BAB 33 - Pertemuan I

4.9K 299 22
                                    

Langkahnya di atur penuh waspada. Tiada sebarang jaminan atas keselamatan dirinya ketika ini. Berseorangan di luar pada jam sebegini menuntut keberanian yang sungguh luar biasa walaupun apa yang hendak ditemui olehnya nanti pernah ditemui suatu ketika dahulu. Malah, mereka juga kenal rapat antara satu sama lain walaupun alam mereka berbeza. Tapi itu bukanlah alasan untuk  dia tidak berwaspada. Apa-apa sahaja mungkin boleh berlaku. Mungkin juga yang ditemui nanti bukanlah seperti apa yang difikirkan.  Dan disebabkan itu,  cikgu Nazir sendiri juga sudah bersiap dengan segala kemungkinan.

Kotak kecil itu masih dipegang erat dan kemas.  Andai terjatuh dan penutupnya  terbuka, musibah yang mendatang pasti lebih teruk daripada sebelumnya. Pastinya tidak akan terjangka dek akal fikiran manusia biasa seperti dirinya. Tetapi mungkin lelaki tua itu tahu. Tapi siapakah lelaki tua tersebut? datang dan pergi begitu sahaja. Malah, seingat dia mereka belum pernah bertemu, tetapi gaya percakapannya seolah-olah mereka sudah lama kenal. Atau lebih tepat lagi, lelaki tua itu sendiri sudah lama mengenali dirinya. Aneh.

Mengimbas kembali kejadian sebentar tadi, Sabrina seolah – olah  sudah sudha menjangkakan akan kedatangan lelaki tua tersebut. Mungkinkah Sabrina dan lelaki tua itu mempunyai sebarang kaitan atau pertalian? Segalanya masih menjadi persoalan yang berkarut difikiran cikgu Nazir ketika ini. Namun, persoalan itu terpaksa diketepikan buat sementara. Prioritinya sekarang adalah melaksanakan bebanan yang telah diamanahkan kepada dirinya. Sama ada rela atau tidak, dia harus menerimanya.

Cikgu Nazir berhenti melangkah. Dia kini berada di dalam salah sebuah kelas di Blok E yang terletak bersebelahan dengan padang. Melalui tingkap yang menghadap ke arah padang, dapat dilihat dengan jelas sebuah pokok besar yang rendang di tepi padang yang diterangi dengan cahaya bulan.

Keberadaannya disitu juga berdasarkan gerak hatinya sendiri walaupun Sabrina hanya mengatakan di luar sahaja tadi. Namun luar yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah di salah sebuah kelas di Blok E. Ianya tidak bermula disini, tetapi mungkin akan berkahir disini. Segalanya masih lagi kemungkinan, tiada apa yang pasti.

Cikgu Nazir menarik salah sebuah kerusi dan terus  duduk disitu mengadap ke arah papan putih di hadapan kelas. Lagaknya seperti seorang pelajar yang sedang menumpukan perhatian kepada pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Kotak kecil tersebut diletakkan di atas meja di hadapannya. Menanti sesuatu yang akan muncul bila-bila masa sahaja. dalam apa bentuk, itu dia tidak tahu. Dia hanya berserah dan cuba menguatkan semangatnya yang semakin penat diuji sepanjang malam ini. satu malam yang sungguh panjang.

Kesunyian itu sekali lagi di ragut oleh bunyi kerusi yang ditarik. Perlahan-lahan tetapi tetap menghasilkan bunyi pergeseran antara lantai dan juga kayu. Cikgu Nazir menyedari perkara tersebut. namun tidak pula dia  menjerit atau berlari keluar daripada kelas tersebut. Sebaliknya dia tetap tenang berada di tempat duduknya, mengawal pernafasannya dan  menanti tindakan seterusnya. Sekali lagi kerusi ditarik. Jika tadi ditarik keluar, sekarang ditarik ke dalam pula sepertimana yang dilakukan oleh cikgu Nazir tadi.

‘’Nazir.....’’ ujar satu suara.

Dewan
Keadaan di dalam dewan yang sebelumnya gamat kini sudah  bertukar sunyi dan sepi. Mungkin kerana ramai para pelajar dan guru yang sudah lena tidur. Walaupun keadaan di dalam dewan kurang selesa, namun kepenatan yang dialami seharian mengatasi segalanya. Siapa sahaja boleh tidur dalam keadaan sebegini. Andai perkara sebegini tidak berlaku, pastinya mereka semua sudah  dibuai mimpi seperti cikgu Jalil yang sedang tidur bersandar di dinding berhampiran pintu dewan.

‘’Sabrina, cikgu Nazir pergi jumpa siapa sebenarnya?’’ tanya cikgu Jamal memecah sunyi antara mereka berlima.  Syazrin , Jiha dan Huda pula tidak bersuara atau menunjukkan apa-apa reaksi. Mungkin juga sudah tertidur.

‘’Hmm... Maaf cikgu, saya tak layak untuk ceritakan hal ini. Nanti cikgu tanyalah pada cikgu Nazir sendiri. Saya yakin cikgu Nazir pasti akan ceritakan. Semuanya yang cikgu hendak tahu.’’

Kecewa cikgu Jamal mendengarkan jawapan Sabrina. Sungguhpun dia adalah cikgu kepada Sabrina di sekolah tersebut, namun itu tidak memberikan apa-apa makna kepadanya. Tahap kesetiaan Sabrina dalam menyimpan rahsia wajar diberi pujian.  Sabrina juga bijak menyimpan rahsia dirinya hinggalah malam ini, yang mana dia sebenarnya mempunyai satu kelebihan iaitu deria keenam. Namun, tiada siapa di antara mereka yang menyedari hal tersebut walaupun sudah empat tahun Sabrina bersekolah disini. Mungkin juga kerana tiada sebarang kejadian aneh yang berlake sebelum ini.

‘’Kamu kenal ke lelaki tua tadi? dari gaya kamu cikgu nampak macam kamu dah biasa jumpa’’ Soal cikgu Jamal lagi.

Sabrina sedikitpun tidak terkejut dengan soalan tersebut. Malah dia sebenarnya sudah bersedia dengan segala kemungkinan soalan yang akan diajukan oleh sesiapa sahaja. Sememangnya apa yang terjadi telah menimbulkan pelbagai persoalan kepada mereka.

‘’Maaf cikgu, saya tak kenal. Cikgu, saya rasa mengantuk. Boleh saya pergi tidur?’’ pinta Sabrina.

‘’Hmm...  pergilah. Rehat dahulu di sana. ‘’ izin cikgu Jamal. kaishan juga dia melihatkan keadaan Sabrina walaupun soalannya masih belum berjawab.

‘’Jom kita tidur kat bawah.’’ Sabrina menepuk paha Syazrin yang baru sahaja terlena.Syazrin pula menepuk paha Jiha yang juga turut lena bersama. Huda pula terjaga dengan  sendirinya.

‘’Dah okey ker semua? Cikgu Nazir mana?’’ Syazrin pandang keliling mencari kelibat kelibat cikgu Nazir.

‘’Cikgu Nazir belum balik lagi. Jom kita tidur kat bawah sana dengan yang lain. ‘’ Ajak Sabrina.

‘’Hmm... jom la’’ Syazrin pula mengajak Jiha dan Huda.’’

Cikgu Jamal pula sekadar memerhati sahaja mereka berempat bangkit dan berjalan menuruni tangga pentas  dan menyertai kelompok pelajar perempuan  yang lain. Sebenarnya boleh sahaja mereka berempat tidur di atas pentas ni, tetapi setelah mempertimbangkan beberapa perkara, cadangan itu terpaksa di ketepikan.

Mereka berempat sudah menyertai kelompak pelajar-pelajar perempuan yang lain. Kelihatan dua orang cikgu wanita sahaja yang belum tidur kerana perlu berjaga. Mungkin sebentar nanti mereka akan tidur bila tiba giliran dan diganti dengan cikgu yang lain pula.

Sabrina tidak terus tidur. Lagipun dia sebenarnya tidak mengantuk. Sengaja dia memberikan alasan mengantuk supaya dapat dia mengelak untuk menjawab pertanyaan daripada cikgu Jamal. Semakin lama semakin banyak pula soalan yang diajukan oleh cikgu Jamal. Jika terus di desak, mungkin dia akan mendedahkan perkara sebenar atau juga mungkin dia terpaksa berbohong. Oleh itu, langkah terbaik adalah mengelakkan keadaan tersebut. Tambahan pula cikgu Nazir juga belum lagi muncul setelah keluar tadi. hanya cikgu Nazir yang selayaknya untuk menceritakan perkara tersebut. lebih tepat dan realistik. Kerana cikgu Nazir yang memegang peranan utama, bukan dirinya.

Sabrina mengalihkan pandangannya ke arah mereka bertiga tadi. Dilihatnya Syazrin, Jiha dan Huda sudah pun lena tidur.  Dia memejamkan mata sambil bersila menunduk kepala  mengadap ke arah lantai. Dia perlu berpura-pura tidur kerana yakin cikgu Jamal pasti  sedang memerhatikan ke arah dirinya sekarang ini. Dia tidak perlu melihat kerana dia sudah dapat merasakannya. Dan rasa itu tidak pernah salah.

Apa kena dengan budak ni? Mesti dia nak elakkan menjawab soalan aku tadi. Aku tahu dia bukannya mengantuk hendak tidur, tetapi nak elakkan soalan aku. Pasti ada sesuatu yang disorokkan olehnya daripada pengetahuan aku. Kalau tidak, mengapa harus dia cuba mengelak dengan segala soalan yang diajukan. Ternyata Sabrina adalah budak yang aneh. Atau budak-budak istimewa ini semuanya memang aneh-aneh belaka? Mungkin juga cikgu Nazir salah seorang daripada mereka. jika benar seperti di duga olehnya, nampaknya dia dikelilingi dengan pelbagai rahsia. Malah dirinya kelihatan seperti orang bodah sahaja kerana tidak menyedari perkara tersebut, jika apa yang difikirkan olehnya itu betul belaka.

Setelah melihat sekeliling, cikgu Jamal pula bingkas bangun. Semacam sahaja perasaanya apabila duduk berseorangan di atas pentas ini. Pantas cikgu Jamal berjalan turun daripada pentas lalu menuju ke arah kelompok pelajar lelaki. Sabrina pula tunduk sahaja sewaktu cikgu Jamal berjalan melintasinya. Mujurlah cikgu Jamal tidak perasan dan berhenti di hadapannya.

Sementara itu di dalam sebuah kelas di Blok E, keadaan masih sunyi seperti tadi. teguran satu suara yang memanggil namanya tadi tidak diendahkan olehnya. Cikgu Nazir juga seperti tadi terus melihat ke arah papan putih yang kelihatan samar-samar sahaja di dalam gelap. Apalah yang ada disana sehingga begitu sekali perhatian yang diberikan.

Yang sebenarnya, cikgu Nazir cuba untuk mengingat, menafsir siapakah pemilik suara tersebut. Hampir seminir mengerah memori lama, akhirnya ditemukan juga padanan pemilik suara tersebut. Ya, dia sudah ingat. Cikgu Nazir pejam mata, tarik nafas dalam- dalam dan menghembuskan perlahan. Inilah masanya yang ditunggu olehnya.

‘’Aku tahu kau akan kembali, Nazir’’ ujar satu suara perlahan . Sayup-sayup sahaja kedengaran di cuping telinga cikgu Nazir. Betul –betul dari arah sebelahnya.

‘’Ya.....’’ balas cikgu perlahan Nazir tanpa mengalihkan pandangannya.

BLOK E : Mulanya Di Sini [Complete]Where stories live. Discover now