Bab 17

1.2K 125 7
                                    

Api gas dipadam. Lauk sayur campur yang sudah siap masak terus disudip dan dipindahkan dalam mangkuk besar yang telah diambil dari rak. Dengan cermat lauk dipindahkan sehinggalah hingga habis.

Kemudian, dia membawa mangkuk tersebut ke arah meja makan lalu diletak di tengah-tengah antara lauk pauk yang lain. Akhirnya, sayur campur masak tomato diikuti dengan telur dadar berempah telah siap jadi menu utama untuk makan tengah hari ini.

Dia tersenyum puas. Peluh yang sedikit membasahi dahi diseka dengan hujung baju kurung.

"Rajin masak nampaknya."

Tegur seseorang secara tiba-tiba membuat Qyrah tersentak. Automatik, gadis itu berpaling.

"Bintang?"

Mulutnya menyebut pantas sebaik sahaja melihat satu cahaya biru sedang terapung-apung di udara. Bola cahaya yang sudah tidak asing lagi. Si bintang biru.

"Sejak bila kau muncul?"

Tanya Qyrah terus. Sambil itu, kepalanya terteleng ke ruang tamu untuk memastikan jika hanya dia seorang sahaja ketika itu.

"Kenapa? Kau tak suka kedatangan aku?" Soalan dibalas soalan.

"Eh bukan. Aku cuma nak tahu. Selalunya, aku akan sedar bila kau keluar dari dahi aku." Balas Qyrah sambil menyentuh tengah dahi.

Si bintang hanya ketawa. Kemudian, dia melayang terbang mendekati meja makan sebelum terapung di atas makanan yang telah terhidang.

"Kau yang masak semua ni? Sedap nampak!" Puji bintang itu seakan terliur.

Qyrah tersenyum kecil. "Haah. Aku yang masak semua ni. Kenapa? Nampak sedap? Sudah tentu. Tengoklah siapa tukang masaknya." Qyrah membalas diikuti gurauan.

"Hehehehe. Cayalah Qyrah."

Qyrah melepas apron yang masih terpasang di badan.

"Ada berita baru ke kau nak bagitahu bintang?"

Si bintang mendarat di atas meja. Tepat sebelah pinggan yang masih tersusun bersama beberapa sudu dan garfu.

"Kali ini tak ada."

Qyrah yang baru saja menyimpan apron menoleh. "Aik. Tak pernah-pernah kau muncul tanpa sebab?"

"Kan..." Setuju si bintang. "Aku pun rasa pelik."

Qyrah duduk di kerusi yang terletak dekat dengan bintang biru itu. Makhluk bercahaya biru itu dipandang.

"Apa pun, kau dah tahu siapa yang hantar kau ke mari?"

Si bintang berpusing-pusing. "Belum."

Qyrah mengeluh kecil. Dia lantas menyandar badan pada kerusi yang dia duduk.

"Kenapa kau nak tahu Qyrah?"

Qyrah diam sejenak. "Saja nak tahu. Mungkin, keluarga aku yang hantar kau? Kita tak tahu."

"Keluarga kau?"

Qyrah tersenyum kelat. "Tak ada apalah." Dia menarik nafas berat sebelum dihembus puas.

"Bintang, aku nak cerita sesuatu."

Si bintang bersinar sedikit terang. "Apakah itu?"

"Tentang Zide Idrix." Cerita Qyrah. Si bintang mula berminat. Cahayanya bercahaya lebih terang lagi.

"Ada apa dengan putera kacak itu?"

"Dia pandai menyanyi." Sambung Qyrah tersenyum malu.

"Siyes laa? Zide pandai menyanyi?" Soal bintang tidak percaya. Qyrah mengangguk.

"Bila kau tahu ni?"

"Dua hari yang lepas. Ketika pakcik Arish pergi kerja dan Azha serta Kai berjalan-jalan ke Sandakan."

Bintang terapung sedikit dari meja.

"Waktu itulah dia menyanyi?" Soal bintang ingin tahu lebih lanjut.

"Haah."

"Merdu tak?"

Qyrah terus berubah mood. Si bintang ditepuk lembut dengan tangan.

"Hish kau ni. Kalau pandai nyanyi, sudah tentulah elok suara dia."

Si bintang ketawa. "Aku gurau je la."

Tiba-tiba, si bintang bergegas menjadi jalur cahaya dan pantas masuk ke dalam dahi Qyrah. Qyrah sedikit terkejut sebelum menoleh apabila terdengar namanya dipanggil.

"Qyrah..."

Qyrah menoleh ke sebelah. Kelihatan Zide sedang memandangnya dari peti ais.

"Aaaa...ye?" Jawabnya gagap.

"Dah siap masak ke?" Soal Zide lemah lembut sambil membuka peti ais mengambil sesuatu.

Qyrah melihat makanan yang sudah terhidang dan laju-laju dia mengangguk.

"Haah! Sudah siap Encik Zide." Qyrah membalas dengan hormat.

Zide tersenyum. Pintu peti ais ditutup. Sebotol air 100+ tergenggam dalam tangan.

"Just Zide. Tak perlu Encik. Kita sebaya." Tegurnya berhemah.

Qyrah tersengih. Perlahan dia mengangguk. "Baik Enc...eh Zide. Qyrah ambil maklum."

Ketika itu juga Qyrah baru teringat yang umur mereka berdua hanya beza setahun lebih. Namun, ada sebab dia bersikap hormat kepada Zide. Zide seorang putera. Walaupun dia belum diberitahu secara lisan daripada Pakcik Arish hatta dari lelaki itu sendiri bahawa Zide seorang putera. Tapi dia percaya dengan apa bintang itu telah katakan.

"Masak apa?" Soal Zide mematikan lamunan Qyrah.

"Err... Sayur campur bersos tomato dan telur dadar berempah." Beritahu Qyrah.

Zide mengangguk faham. Dia kemudian datang mendekat. Hampir dekat dengan Qyrah. Qyrah terkejut.

"Yang lain ni? Apa pula?"

Qyrah menjarakkan sedikit jarak mereka sebelum menjawab.

"Itu.... Sambal belacan. Itu pula kangkung tumis. Ikan basung goreng dan jeruk mangga dipotong halus bersambal." Jelas Qyrah satu persatu.

Kelihatan Zide mengangguk lagi. Dia tersenyum kemudian.

"Pandai masak. Banyak resepi pula tu. Belajar mana?"

Qyrah tersengih. Kepala yang bersaing tudung digaru walau tak gatal.

"Err... Belajar sendiri?"

Zide tersenyum manis. Ibu jari tangan kanan dia tunjukkan.

"Terbaik!"

Qyrah tersenyum gembira. Tiba-tiba, terlintas satu soalan di mindanya. Tanpa sedar, soalan itu terus diutarakan.

"Zide pandai masak?"

Qyrah terbuka mata dengan soalan spontannya. Laju dia menutup mulut. Soalan apa kau tanya Qyrah, benaknya dalam hati.

Zide mengusap dagu sambil berfikir. Kemudian, matanya melirik ke arah Qyrah.

"Mungkin?" Jawabnya lalu beredar pergi. Qyrah terpinga.

"Nanti panggil kalau dah selesai." Sambung Zide dari jauh sebelum hilang dari dapur.

Qyrah pula?

Dia terus menutup muka kerana malu. Malu dengan dirinya yang tidak dapat mengawal rasa ingin tahu. Nasiblah Zide tu tak perasan.

WIFELORD (REMASTERED)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora