospital juga berkurangan kecuali mereka yang bertugas mengikut jadual terutamanya di bahagian wad kecemasan yang sentiasa bersedia 24 jam untuk sebarang hal kecemasan. Musibah datang tidak mengira waktu.

Pagi tadi, ketika subuh menjelang kakitangan di wad kecemasan ini menerima kehadiran seorang pesakit wanita yang terlibat dalam kemalangan. Kecederaannya agak parah. Mujurlah tindakan pantas sepasang suami isteri yang membawa wanita tersebut ke hospital berjaya menyelamatkan nyawanya. Andai terlambat, mungkin keadaan bertambah menjadi teruk.

Beberapa jam berlalu setelah mendapatkan rawatan yang sewajarnya, keadaan pesakit tadi sudah mulai bertambah baik. Cuma keadaannya yang lemah itu menyebabkan dia tidak boleh menerima ramai pelawat pada suatu-suatu masa. Oleh sebab itu, cikgu Nazir sekadar berdiri sahaja di luar pintu wad bernombor 15 yang menempatkan puan Aishah iaitu pengetua sekolah tempat dia mengajar. Puan Aishah dikejarkan ke wad kecemasan setelah terlibat dalam kemalangan ketika hendak ke sekolah pada awal pagi sebelum subuh tadi.

Di dalam bilik wad yang menempatkan puan Aishah, kelihatan seorang lelaki sedang berdiri disisi katil puan Aishah.

‘’ Macam mana dengan pelajar-pelajar?’’ tanya puan Aishah. Dalam keadaan dirinya yang sebegini, ingatannya masih lagi memikirkan keadaan para pelajarnya seperti yang di maklumkan oleh cikgu Jamal melalui panggilan telefon.

‘’Berkenaan perkara itu,  janganlah puan risau, semuanya sudah selamat. Mujurlah keadaan tidak menjadi lebih teruk. Jika tidak, saya sendiri juga buntu apa yang hendak dibuat.’’ Beritahu cikgu Jamal.

‘’Bagaimana dengan guru-guru yang lain?’’ lemah sahaja suaranya. Balutan di kepalanya masih berbekas dnegan tompok darah. Hentaman yang kuat menyebabkan berlaku keretakan pada tengkorak puan Aishah. Namun tidaklah begitu parah walaupun impak rempuhan tersebut sungguh kuat.

‘’Semuanya tidak apa-apa, Puan. Lagipun mereka dan beberapa orang pelajar  ada di luar sana, datang untuk menziarahi puan.’’

‘’Alhamdulillah... terima kasih cikgu Jamal sebab dah jaga para pelajar.’’ Ucap puan Aishah. Tangan kanannya berbalut kerana patah. Bahagian lain tubuhnya luka-luka sahaja.

‘’Saya rasa penghargaan itu sebetulnya di berikan kepada cikgu Nazir. Dia yang banyak membantu meredakan keadaan. Tanpa bantuan cikgu Nazir, entah apa la yang akan terjadi.’’ Cikgu Jamal merendahkan diri, memindahkan pujian itu kepada cikgu Nazir.

Benar , jika tidak kerana cikgu Nazir, pasti keadaan menjadi lebih teruk. Itulah yang berain difikirannya sejak semalam yang berunsur negatif disebabkan buntu untuk memikirkan solusi masalah yang dihadapi.

‘’Mana cikgu Nazir?’’

‘’Dia ada menunggu di luar tadi. Puan hendak bercakap dengan dia?’’

‘’Boleh juga. Tolong panggil dia masuk.’’

‘’Baiklah, puan.’’

Cikgu Jamal berjalan keluar daripada wad 15. Matanya meliar mencari kelibat cikgu Nazir. Malangnya, apa yang dicari tersebut tidak pula ditemui. Tadi sebelum masuk, dia sudah berbual dengan cikgu Nazir. Dan cikgu Nazir dengan rendah diri mempelawa dia untuk masuk terlebih dahulu. Katanya dia akan  masuk kemudian. Namun sekarang kelibat cikgu Nazir juga sudah menghilang. Malah guru-guru di situ juga tidak tahu kemana dia pergi.

‘’Mungkin dia ke tandas agaknya. Tak pun ke kantin. Cuba cari di sana.’’ Beritahu seorang guru lelaki.

‘’Terima kasih cikgu. Cikgu, kalau cikgu nak masuk dalam, cikgu masuk  la dulu.’’ Ucap cikgu Jamal terus berjalan ke arah yang dinyatakan tadi.

BLOK E : Mulanya Di Sini [Complete]Where stories live. Discover now