BAB 25 - Kotak?

5.2K 389 37
                                    

Jiha, Huda dan Syazrin terpana apabila direnung tajam oleh Farah Idayu. Dalam hati mereka tertanya-tanya kenapa Farah Idayu merenung mereka sedemikian rupa dan menunjuk-nunjuk ke arah mereka bertiga.

Perlakuan Farah Idayu itu bukan sahaja di disedari oleh mereka bertiga sahaja, malah beberapa orang perlajar berdekatan juga turut melihatnya. Mereka semua berasa hairan. Apatah lagi jeritannya tadi telah menarik perhatian mereka di dalam dewan tersebut.

‘’Kau dah kacau aku! kau kacau hidup aku!! jerit Farah Idayu lagi.

Suaranya kedengaran garau. Seperti suara seorang lelaki yang serak-serak basah.  Sah! Itu bukan suara sebenar  Farah Idayu yang lunak dan lemah lembut seperti yang mereka kenali. Itu suara....suara....

Sedang Syazrin asyik menduga dan memikirkan perkara itu, dengan tiba-tiba sahaja  Farah Idayu meluru laju menuju ke arahnya. Syazrin tidak sempat mengelak dengan serangan secara mengejut itu, akibatnya mudah sahaja Farah Idayu dapat mencekik lehernya.

Syazrin meronta-ronta cuba melepaskan diri. Kedua tangannya memegang tangan Farah Idayu yang sedang galak mencekik lehernya. Hendak melepaskan lehernya yang sedang di cekik.  Jiha dan Huda yang tadinya membatu dihambat kejutan cuba membantu Syazrin. Itu pun selepas beberapa kali Syazrin bersusah payah memanggil nama mereka. Mana tidaknya, leher Syazrin semakin kuat dicekik oleh Farah Idayu menyebabkan sukar untuk dia bersuara. Pernafasannya juga menjadi sukar dan tersekat-sekat.

Malangnya, mudah sahaja pula mereka  berdua di tepis dan di tolak oleh Farah Idayu yang berkekuatan luar biasa itu. Terseungkur Jiha dan Huda ke lantai. Mujurlah muka mereka tidak tersembam pada lantai.

Cikgu Jamal bergegas ke situ bersama beberapa orang guru perempuan. Guru perempuan tersebut memegang tubuh Syazrin daripada belakang dan cuba melepaskannya daripada cekikan  Farah Idayu yang semakin kuat. Seorang lagi guru perempuan pula cuba menarik tangan Farah Idayu. Cuba meleraikan cekikan tersebut. Yang mana  jika dibiarkan lebih  lama lagi  akan memudaratkan keadaan Syazrin yang sudah kemerahan mukanya.

Namun, Farah Idayu sedikitpun tidak menunjukkan tanda-tanda mahu melepaskan tangannya daripada mencekik leher  Syazrin. Malah semakin kuat ! tenaganya bagaikan bersalut dendam yang sungguh dalam.

‘’Adam ! cepat pergi panggil cikgu Nazir di surau.’’ Arah cikgu Jamal.

Tanpa banyak soal Adam lekas-lekas bergegas keluar ditemani oleh seorang pelajar lelaki, Syed. Tak mungkin dia akan pergi seorang diri dalam situasi sebegini. Fikirnya lebih baik dia berteman. Mana tahu kalau-kalau terjadi apa-apa nanti.

Manakala cikgu Jamal pula sedang  berusaha keras menarik tangan Farah Idayu. Meleraikan dan menjauhkan daripada leher Syazrin.  Kuatnya budak ni! Gumam cikgu Jamal. Tidak terlawan oleh tenaga cikgu Jamal yang semakin menginjak pertengahan abad itu.

Dia turut dibantu oleh beberapa orang pelajar lelaki. Namun tenaga seramai itu pun masih belum mampu melawan kudrat Farah Idayu yang dirasakan sungguh luar biasa sekali. Yang sebenarnya di tunjang oleh sesuatu bersifat ghaib.

Cikgu Jamal sudah menduga sedari awal lagi, yang itu bukanlah Farah Idayu yang sebenar. Apabila Farah Idayu menjerit pada awalnya tadi, dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Dalam bahasa mudahnya, badan Farah Idayu telah ditumpang dan ditunjangi oleh sesuatu. Semestinya ‘benda’ yang dimaksudkan itu bersifat ghaib pada padangan mata kasar manusia.

Kecuali, kecuali mereka yang istimewa dan terpilih iaitu untuk memiliki deria yang ke-enam. Maknanya, mereka ini adalah golongan yang terpilih untuk untuk melihat alam ghaib, hantu, jin,  bunian dan sebagainya.

Lama juga adegan tersebut berlangsung dan akhirnya terlerai juga apabila cikgu Jamal membaca ayat Qursi danb beberapa ayat suci al Quran dan menghembuskan ke telinga Farah Idayu. Seperti direnjat suatu kuasa, serta merta tenaga Farah Idayu yang luar biasa tadi beransur lemah hinggakan leher Syazrin yang dicekik tadi berjaya dilepaskan.

BLOK E : Mulanya Di Sini [Complete]Where stories live. Discover now