BAB 11 - Rempuh

5.4K 292 6
                                    

Ayam, daun limau purut, bawang , serai dan sebagainya dimasukkan ke dalam minyak yang sedang panas di dalam kuali. Bunyi sudip berlaga dengan kuali mengitari persekitaran kumpulan Jiha.

Mereka yang lain hanya menjadi penonton sahaja melihat chef Syazrin beraksi. Padahal tak perlu pun sebenarnya  dia ketuk kuat-kuat sudip pada kuali tersebut. Tapi itulah, Syazrin la katakan.

Cikgu Nazir juga turut berada disitu bersebelahan Abi dan Nazrul menyaksikan Syazrin sedang memasak.

"Siap!" Jerit Syazrin setelah hasil masakannya dituangkan daripada kuali ke dalam pinggan yang berlapik daun pisang.

Hanya masakannya sahaja dilapik daun pisang. Idea daripada cikgu Nazir. Katanya baru nampak menarik. Lepastu aromanya pun mengancam juga.

Mereka semua bertepuk tangan. Meriah sungguh. Tapi perlu ke tepuk tangan? Memang tak perlu sebenarnya. Sebab Syazrin hanya berangan dan membayangkan sahaja mereka bertepuk tangan untuk dia.

Jiha melihat sahaja Syazrin sedang bertungkus lumus. Cili merah di belah dibentuk seperti bunga kembang lalu di letakkan sebagai hiasan.

Malas dia hendak mengacau Syazrin. Biarkan Syazrin dengan menu rahsianya itu. Yang penting kumpulan mereka ada lauk untuk di makan pada tengah hari itu.

"Jeng jeng jenggg...ini dia,ayam masak tom-tom!"

"Ayam masak Tom-tom? Tom-tom bak ker?"

"Ah, hang jangan nak tanya aku apa maksudnya atau kenapa nama macam tu. Aku rembat je ni. "

"Ye la, aku tak tanya. Jom kita bawa lauk ke meja urusetia." Ajak Jiha

Mereka berkemas-kemas untuk membawa lauk tersebut ke meja urusetia untuk tujuan penilaian juri dan permarkahan. Tak berharap untuk menang, lebih kepada cuba nasib sahaja. Mana la tahu kan, untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

Syazrin membawa menu masakannya. Jiha membawa sayur kobis goreng campur telur dan Izatul membawa telur dadar yang digoreng bercampur bawang dan cili padi. Tiga menu sahaja yang mereka masak.
Cukuplah untuk alas perut mereka tengah hari itu.

Dan yang paling mengancam tentulah lauk masakan Syazrin. Baunya terasa menyengat menggoda selera sesiapa sahaja yang berada disitu. Jika tidak kuat iman, pasti dah lama hilang lauk itu ke dalam perut mereka.

Aromanya ala-ala ayam masak paprik. Mana tidaknya, daun limau purut, serai dan kiub tom yam yang digunakan ternyata menyerlahkan aromanya.

Kiub tom yam? Hehehe. Tadi kan Syazrin pergi merayau-rayau, jadi dia singgah di kumpulan Azila. Dapatlah dia seketul kiub tom yam. Cili padi pula? Tak kan la tak tahu...itu kan Syazrin. Tahu la dia mencarinya.

"Aduhhh....." jerit seorang pelajar perempuan.

Syazrin, Jiha dan Izatul yang sedang berjalan ke khemah urusetia serentak berpaling ke arah suara tersebut.

Azila kelihatan sedang terduduk diatas padang. Pasti dia yang menjerit tadi.

Syazrin menghulurkan pinggan lauknya kepada Izatul.

"Hangpa dua pergi hantar dulu. Aku nak pergi tengok Azila."

Lekas-lekas Syazrin berlari mendapatkan Azila.

"Hang kenapa Azila?" Syazrin bersikap prihatin.

"Terjatuh." Jelas kedengaran sebak pada nada  suaranya.

Amira pula sedang mengutip pingan yang terlepas daripada tangan Azila tadi. Sayur kobis yang siap di masak habis berterabur di atas padang. Kebetulan dia berada paling dekat dengan Azila tadi.

BLOK E : Mulanya Di Sini [Complete]Where stories live. Discover now