BAB 17 - Malam Yang Panjang II

4.9K 266 5
                                    

’Haloo.....ada orang tak?’’

Diam.  Sekali lagi dan masih juga diam. Kali ketiga panggilan itu bersahut.

‘’Nadatul ke tu?’’ tanya seorang pelajar yang sedang duduk bersila.

‘’Iye la. Tu sapa pulak? Azila ek?’’ tanya Nadatul semula. Gembira dia kerana panggilannya bersahut. Tidaklah dia borsan sangat sorang-sorang.

‘’Aha, aku la ni.’’ Jawab Azila. Dia juga gembira kerana tahu Nadatul ada berhampiran dengannya. Walaupun tidak tahu berapa jarak antara mereka, namun dia dapat rasakan jarak mereka tidak begitu jauh kerana suara Nadatul jelas kedengaran.

‘’Kita kat mana ni?’’ tanya Nadatul.

‘’Entah, aku pun tak tahu. Tapi, confirm la dalam kawasan sekolah lagi.’’

‘’Kalau kat luar macam mana?’’ teka Nadatul. Takut juga dia jika diletakkan di luar kawasan sekolah. Apa-apa sahaja boleh terjadi jika begitu.

‘’Uish, takkan la kat luar. Tadi cikgu Jamal cakap dalam kawasan sekolah aje kan.’’ tingkah Azila. Nadatul mungkin ketakutan hingga berfikir sebegitu.

‘’Aha kan. Betul jugak tu. Azila, aku rasa nak bukak la penutup mata ni. Rimas aku’’ rungut Nadatul.

‘’Huish, mana boleh. Kan cikgu Jamal dah pesan. Nanti tak pasal-pasal kena denda. Walaupun hang kumpulan lain, tapi kesian la kat ahli kumpulan hang nanti.’’ Azila membantah keras hasrta Nadatul.

‘’Hurmm..betul juga. Tapi aku rimas la..lama dah tunggu sini. Tak da orang mai pun. Apa la buat aktiviti macam ni. Tak da faedah langsung.’’ Nadatul terus merungut.

Diam.  Hampir 30 saat suasana bertukar sunyi tanpa suara.

‘’Azila?’’ panggil Nadatul.

Pelik sebab Azila tiba-tiba sahaja diam. Tak mungkin dia tertidur. Kalau Jiha, dia percaya la juga.

‘’Azila? Hang tidur ker?’’ tanya Nadatul selepas Azila tidak menyahut panggilannya tadi.

‘’Shhhhh...’’ Azila membunyikan isyarat supaya Nadatul berhenti bercakap. Nadatul yang kehairanan terus bertanya. Tidak mengendahkan isyarat diam Azila. Dah kenapa si Azila ni suruh aku diam? Tadi okey je menyembang.

‘’Kenapa?’’

‘’Diam la sekejap...hang dengar tak?’’ Azila memfokuskan deria pendengarannya sebaik mungkin.

Nadatul diam sebentar. Dia cuba mencari apa-apa bunyi yang mencurigakan. Tiada apa-apa pun. . Yang kedengaran hanya bunyi cengkerik dan unggas sahaja sedang rancak menyanyi riang.

‘’Aku dengar suara menangis. Suara budak. Tak berapa jelas. Tapi betul aku dengar.’’ Beritahu Azila tanpa ragu-ragu.

Nadatul yang mendengarnya mula meremang bulu roma. Apa pulak dah si Azila ni? Mula terbit rasa kesal kerana mula menegur tadi. Sejak kebelangan ini Azila berkelakuan agak pelik. Semuanya menjurus ke arah perkara-perkara mistik. Nampak itu la, nampak ini la.  Dan malam ini, sekali lagi Azila menyatakan perkara serupa. Nadatul mula tidak sedap hati.

‘’Hang jangan main-main Azila. Mana ada bunyi apa-apa. Hang ni suka fikir yang bukan-bukan la.’’ Nafi Nadatul. Nada suaranya mula berbaur kebimbangan.

‘’Betul. Aku dengar. Takkan hang tak dengar. Hang ni pekak ke apa?  Makin kuat pulak tu budak tu menangis.’’ Azila masih berkeras dengan apa yang didengarinya.

‘’Iskh, hang ni, merepek je la. Dah la tu, tak payah la cakap pasal tu.’’ Marah Nadatul. Sememangnya dia semakin jadi tidak keruan dengan kata-kata Azila. Merapu betul budak ni. Suka fikir yang bukan-bukan.

BLOK E : Mulanya Di Sini [Complete]Where stories live. Discover now