Bab 9

1.5K 127 4
                                    

QYRAH melangkah masuk ke dalam pekan Beluran. Satu-satunya pekan yang terdekat dengan rumah Tuan Ali.

Seperti biasa, setiap hari Ahad, dia akan ke pekan untuk membeli barang keperluan dapur atas suruhan Puan Aminah. Bagaimanapun, kali ini dia berseorangan tanpa ditemani oleh wanita itu. Ada hal katanya.

Namun, sepanjang perjalanan, dia asyik mengelamun memikirkan kata-kata bintang yang diberitahu semalam.

Masih terngiang-ngiang di ingatanya kata-kata makhluk biru kerdil itu.

"Kau akan dijadikannya anak angkat dan membawa kau tinggal bersamanya."

Hatinya diasak pelbagai soalan. Betul ke aku akan diambil jadi anak angkat oleh seorang lelaki hari ini? Siapa? Tak menipu?

Hatinya mula ragu-ragu untuk percaya. Apa tidaknya, dia tahu benar reaksi lelaki bila bertemu dengannya. Jangankan ambik anak angkat, terpandang pun kalau boleh nak dielakkan.

Ah! Biarlah. Jika benar, apa salahnya kan?

Qyrah mengabaikan dahulu perkara tersebut. Beli barang dapur adalah perkara yang penting ketika ini. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum melangkah masuk ke perkarangan pekan Beluran.

"Bismillahirrahmanirrahim.."

****

"ZIDE! Azha! Kai! Meh sini sekejap. Pakcik nak cakap sesuatu."

Panggil Izz kepada ketiga-tiga nama pemuda itu dari ruang tamu. Pada masa yang sama, dia membetulkan stokin yang baru sahaja disarungkan.

Kemudian, sehelai jaket labuh seperti jubah dia sarungkan ke badan. Tidak lupa menyikat rambut dengan kemas di hadapan cermin sebelum menoleh apabila kedengaran namanya dipanggil.

"Fuyoooo! Bukan main segak pakcik hari ni. Nak ke mana?" Kai memuji sambil tersenyum-senyum. Azha dan Zide kelihatan membuntuti dibelakang.

Izz tersengih. "Segak ke? Terima kasih! Pakcik nak pergi dating sebenarnya." Balasnya sambil bergurau.

"Dating?! Dengan siapa? Dengan janda sebelah rumah ke?" Tanya Kai berminat.

Lantas Izz tergelak diikuti Azha. Manakala Zide hanya tersenyum sumbing.

"Pakcik gurau je la. Tak adanya pakcik nak dengan Mak Minah tu. Janda-janda ni bukan taste pakcik. " Jelas Izz.

Kai membulatkan mulutnya.

"Ooh."

Izz segera membetulkan jaket pada masa sama dia melihat jam di tangan.

"Baiklah! Pakcik nak pergi dulu. Pakcik dah lambat ni. Jangan nak ke mana-mana. Jaga rumah!" Pesannya lalu bergerak ke pintu keluar.

"Baik pakcik." Akur Azha dan Kai serentak manakala Zide hanya mengangguk kecil.

"Oh ya! Lagi satu. Andai pakcik pulang nanti, pakcik bawa seseorang kat rumah ni, jangan tegur dan bertanya tau!" Beritahunya.

Serta-merta, ketiga-tiga merasa pelik.

"Kenapa pula pakcik?" Tanya Azha.

Izz tersenyum sumbing.

"Kan pakcik dah cakap jangan tegur dan tanya? Dengar kan saja cakap pakcik. Nanti kamu akan tahu kenapa. Dah! Pakcik gerak dulu. Apa-apa roger!" Balas Izz lalu keluar.

Izz terus melangkah ke kereta sebelum membolos masuk ke dalam. Tidak lama kemudian, kereta dihidupkan lalu bergerak ke jalan raya.

Kai yang memandang kereta itu bergerak sehinggalah hilang dari pandangan dari jendela kembali dihurung dengan tanda tanya.

WIFELORD (REMASTERED)Where stories live. Discover now