Bab 3

1.7K 151 3
                                    

"QYRAH!"

Kedengaran suara wanita memanggil. Namun panggilan itu tidak mendapat sebarang jawapan. Sekali lagi nama itu dipanggil dari arah dapur.

"Qyrah!"

Qyrah tersentak. Segera menyahut.

"Ya, makcik!"

Qyrah lekas berlari anak dari halaman belakang rumah menuju ke ruang dapur rumah banglo itu.

Sebaik sahaja kakinya menapak ruang dapur, dia rasa hairan. Ruang dapur yang luas bagaikan ruang tamu itu ditoleh kanan dan kiri.

Kosong?

Qyrah memberanikan diri masuk ke dalam lalu berlegar-legar di sekitar. Sekali sekala dia menjenguk bawah meja atau tempat tersorok. Dia berbuat demikian kerana mungkin sosok yang dia panggil makcik itu sedang bersembunyi seperti selalu.

Namun, hasilnya menghampakan. Tiada siapa yang bersembunyi. Qyrah rasa pelik.

"Qyrah..." Panggil seseorang dari belakang tiba-tiba. Mendengar panggilan itu, serta-merta rasa hairannya hilang. Qyrah tersenyum.

"Makcik ni buat Qyrah risau je..." Ujarnya namun tidak selesai sebaik sahaja dia berpusing ke belakang. Matanya terus membesar.

Kelihatan sebutir bintang biru sedang terapung-apung di udara tepat di hadapan mukanya. Bintang itu bercahaya terang dan lebih terang berbanding cahaya matahari yang berjaya masuk ke dalam ruang dapur itu.

Qyrah terkejut dan mula merasa takut. Dia terundur beberapa langkah ke belakang.

"Siapa kau?" Soal Qyrah memberanikan diri.

Bintang itu bergerak sedikit mendekati Qyrah. Namun, pantas gadis itu menghalang.

"Jangan dekat!" Pintanya. Bintang itu patuh. Ia terus terapung di tempat yang sama.

"Aku adalah bintang, Qyrah. Bintang yang menjadi tanda di dahi kau."

Jawab makhluk berupa bintang itu dengan lembut dan ramah. Mendengarkan jawapan itu, Qyrah berkerut dahi.

"Bintang di dahi aku?"

Qyrah segera meraba-raba dahinya. Namun tiada apa yang dapat dia rasakan di situ.
Tidak cukup dengan itu, dia segera menuju cermin berdekatan.

Qyrah terkejut. Melalui cermin, dia melihat dahinya sedang bercahaya. Puncanya datang daripada tanda lahirnya yang berbentuk bintang.

"Kenapa? Kenapa boleh macam ni?" Soal Qyrah tidak percaya. Dahi digosok-gosok.

"Kau adalah gadis yang terpilih, Qyrah! Kau gadis terpilih!" Komen makhluk bintang itu dengan nada gembira.

Qyrah berhenti mengosok dahi. Dia menoleh ke belakang.

"Terpilih? Apa maksud kau dengan terpilih? Terpilih apa?" Soal Qyrah bertubi-tubi.

"Benar! Kau terpilih! Terpilih untuk menjadi penyelamat Negara Kristalis." Jawab bintang itu bangga.

"Penyelamat Kristalis? Negara apa tu? Aku tak percaya! Ini semua ilusi." Balas Qyrah diakhiri dengan rasa tidak percaya.

"Normal andai kau tidak percaya. Negara Kristalis adalah negara yang wujud dari dunia fantasi. Dunia yang penuh dengan kemagisan!" Jelas si bintang lalu segera melayang ke hadapan Qyrah.

"Dunia fantasi?" Qyrah menyebut semula nama dunia itu. Dahinya berkerut memikirkan benda yang memang merapu baginya.

"Kau tak merapu bukan?" Teka Qyrah inginkan kepastian.

"Seratus peratus tak!" Balas bintang itu yakin.

Qyrah menggeleng kepala. Dia segera beralih tempat berdiri.

"Tidak! Aku tak percaya. Semua ini menipu dan merapu. Kau berlakon bukan? Mana kameranya?" Ulas Qyrah sambil matanya meliau ke serata dapur mencari kelibat benda yang dimaksudkan.

"Cari apa?" Soal bintang. Dia rasa hairan melihat perlakuan Qyrah.

"Kamera. Mana tahu kau sedang prank aku?" Jawab Qyrah.

Si bintang ketawa.

"Aku tidak ada masa bermain-main dengan permainan manusia bumi, Qyrah." Balas bintang dengan jujur.

Qyrah terdiam mendengarnya. Namun, hatinya tetap berkata lain.

"Ah! Aku tidak percaya. Kalau betul kau tidak berlakon dan tidak menipu, usulkan bukti!" Desak Qyrah.

Si bintang bercahaya terang sekejap.

"Baik! Aku akan buktikan." Sahut bintang menerima cabaran.

Sekaligus, bintang itu terapung di kepala Qyrah. Qyrah ikut mendongak.

Bintang itu mula bercahaya terang seterang terangnya hingga membuatkan Qyrah menutup mata dan berasa pening. Keseimbangan tubuh mula hilang kerana pening hingga membuatkan Qyrah terduduk.

Tidak lama kemudian, terasa angin lembut menyapa tubuh Qyrah. Dengan perlahan, dia membuka mata lalu melihat disekeliling. Dia terpana dan pantas berdiri.

Kini dia telah berada di suatu tempat yang lain dan bukan di dapur sebelum dia menutup mata. Dia kini berada di suatu tempat yang suasananya berwarna putih. Ia sangat luas seluas mata memandang namun kosong tanpa sebarang benda.

Tiba-tiba, angin kuat datang dari arah hadapan. Angin tersebut meniup tubuh Qyrah hingga hampir membuatkan Qyrah terbang. Terpaksa dia melindung mata dengan lengan sehingga angin itu berhenti bertiup.

Qyrah menoleh. Di hadapan, terlihat seorang perempuan lengkap berpakaian tentera berwarna merah.

Pakaian tentera?

Qyrah mensepetkan matanya agar dia dapat melihat dengan jelas. Ya, benar perempuan itu memang berpakaian tentera. Namun, wajahnya tidak jelas kelihatan.

"Siapa kau?" Qyrah menyoal. Perempuan itu tidak menjawab sebaliknya terus berjalan menghampiri Qyrah.

Qyrah hairan.

"Cik siapa?" Soalnya lagi. Kali ini lebih berhemah. Namun, hasil tetap sama. Perempuan itu masih tidak menjawab dan tetap berjalan menghampiri Qyrah sehingga jarak mereka berdua hanya satu meter barulah perempuan itu berhenti.

Qyrah dilanda rasa aneh. Tidak lama kemudian, perempuan membuka topeng yang sejak tadi terpasang di mukanya.

Topeng dilepas. Qyrah terus terlopong tidak percaya.

"Aku?!"

WIFELORD (REMASTERED)Where stories live. Discover now