BAB 22 - Malam Yang Panjang VII

5.1K 359 16
                                    

IZZATI sudah mula tersedar. Dia membuka mata perlahan-lahan. Tidak lagi seperti tadi secara mengejut dan terjegil. Sungguh menakutkan bagi sesiapa sahaja yang nelihatnya tadi. Kelihatannya Izzati seperti orang bingung. Dia melihat sekeliling sebelum pandangannya tertancap pada ustazah Naili, cikgu Sharifah dan beberapa orang guru lelaki dan wanita di situ. Beberapa orang pelajar perempuan juga ada disitu.

Bertambah hairan apabila dia mendengar suara orang membaca Al-Quran.

''Ustazah?, macam mana saya boleh ada kat sini?'' ustazah Naili yang mulanya tadi sedikit cuak kini seperti beroleh keyakinan baru apabila mendengar soalan tersebut.

''Kamu tak ingat apa yang berlaku?''

''Hah? Apa yang berlaku ustazah? Cikgu?'' tanya Izzati kehairanan. Lagi membuatkan dia hairan adalah beberapa langkah disebelahnya ada seorang pelajar perempuan sedang terbaring. Dia tidak kenal siapa pelajar tersebut kerana wajahnya menghadap ke arah sebelah lain.
Ustazah Naili pandang wajah cikgu Sharifah kemudian kembali semula kepada Izzati.

''Tak apa la, kamu baring dan rehat la dulu.'' Ujar ustazah Naili sambil membantu Izzati baring semula. Beberapa sejadah yang di lipat tebal dijadikan bantal untuk melapik kepala. Izzati akur walaupun pelbagai persoalan bermain difikirannya. Kenapa dia berada di dalam surau? Dan, bagaimana dia boleh berada disini. Bukankah sepatutnya dia berada di Blok A menanti ketua kumpulannya datang mengambilnya?

Dia sudah ingat sekarang! Mereka sedang melakukan aktivit 'Burung Hantu' sebenarnya tadi. Dadanya berombak kencang secara tiba-tiba. Utazah Naili yang perasan akan hal itu mula gelisah.

''Izzati, kenapa ni?'' tanya ustazah Naili. Tangan Izzati dipegang. Bimbang keadaan akan menjadi buruk seperti tadi. Sekurang-kurangnya kalau itu berlaku, dia sempat juga memegang tangan Izzati sebelum Izzati bertindak di luar dugaan.

''Ustazah, saya dah ingat!'' ujar Izzati bersemangat hingga menarik perhatian semua yang berada di dalam surau tersebut kecuali seorang pelajar perempuan yang sedang terbaring masih tidak sedarkan diri.
Belum sempat Izzati bercerita, cikgu Nazir muncul di muka pintu. Dia terus berjalan masuk mendapatkan Ustaz dan cikgu Jamal. Sekilas dia melihat ke arah Izzati yang sudah sedar. Pandangan mereka bertembung, namun cepat-cepat cikgu Nazir melarikan pandangannya ke arah cikgu Jamal.

''Macam mana dalam dewan cikgu, semua baik?'' tanya cikgu Jamal.

''Alhamdulillah, saya sudah uruskannya. In Shaa Allah. Semuanya akan baik.'' Jawab cikgu Nazir. Kemudian dia bangun dan berjalan ke arah ustazah Naili yang duduk di sebelah Izzati yang sedang baring.

''Kamu tak apa-apa Izzati?''

Izzati mengangguk lemah tanpa mengalihkan pandangannya yang sedang memandang siling surau.

''Macam mana kamu boleh pengsan?
'' tanya cikgu Nazir yang ingin tahu kejadian sebenar.

'' Sewaktu saya buka penutup mata tu....''

''Kamu buka penutup mata??'' cikgu Nazir mencelah. Terkejut dia mendengarkan jawapan Izzati.
Izzati tidak bersuara. Sebaliknya menjawab dengan satu anggukan yang lemah. Matanya sayu sahaja menunjukkan dia benar-benar rasa bersalah dengan tindakannya. Dia tahu, pasti dia dan ahli kumpulannya akan di denda. Semuanya gara-gara perbuatan dia sendiri yang tidak mengikut arahan.

Izzati hendak meneruskan lagi kata-katanya namun dihalang oleh cikgu Nazir. Cikgu Nazir sudah tidak mahu mendengarnya lagi. Kerana dia sudah menduga perkara tersebut, dan itulah yang terjadi. Bimbang kalau di ceritakan semula nanti, Izzati tiba-tiba sahaja meracau pulak. Makin memburukkan keadaan pula nanti.

Mujurlah seorang pelajar yang diserang histeria tadi berjaya di kawal. Jika merebak kepada yang lain, pasti keadaan akan menjadi lebih buruk.

Dua orang ini sahaja pun sudah cukup mencetuskan huru hara. Kerana itu pelajar di dalam dewan cikgu Nazir menyuruh mereka mengalunkan ayat-ayat al-quran secara beramai-ramai. Salah satu daripada langkah yang dikira berkesan untuk menepis ancaman sesuatu yang bersifat ghaib.
Pengalamannya tingal di sekolah berasrama selama enam tahun banyak mengajar dia. Dan, pengalaman itulah yang sedang digunakan dan dimanfaatkan sekarang.

BLOK E : Mulanya Di Sini [Complete]Where stories live. Discover now