BAB 32 - Cikgu Nazir dan 'Dia'

5K 326 21
                                    


‘’Macam mana pak cik boleh kenal saya?’’

Sabrina makin tertarik dengan pendedahan oleh lelaki tua tersebut. Manakala Syazrin, Jiha dan Huda pula turut sama  memasang telinga hendak mencuri dengar. Bagi mereka, ini peluang terbaik untuk  mengetahui tentang cikgu Nazir. Selama ini cikgu Nazir banyak berahsia dengan mereka terutamanya melibatkan perkara-perkara tertentu yang dianggap personal..

‘’Percayalah, saya sudah lama kenal dengan kamu. Dan sebab atas sebab  itu juga saya ada di sini pada waktu pagi begini. Mesti kamu hairan bukan? Jangan pelik, dalam dunia ini tidak ada apa pun  perkara yang mustahil selagi Allah mengehedakinya.’’

‘’Tapi, saya tak kenal pak cik. Macam mana pula pak cik boleh kenal saya?’’ cikgu Nazir masih tidak berpuas hati. Sudahlah persoalannya masih tidak berjawab, sebaliknya persoalan tentang dirinya pula yang timbul.

‘’Untuk mengenali, tak semestinya perlu dikenali.’’ Teratur sekali lelaki tua itu menyusun kata. Hinggakan mereka yang mendengar terpaksa mengambil sedikit masa untuk memahami maksud yang hendak disampaikan.

‘’Dari tutur kata, saya tahu pak cik bukanlah sebarangan orang. Kenapa tidak pak cik beritahu sahaja kami, siapa pak cik sebenarnya dan mengapa pak cik kesini? ‘’soal cikgu Nazir. Kotak yang dipgangnya tadi diletakkan ke bawah.

Lelaki tua itu tersenyum sahaja seraya bangkit dan berpaling hendak pergi dari situ. Tindakannya itu yang secara tiba-tiba menimbulkan tanda tanya kepada mereka yang lain, tetapi tidak pada Sabrina.

‘’Pak cik nak pergi mana?’’

‘’Pak cik hendak balik. Tugas pak cik disini sudah selesai, selebihnya adalah tanggungjawab kamu cikgu Nazir. Itu bahagian kamu yang hanya kamu sendiri yang boleh laksanakannya. Bukan saya atau siapa-siapa yang lain.’’

‘’Tapi pak cik….’’

‘’Pak cik pergi dulu. Assalamualaikum.’’ Ujar lelaki tua tersebut dan terus berlalu pergi. Tidak sempat untuk cikgu Nazir menghalangnya. Sekejap sahaja kelibatnya hilang di dalam gelap malam setelah melangkah keluar daripada pintu doi sebelah kanan dewan.

Sekali lagi mereka terpinga-pinga. Lelaki tua itu datang dan pergi begitu sahaja. Walaupun menimbulkan misteri kepada mereka, namun cikgu Nazir tetap menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya satu masalah sudah selesai. Itu yang dia tahu. Masalah lain yang belum selesai tidak pula dia tahu berapa banyak. Entah- entah lagi banyak dan lebih berat daripada masalah yang satu ini.

Kotak kecil tersebut di capai semula. Apa aku nak buat dengan kotak ni? Cikgu Nazir buntu. Dia melihat ke arah Syazrin, Jiha dan Huda namun kembali menoleh semula ke arah cikgu Jamal. Dia sedar, mereka bertiga tidak mungkin tahu apa yang harius dilakukan sekarang.

Cikgu Jamal? Hmm… pun sama juga. Ada seorang lagi yang dia yakin sangat dan  boleh di harap.

‘’Sabrina… ‘’

‘’ Cikgu tak perlu cakap. Saya dah tahu apa yang cikgu hendak cakapkan sekarang. Ambil kotak tu dan bawa bersama cikgu. ‘ dia’ sedang menanti cikgu di bawah pokok di luar dewan. Pergilah.’’

‘’Kamu tak ikut cikgu?’’  soal cikgu Nazir.

‘’Itu urusan cikgu, saya tak patut campur tangan.’’

‘’Maksud kamu?’’

‘’ Cikgu tahu sebenarnya apa yang saya cakap. Cikgu pergilah. Saya tinggal di sini bersama Syazrin, Huda dan Jiha. Kalau ada apa-apa nanti cikgu panggillah saya.’’

‘’ Biar saya teman cikgu Nazir.’’ Cikgu Jamal menawarkan dirinya.

‘’Tak boleh cikgu Jamal. Cikgu Nazir perlu pergi seorang diri. Seperti yang dikatakan oleh pak cik tadi, hanya cikgu Nazir sahaja yang boleh menyelesaikan perkara ini.’’

BLOK E : Mulanya Di Sini [Complete]Where stories live. Discover now