Bab 19

1.2K 99 3
                                    

Lapangan Kapal Terbang Kota Kinabalu...

"PERHATIAN kepada para penumpang. Kita telah mendarat di Kota Kinabalu. Diminta agar semua penumpang tetap berada di tempat duduk masing-masing sehingga kapal berhenti sepenuhnya. Para penumpang dibolehkan menggunakan ..."

Umum ketua pramugari dari radio mengejutkan Qyrah yang sedari tadi fokus melempar pandangan ke luar jendela. Dia terus membetulkan badan yang masih bersandar pada tempat duduk sambil melilau melihat penumpang lain.

Kelihatan mereka sudah mula berdiri sebaik sahaja kapal yang dinaiki sudah berhenti. Masing-masing kemudiannya beratur mengambil bagasi dari dek atas tempat duduk penumpang.

Qyrah membetulkan topi yang dipakainya agar sedikit menutupi wajah. Ianya sebagai langkah untuk mencegah identiti dirinya dari diketahui. Apa lagi kalau bukan untuk menyembunyikan tanda bintang di dahi.

Fun factnya, topi itu diberikan oleh Zide.  Dia masih ingat bagaimana secara tiba-tiba putera dunia lain itu memberinya topi sebelum mereka berpisah ke tempat duduk masing-masing.

"Nah. Pakai topi ini. Semart sikit."  Ujar lelaki itu sambil menyerahkan sebuah topi warna hitam.

Qyrah mahu tak mahu menerima sahaja pemberian itu. Pada awalnya, dia tidak memikirkan sangat tetapi bila dia sedar mula ada pandangan negatif yang terarah kepadanya, tahulah dia tujuan topi itu diberi.

Bagaimanapun, Qyrah terfikirkan sesuatu.

"Zide tahu ke aku ni siapa?" Dia bercakap dengan dirinya sendiri.

Qyrah mengambil giliran untuk bangkit apabila penumpang di sebelahnya sudah selesai mengambil bagasi. Perlahan-lahan Qyrah menyelinap celah kerusi dan terus keluar ke lorong tengah pesawat.

Dek penyimpanan beg yang telah terbuka dipandang. Beg galasnya dicari sebelum dia menemuinya tersimpan di antara beg penumpang lain.

Qyrah hendak mengambilnya namun tidak kesampaian. Dia mencuba lagi namun tetap sama sehinggalah Zide yang dari belakang kapal berdiri di sebelah.

"Boleh ambil tak?" Soal Zide.

Qyrah menoleh. Dia bergumam lembut sambil menggeleng.

Tanpa berlama, Zide terus mencapai beg bagasi yang dimaksudkan dengan mudah. Beg itu dia hulurkan kepada gadis itu.

"Terima kasih." Ucap Qyrah.

Zide mengangguk lembut sebelum berlalu dengan cermat melepasi Qyrah keluar dari pesawat. Qyrah pula hanya membuntuti dari belakang.

***

Kota Kinabalu...

IZZ melilau ke sekeliling. Kelihatan suasana di restoran itu tidak terlalu ramai dengan pengunjung. Masing-masing sedang seronok meluangkan masa bersama keluarga.

Perhatiannya kemudian teralihkan apabila apabila Zide dan Qyrah muncul. Kedua-duanya kelihatan baru sahaja keluar dari lif hotel dan sedang menuju ke arah restoran yang tersedia di lobi.

"Dah selesai?" Dia bertanya sebaik sahaja kedua-dua mereka telah mengambil tempat duduk.

Zide hanya bergumam lembut manakala Qyrah mengangguk.

"Maaf sebab lambat pakcik." Balas Qyrah sambil tersengih kecil.

"Tak adalah. Tak lambat pun. Makanan pun baru nak oder."

Zide melihat-lihat sekeliling sedari melihat dua kerusi yang kosong.

"Azha dan Kai mana?" Soalnya.

Zide memandang. Lelaki itu terus menuding jari ke arah kaunter yang sedikit jauh dari tempat mereka duduk.

WIFELORD (REMASTERED)Where stories live. Discover now