BAB 10 - Masak Memasak II

5.5K 305 14
                                    

Setelah meninggalkan kumpulannya, Syazrin berjalan-jalan di sekitar kawasan padang.

Sengaja menyilangkan tangan ke belakang dan diletakkan pada punggung. Berjalan menoleh kiri dan kanan.

Dia singgah dari satu kumpulan ke satu kumpulan lain. Puas menyembang dia akan berpindah kepada kumpulan lain pula.

Sewaktu menuju ke arah kumpulan Azimah, Syazrin  terserempak dengan cikgu Nazir secara tidak sengaja.

Hendak mengelak sudah tidak sempat kerana cikgu Nazir sudah melihatnya tadi. Mahu atau tidak dia terpaksa berdepan juga dengan Cikgu Nazir.

"Kamu berdua ni nak kemana Syazrin?" Tanya cikgu Nazir kehairanan. Dia berdiri tegak menghadap Syazrin.

Berdua? Syazrin toleh ke belakang. Berkerut wajahnya. Apa maksud cikgu Nazir berdua?

"Mana ada berdua, cikgu. Saya seorang je lah."

"Habis tu, budak sebelah kamu tu sapa?" Soal cikgu Nazir lagi sambil menunjukkan ke arah sebelah kanan Syazrin.

Budak mana pulak ni? Jantungnya mula berdegup laju.  Syazrin toleh sebelah kanannya, Kosong!

"Mana ada budak, saya seorang je la. Cikgu jangan macam-macam." Syazrin mula gelabah. Dilihat kanan dan kirinya berulang kali.

Keberaniannya sedikit tergugat sejak mengalami mimpi ngeri malam tadi. Apatah lagi subuh tadi mereka ternampak kelibat di bawah pokok ru yang dipercayai adalah pocong.

"Hahaha.....takut juga rupanya kamu ni." Ketawa cikgu Nazir. Seronok sungguh dia dapat mengenakan Syazrin yang biasanya akan berlagak berani.

Syazrin mencebik. Geram dipermainkan cikgu Nazir. Kalau lah yang sedang ketawa di hadapannya itu bukan cikgu,  pasti serai lima batang di tangannya itu sudah disumbat-sumbat ke dalam mulut yang sedang mentertawakannya itu.

Serai? Dimana Syazrin dapat serai? Sedangkan bahan itu tidak pula dibekalkan oleh pihak urusetia.

Ini Syazrin. Segalanya tidak mustahil. Berani dan penakut dalam satu masa juga perkara biasa.

"Eh, mana kamu dapat serai tu?"

"Well, ini Syazrin la cikgu. Benda mudah. Kat mana lagi, kat taman Sains la."

"Iskh, kamu ni. Habis serai kat taman tu. Ini kalau cikgu Ain tahu ni, mahunya mengamuk dia nanti."

"Alaa..cikgu jangan la bagitahu. So, cikgu Ain pun tak akan tahu la." Syazrin bijak mencadangkan.

"Macam-macam la kamu ni. Dah siap masak ke belum kumpulan kamu? Ke api pun tak hidup lagi." Tanya cikgu Nazir apabila teringatkan tentang hal itu.

Sebenarnya dia memang hendak meninjau kumpulan Syazrin memasak. Teringin juga dia hendak tahu apa yang dimasak mereka.

Kalau bernasib baik, boleh dijadikan bahan untuk mengenakan mereka di dalam kelas nanti.

"Amboi cikgu, sakan nampak perli. Small matter la benda macam tu. Masak-masak memasak ni petik jari je."

"Ooo...petik jari yer. Mana kumpulan kamu? Cikgu nak melawat kejap."

"Eh, cikgu...nanti-nanti la melawat...sikit je lagi nak siap. Serai pun tak masak lagi ni." Dalih Syazrin sambil mengangkat beberapa batang serai di tangannya.

"Cikgu dah agak. Hah, tunggu apa lagi kat sini. Pergi la masak cepat. "

"Nak pergi la ni. Cikgu la ni, ajak saya menyembang. Kan dah lambat. Cikgu bukan nak tolong pun."

"Aik, cikgu pulak yang kena? Dah-dah pergi cepat. Dah siap nanti cikgu pergi, tolong makan."

"Eleh, tolong makan baik tak payah. Okey la cikgu, saya minta diri dulu. "
Tiba-tiba sopan pulak ayat Syazrin.

BLOK E : Mulanya Di Sini [Complete]Where stories live. Discover now