BAB 19 - Malam Yang Panjang IV

4.9K 290 4
                                    

Cikgu Nazir berjalan masuk ke dalam dewan. Matanya meliar ke segenap penjuru mencari kelibat cikgu Jamal. Sepatutnya  cikgu Jamal sudah berada di dalam dewan pada ketika ini apabila pelajar semakin ramai di dalam dewan.

Pelajar yang sudah duduk dalam kelompok kumpulan masing-masing membentuk  satu bulatan. Mereka rancak bersembang. Mungkin sedang  bercerita pengalaman masing-masing. Namun ruangan di dalam dewan masih terdapat kelompongan kerana beberapa kumpulan masih belum sampai.

Apabila terlihat kelibat cikgu Jamal, cikgu Nazir terus bergegas ke situ mendapatkan cikgu Jamal yang sedang bercakap-cakap dengan beberapa orang guru.

‘’Aaa..cikgu Jamal, boleh saya jumpa sekejap?’’ pinta cikgu Nazir.

Cikgu Jamal mohon diri daripada cikgu tadi. Mereka berdiri sedikit menjarak daripada guru-guru tadi.

‘’Ada apa, cikgu Nazir?’’ tanya cikgu Jamal hairan. Wajahnya berkerut melihat air muka cikgu Nazir yang keruh.

‘’Saya cuma mahu dapatkan  kepastian, selain daripada kawasan bangunan sekolah, ada tak pelajar yang diletakkan di kawasan lain?’’

‘’Tak ada. Saya arahkan semua guru untuk tempatkan pelajar-pelajar  di kawasan bangunan sekolah sahaja. Ada apa-apa masalah ker cikgu? Saya tengok muka cikgu macam ada yang tak kena saja.’’ Cikgu Jamal bijak membaca perubahan pada riak wajah cikgu Nazir yang jelas menunjukkan tanda keresahan.

‘’Saya dah meronda semua tempat dalam sekolah ni kecuali padang dan kelas atas bukit, tapi tak pula saya jumpa Syazrin dan kawannya. Itu yang menghairankan saya.’’ Beritahu cikgu Nazir.

‘’Maksud cikgu Nazir, Syazrin dengan kawan dia tu ada di padang atau kelas atas bukit? Begitu? Lagipun, saya tak ada arahkan untuk letak mana-mana pelajar di kawasan padang sekolah dan kelas atas bukit tu.’’

‘’Kalau macam tu, di mana mereka?’’ tanya cikgu Nazir. Jawapan cikgu Jamal sungguh mengejutkan dia.

‘’Hurmm..sekejap.’’ cikgu Jamal meninggalakn cikgu Nazir berdiri di situ dan pergi ke arah beberapa orang guru. Kelihatannya seperti cikgu Jamal sedang menanyakan sesuatu kepada mereka. kemudiannya dia kembali semula bersama seorang guru wanita, cikgu Sharifah.

‘’Syazrin saya letakkan dia hujung tiang bawah makmal komputer, Huda pula saya letak di koridor dekat bilik guru dan Azimah pun saya letak dekat situ juga. Tak jauh dari Huda. ’’ Beritahu cikgu Sharifah. Nyata dialah yang bertanggungjawab meletakkan mereka disitu.

Cikgu Nazir berasa tidak sedap hati. Semua tempat yang disebut tadi sudah di laluinya berkali-kali. Sedang dia berfikir mereka dikejutkan dengan satu jeritan yang kuat.

‘’Arrrrggghhhhhhhhh...’’ nyaring jeritan seorang perempuan.

Mereka bertiga berpandangan sesama sendiri. Suasana dewan yang riuh rendah tadi bertukar senyap. Seperti radio di matikan suisnya dengan tiba-tiba.

‘’Bunyi apa tu , cikgu?’’ tanya cikgu Sharifah.

‘’Suara tu rasanya datang daripada belah sana. Kawasan Blok bilik guru.’’ Beritahu cikgu Jamal berdasarkan bunyi jeritan tadi. tidak menunggu lama, mereka terus bergegas ke pintu dewan untuk mencari arah datangnya suara tadi yang dipercayai daripda blok bilik guru. Setibanya di muka pintu, muncul seorang pelajar lelaki secara mengejut.

‘’Nazrul, kenapa ni?’’ Nazrul tercungap-cungap kelelahan. Dia mensatbilkna dahulu pernafasannya sebelum hendak berkata.

‘’Cikgu...ada budak perempua pengsan !’’ beritahu Nazrul separuh menjerit.
Mereka bertiga terkejut.

BLOK E : Mulanya Di Sini [Complete]Where stories live. Discover now