BAB 24 - Malam Yang Panjang IX

5K 292 7
                                    

CIKGU Jamal meluru masuk ke dalam dewan yang sedang bergema dengan alunan ayat-ayat suci al-Quran yang diketuai oleh Adam. Dia tidak tahu bahawa sebentar tadi telah terjadi kekecohan di dalam dewan disebabkan beberapa mentol lampu kalimantang pada siling dewan yang pecah.

Terkejut sungguh dia apabila dimaklumkan oleh guru yang merawat dua orang pelajar yang luka tadi. lekas-lekas dia pergi ke arah pelajar tersebut untuk melihat kecederaan mereka.

Kemudiannya berjalan dan berhenti di tengah-tengah dewan tempat dimana kaca-kaca lampu yang pecah tadi berterabur. Sekarang sudah tiada lagi sisa kaca disitu setelah di bersihkan oleh beberapa orang pelajar lelaki.

Berkenaan darah pada lantai yang hilang tidak pula diberitahu kepada cikgu Jamal.  Hal itu dirasakan tidak begitu penting untuk diberitahu. Lagi pula, mungkin akan merumitkan lagi keadaan.

Cikgu Jamal dehem beberapa kali serta mengangkat dua belah tangannya ke atas. Suara alunan zikir semakin perlahan dan senyap terus kemudiannya.

‘’Baiklah semua,  cikgu faham kamu semua sudah mengantuk. Jam pun dah dekat pukul 12 malam. Jadi cikgu nak beritahu kamu semua beberapa perkara. Harap kamu dapat ambik perhatian.’’

Cikgu Jamal berhenti sebentar apabila dilihatnya cikgu Nazir berdiri di muka pintu. Cikgu Nazir tidak terus masuk, sebaliknya berdiri sahaja di muka pintu.

‘’Kemungkinan malam ni kamu semua tidak akan tidur di dalam khemah kamu. Kemungkinan besar juga kamu akan tidur di dalam dean ini beramai-ramai. Kemungkinan sahaja. Belum dimuktamadkan lagi. Apa-apa pun kita tunggu apa kata pengetua nanti. Sekejap lagi pengetua akan sampai. Sementara itu, kamu semua duduk dalam dewan ni dulu.’’ Beritahu cikgu Jamal lagi.

Serentak dengan itu, pelbagai reaksi di tunjukkan oleh para pelajar. Rata-rata mereka semua sungguh terkejut dengan pengumuman tersebut. Mereka mula bercakap sesama sendiri. Syazrin yang berada berhampiran cikgu Jamal gagal untuk tidak mengajukan soalan.

‘’Tapi, kenapa kena tidur dekat dalam dewan cikgu?’’ tanya Syazrin di sambut anggukan rakan-rakannya.
Cikgu Jamal berkalih ke arah Syazrin. Dia sudah menduga, pasti akan ada yang bertanya soalan begitu. Dan cikgu Jamal sudah memikirkan jawapan yang sesuai unttuk soalan tersebut.

‘’Ada masalah sikit. Lagipun untuk keselamatan kamu semua juga.’’

‘’Keselamatan kami? tapi kenapa cikgu?’’ Syazrin masih tidak berpuas hati. Apa kaitan antara keselamatan mereka dengan tidur di dalam dewan? Dia mula memikirkan rasional perkara tersebut.

‘’Tak ada apalah, nanti cikgu maklumkan lain. Kamu jangan risau.’’ Beritahu cikgu Jamal melemparkan pandangannya ke arah pintu utama dewan yang tebuka tadi. Cikgu Nazir yang dilihatnya berdiri di siti tadi sudah tiada. Mungkin cikgu Nazir sekadar singgah untuk memastikan keadaan di dalam dewan sahaja.

Seorang guru wanita memanggil cikgu Jamal. Dia adalah guru yang sama yang memberitahu berkenaan hal di dalam dewan kepada cikgu Jamal tadi. Syazrin nyata kecewa apabila cikgu Jamal berjalan meninggalkan dia yang belum puas bertanya lagi. Masih banyak perkara yang hendak ditanyakan.

‘’Ada apa cikgu?’’ tanya cikgu Jamal. Cikgu perempuan itu kelihatan serba salah untuk bercakap. Dia seperti ketakuatan apabila hendak menceritakan perkara tersebut.

‘’Cikgu Jamal, tadi ada perkara pelik yang berlaku.’’

‘’Pelik? Apa maksud cikgu? Tadi cikgu tak beritahu pun saya?’’ cikgu Jamal semakin hairan.

‘’Cikgu ingat kan budak dua orang yang luka tangannya tadi tu? Sebelum tu darahnya ada menitik atas lantai. Tapi hairannya, darah tu tiba-tiba hilang.’’ Cikgu Jamal berlagak tenang walaupun di hatinya dia begitu terkejut. Tidak pula dia menampakkan riak tersebut kepada cikgu perempuan di hadapannya.

‘’Hmm..pelik tu..macam mana boleh jadi macam tu?’’

‘’Saya tak tahu la cikgu. Tiba-tiba sahaja hilang. Bersih hingga tak ada kesan langsung.’’

‘’Pelajar-pelajar tahu?’’

‘’Tahu, Amira yang tegur dahulu. Waktu tu saya sibuk balut luka pelajar yang cedera.’’ beritahu cikgu perempuan itu lagi.

Cikgu Jamal mengeluh. Apa lagi kali ini yang berlaku? Sebenarnya dia penat memikirkan perkara yang berlaku. Apa yang hendak dia beritahu pada pengetua nanti? dua orang pelajar di serang histeria dan dua orang pelajar luka terkena serpihan lampu kaca.

Cikgu Jamal melemparkan pandangan ke serata dewan. Fikirannya kusut. Manakala cikgu perempuan tadi sudah berlalu pergi mendapatkan beberapa orang guru yang lain.

‘’ Kau ni kenapa, Wana? Kau okey ker?’’ tanya Iwani, sahabat kepada Wana salah seorang pelajar yang luka di tangan terkena kaca tadi.

‘’Tangan aku.....aku rasa sejuk...rasa macam...’’Wana tidak mampu menghabiskan kata-katanya. Lidahnya seakan sukar menuturkan kata.

‘’Macam apa?’’

‘’Macam ada orang hisap..betul, aku tak tipu..’’ terketar-ketar Wana memberitahu.

Mereka disitu termasuklah Iwani terkejut besar. Benar seperti yang diberitahu Wana. Darah pada tisu yang ditekapkan pada lukanya tadi sudah hilang. Tisu tersebut kelihatan putih bersih sahaja. Seperti tidak pernah kena kesan darah.

Wana sudah menggeletar tangannya. Cikgu Jamal yang menyedari keadaan tersebut lekas mendapatkan mereka. Cikgu Jamal tunduk dan membisikan sesuatu pada Wana. Kelihatannya Wana sungguh terkejut, namun beransur-ansur tenang apabila dipujuk oleh cikgu Jamal.

Serentak dengan itu semerbak bau wangi menerjah rongga hidung mereka. Tidak begitu lama apabila tiba-tiba bau sesuatu yang busuk dan loya mengitari pula persekitaran tersebut. Cikgu Jamal juga turut menghidu bau tersebut.

Suasana tenang tadinya kembali menjadi riuh. Namun tidak semua, hanya mereka yang berhampiran dengan Wana sahaja mengalami perkara tersebut. Mereka mula menutup hidung masing-masing. Tidak tahan dengan bau busuk yang entah datang daripada mana. Seorang lagi pelajar yang luka ditangannya tidak mengalami perkara serupa.

Anehnya, beberapa kelompok pelajar perempuan dan semua pelajar lelaki kelihatan biasa sahaja. Malahan mereka siap memandang pelik lagi kerana menutup hidung. Nampaknya, mereka tidak menghidu bau yang serupa. Sepertinya bau tersebut sengaja di tujukan untuk mereka.

Pelajar tersebut masih duduk menunduk seperti tadi. Mungkin sudah tidur. Tidak hairanlah kerana ramai pelajar yang sudah tidur secara duduk sebenarnya.

Syazrin menghampiri pelajar yang tertunduk itu. Semakin dekat semakin jelas kedengaran butir-butir yang diucapkan oleh pelajar tersebut. Rupanya pelajar itu sedang tekun mengalunkan ayat suci al-quran. Syazrin sedar hal itu apabila.dia mendengar pelajar tersebut membaca ayatul kursi dan beberapa surah lazim yang lain terutamanya tiga qul.

Patutlah dia tidak mengalami perkara yang serupa. Syazrin tahu, ini pasti angkara makhluk di alam sebelah. Pandangan Syazrin meliar mencari kelibat Sabrina, dia tahu dan amat yakin bahawa Sabrina pasti lebih mengetahui hal tersebut.

Akhirnya dia bertemu Sabrina. Dilihatnya Sabrina juga tertunduk sambil bibirnya bergerak-gerak melafazkan sesuatu. Sama seperti pelajar tadi.

Syazrin memutuskan untuk kembali kepada Huda, Jiha dan Azimah.  Di situ mereka kelihatan seperti berbincang sesuatu. Namun tidak lama, apabila seorang pelajar perempuan yang tiba-tiba berdiri menarik perhatian mereka.

Mereka kenal pelajar perempuan tersebut, itu adalah Farah Hidayu, rakan sekelas mereka. Kenapa dengan dia? Mereka semua ke hairan.

Farah Idayu pula masih berdiri tegak menunduk memandang lantai.  Rakan-rakannya yang berhampiran tadi sedikit demi sedikit mula mejauhi diri. Cikgu Jamal yang cuba bertenang pelahan-lahan cuba menghampiri. Entah kenapa dia dapat mengesan sesuatu yang buruk akan berlaku. Dan kelihatannya seperti itu bukanlah pelajar yang di kenali selama ini. Itu adalah....

"Kau!! Kau !! Kau !!! " pelajar itu tiba-tiba  menjerit nyaring. Bergema satu dewan dengan suaranya. Seiring dengan suaranya, jari telunjuknya menghala ke arah Syazrin, Azimah dan Huda. Renungannya tajam, hinggakan mata hitamnya kelihatan seperti satu titik hitam sahaja.

BLOK E : Mulanya Di Sini [Complete]Where stories live. Discover now