BAB 18 - Malam Yang Panjang III

5K 276 4
                                    

Pap! Pap ! Pap!

Jelas di pendengarannya bunyi sayap nyamuk berterbangan. Sungguh merimaskan. Berdengung – dengung di cuping telinga.  Walaupun sudah banyak yang tertewas makan penampar, namun tidak pula surut jumlahnya. Malah dirasakan semakin bertambah pula.

‘’Tahu la aku sihat, tak payah la nak hisap darah aku. Darah manis ni tau dak.’’ Bebel Huda kepada nyamuk-nyamuk yang sedang rancak menyerangnya.

Huda? Azimah dapat meneka suara tersebut. Sejak tadi dia diam sahaja. Takut hendak bersuara kerana tidak tahu di mana mereka berada. Dia yakin ada guru-guru yang sedang memerhatikan mereka. Mungkin ada yang sedang merakam keadaan mereka ketika ini tanpa mereka sedari.

‘’Woi Huda, hang merepek apa?’’ tegur Azimah apabila yakin suara itu adalah  milik Huda. Kedengaran seperti tidak berapa jauh jauh dari kedudukannya sekarang.

‘’Nyamuk ni la, dari tadi lagi asyik sedut darah aku.’’ rungut Huda. Membebel kepada nyamuk. Malah ayam di rumahnya pernah di maki hamun dan hampir sahaja makan pelempang gara-gara berkokok di tengah hari ketika Huda senang lena tidur.

‘’Hahaha.. tu la hang, ‘sihat’  sangat. Nyamuk pun minat la kat hang.’’ Sindir Azimah.

‘’Kuajaqqq..kutuk aku. Hang tak kena nyamuk ka?  Atau nyamuk cari tak jumpa’’ tanya Huda kerana sejak duduk di situ, tidak pula dia mendengar bunyi orang menampar nyamuk yang hinggap di tubuh badan.

‘’Well, nyamuk tak jumpa aku. Haha. Aku pakai losyen la. Abang aku bagi, losyen askar punya.’’ Dedah Azimah rahsia dia tidak di gigit nyamuk.

‘’Oh, lepastu hang tak reti-reti nak share.’’ Tanya Huda pula dengan nada menyindir. Geram dia. patutlah Azimah tenang je. Entah apa lagi la yang Azimah bawa tu tak beritahu dia.

‘’Aku lupa. Haha. Hang  sedekah aje la darah hang kat nyamuk tu. Buat amal sikit.’’ Perli Azimah. Huda mendegus geram. Patut la dari tadi dia tak dengar orang lain tepuk selain dia. Rupanya pakai losyen. Tapi, tak kan la depa dua ja ada kat dekat sini? Dekat mana dia tidak tahu. Nak buka penutup mata ni, takut pulak. Seram.

‘’Woii, apa bising-bising ni. Orang nak tidur pun tak senang la.’’ Marah satu suara apabila tidurnya terganggu.

‘’Syazrin? Laa...sini juga  hang. Patut la senyap, dok sedap lena rupanya.’’ Ujar Azimah menyedari pemilik suara tadi adalah Syazrin. Dia yakin benar. Siapa lagi yang bersuara macam tu selain Syazrin. Susah orang lain nak tiru.

‘’Ha la. Habis ingat sapa? Cik ponti? Nak tunggu Jiha tu mai ambik punya la lama. Entah mana pergi pun aku tau. Kalau aku jadi ketua, dah lama kami menang. Bukan payah pun nak cari semua orang.’’ Rungut Syazrin.

Rasa tidak puas hati masih bersisa  di hatinya kerana Jiha tidak mahu jadikan dia sebagai ketua. Bukan apa, ini la sebabnya kalau tak jadi ketua, duduk melangut entah kat mana. Bosan. Nak menyanyi risau kena ketuk. Takpun, risau hujan lebat. Nanti tak pasal-pasal banjir kat dalam khemah nak tidur mana kalau banjir.
PRAK!

‘’Bunyi apa tu?’’ tegur Huda. Dia mula gelabah. Melilau melihat ke sekeliling walaupun matanya tertutup.

‘’Tak tahu. Aku dengar jugak. Syazrin, hang dengar tak?’’ tanya Azimah pula.

‘’Dengar la, ingat aku pekak ke apa. bunyi macam...’’ belum habis Syazrin berkata-kata, Huda dan Azimah terlebih  dahulu sudah menjerit. Dia juga terjerit kecil.

‘’Ciss...ingatkan apa tadi. Macam bunyi kayu je jatuh tadi. Ni mesti kita duduk bawah pokok.’’ Sambung Syazrin setelah terdengar sesuatu jatuh berhampiran mereka. bunyinya seperti kayu.

BLOK E : Mulanya Di Sini [Complete]Where stories live. Discover now