Prolog

4.1K 215 51
                                    

Tepi hutan Negara Crystales....

Bulan penuh bercahaya terang di dada langit. Menyinari malam yang semakin gelap. Tak semena-mena, sinarnya yang seputih susu berubah menjadi merah. Seakan merah darah lagaknya.

Ketika itu juga, tiga orang lelaki sedang berkawal di sebuah pondok yang terletak di tepi hutan. Bertugas untuk memantau sebarang serangan musuh yang sejak akhir-akhir ini sering dilihat kelibatnya. Iaitu kelibat Makhluk Si Pemakan Daging Manusia!

Bulan merah yang merubah suasana secara tak sengaja menarik perhatian salah seorang daripada mereka bertiga. Dia dilanda rasa pelik. Melihat cahaya bulan yang agak berbeza daripada biasanya. Seakan-akan ia membawa satu petanda.

"Akrz! Tengok tu! Cahaya bulan tu? Nampak pelikkan? Selalunya bercahaya putih, ni pula warna merah. Merah darah!" Panggil Izz sambil menunding jari ke langit.

Akrz awalnya sedang menunduk itu tertoleh. Wajah Izz dipandangnya sebelum melihat ke luar pondok.

"Ooooo. Haah..aku nampak dah tadi. Tapi, taklah pelik sangat. Warna ajekan yang berubah, bukan bulannya. Lagipun, bukan pertama kali bulan tu macam tu." Balas Akrz selamba.

Pernah je bulan berwarna macam tu. Lagi-lagi kalau nak gerhana bulan.

Izz mencebik kecewa.

"Tapi, hari ini bukan waktunya gerhana bulan" Tambah Izz tetap dengan pendiriannya. Sekali lagi, bulan yang merubah suasana sekeliling menjadi merah dipandangnya.

Akrz mengeluh. Kerja yang tengah dibuatnya ditunda. Niat hendak membalas namun tertunda apabila penjaga yang satu lagi mula menyampuk.

"Usah nak nak bertengkar dengan hal yang tak sepatutnya. Ingat adab ketika berada tepi hutan? Jangan ditegur benda yang pelik. Fokus dengan tugas masing-masing." Tegur Tok Li. Tegas dan padat.

Tok Li ialah seorang lelaki tua yang dah berambut putih. Namun, masih gagah perkasa dan menggerunkan bagi sesiapa yang memandangnya.

Akrz membatalkan niat hendak bersuara. Matanya dilirikkan ke arah Izz sebelum melangkah pergi ke sudut pondok bergalang itu.

Tanpa basa basi, dia terus mencapai botol air dan cawan yang terletak pada sudut itu. Air yang terkandung dalam botol dituang ke dalam cawan. Setelah terisi, airnya dihirup perlahan-lahan.

Izz tidak senang duduk apabila rasa peliknya direaksikan sedemikian rupa. Nak tak nak, dia biarkan sahaja. Dia berpindah dari pagar pondok yang sederhana saiz tak berdinding itu, ke ruang tengah pondok. Segera dia duduk bersila. Bersila di hadapan Tok Li yang sedang berehat atas kerusi kayu.

"Agak-agak, malam ini Makhlus itu datang lagi tak tok?" Soal Izz tiba-tiba.

Akrz yang tidak jauh dari situ terkejut dengan soalan Izz. Gelas diletak sebelum pantas berdehem kuat. Izz yang menoleh diberikan pandangan tajam.

"Ingat adab Izz!" Tegur Akrz tetapi Izz mengabaikannya. Tok Li dipandang menunggu jawapan.

Kedengaran keluhan berat terluah dari mulut Tok Ki. Lelaki tua itu membuka matanya sebelum bangkit dari duduk.

"Ada sebab kenapa pantang larang itu dicipta Izz." Tegur Tok Li lagi. Izz yang sedang bersila ditoleh sebelum beralih kepada Akrz.

Ketika itu juga, Tok Li segera mencabut pedangnya dari sarung lalu pantas menuju ke belakang Akrz dan mencantas sesuatu. Benda yang dicantas jatuh kedebuk di atas lantas tepat di sisi Akrz.

Akrz melihat benda yang jatuh. Matanya terbeliak besar. Dia spontan berdiri.

"Makhlus!"

Sebutnya dengan nadanya terkejut apabila melihat sepasang tangan yang cukup dikenali milik siapa.

WIFELORD (REMASTERED)Where stories live. Discover now