BAB 23 - Malam Yang Panjang VIII

5.1K 322 3
                                    

BUNYI pintu dihempap kuat ke dinding nyata mengejutkan mereka semua. Keadaan tenangnya tadi kembali menjadi kecoh. Pelajar perempuan menjerit – jerit ketakutan disebabkan beberapa mentol lampu di siling yang pecah secara tiba-tiba. Malah,  secara berturut-turut pulak. Tak ubah seperti babak dalam cerita seram yang biasa di lihat di kaca telivisyen.

Tambah mencemaskan apabila ada beberapa orang pelajar yang tidak sempat mengelak, terkena serpihan kaca lampu yang jatuh ke atas lantai. Tangan mereka cedera hingga berdarah. Jelas kelihatan darah merah menitik-nitik di atas lantai berpunca daripada telapak tangan  beberapa orang pelajar yang cedera. Tompokan darah merah di atas lantai tidak terus di cuci kerana tiada di antara mereka yang berani mendekati.

Menyedari perkara itu, seorang cikgu perempuan yang duduk bersama kumpulan pelajar perempuan lekas-lekas mendapatkan  dua orang pelajar terbabit. Cuma luka kecil sahaja namun darah seakan-akan tidak mahu berhenti menitis. Mujur juga  pelajar tersebut tidak menjerit seperti tadi lagi.

‘’Siapa ada tisu?’’ tanya cikgu perempuan tersebut memandang ke arah kumpulan pelajar perempuan tadi yang masih dalam ketakutan. Teragak-agak mereka memeriksa kocek seluar masing-masing.

Kebiasaanya mereka memang ada membawa tisu sendiri. Digunakan untuk mengelap muka, atau pun mengelap air mata. Mana la tahu, tiba-tiba menangis. Hati tidak boleh di duga, perasaan boleh berubah rubah. Apatah lagi di dalam perkhemahan sebegini yang terdedah kepada habuk dan kotoran setiap masa.

Seorang pelajar perempuan bangun menghampiri cikgu perempuan tadi. Dia menghulurkan tisu dalam plastik kecil.

‘’Ini tisunya cikgu.’’ Tisu tersebut bersambut. Lekas-lekas cikgu perempuan itu mengelap darah pada telapak tangan pelajar tersebut menggunakan tisu.

Tisu berwarna  putih itu serta merta  bertukar warna merah menyebabkan beberapa orang pelajar perempuan terus  memalingkan muka. Takut melihat darah yang berwarna merah pekat.  Satu tisu lagi di ambil, dilipat kecil lalu ditekapkan pada kesan luka tersebut.

‘’Kamu pegang tisu ni. Tekan sikit jangan bagi darah keluar lagi. ‘’pesan cikgu perempuan tersebut. Pelajar perempuan itu mengangguk tanda faham.

Cikgu perempuan itu  beralih pula ke arah pelajar perempuan seorang lagi. Bukan tiada guru perempuan yang lain, tetapi mereka takut melihat darah. Mahu atau tidak, terpaksa lah cikgu perempuan tersebut yang menguruskan perkara itu.
Luka pelajar perempuan tersebut  juga di bahagian telapak tangan. Tapi yang ini di bahagian telapak tangan kiri pula.

Sewaktu kelam kabut hendak bangun beralih tempat tadi, secara tidak sengaja, tangan mereka tertekan pada kaca yang bertaburan di atas lantai. Seperti tadi juga, cikgu perempuan tersebut menyapu darah yang meleleh lalu membalut dengan tisu.
Pelajar lelaki memerhati sahaja daripada jauh. Mujurlah tiada lagi mentol lampu yang pecah. Jika tidak, terpaksa mereka bergelap di dalam dewan tersebut. Dan jika itu berlaku, pasti pelbagai adegan hura hara yang akan terjadi lagi.  Baru sebentar tadi mereka dikejutkan dengan pelajar yang diserang histeria. Harapnya tiada lagi perkara buruk yang akan berlaku.

Amira pejam mata. Tidak sanggup melihat darah walaupun sedikit. Dia pernah jatuh pengsan apabila melihat tompakan darah di atas jalan akibat kemalangan yang telah berlaku. Dia hanya berada di dalam kereta dan melalui tempat kejadian sahaja. Tetapi, di sebabkan terlampau terkejut melihat darah yang banyak, dia terus jatuh pengsan di dalam kereta.

Walaupun takut, Amira curi-curi juga hendak melihat darah yang menitis di atas lantai tadi. Entah mengapa bagaikan ada sesuatu yang mendorongnya untuk melihat walaupun di hatinya masih ragu-ragu.
Amira terkejut. Matanya membulat melihat ke satu arah di atas lantai.

‘’Cikgu’’ panggil Amira perlahan seakan berbisik.

Cikgu tersebut berpaling ke arah Amira. Hairan kerana Amira memanggilnya dengan nada suara yang perlahan. Malah ada  getar dapat dirasakan pada nada suaranya. Wajah Amira kelihatan cuak. Seperti ada sesuatu yang menakutkan dirinya ketika ini.

BLOK E : Mulanya Di Sini [Complete]Where stories live. Discover now