Bab 18

1.2K 106 11
                                    

(Qyrah POV )

AKU membetulkan tudung sambil melihat imej aku yang terpantul pada permukaan cermin. Bahagian tepi tudung, kulipatkan sedikit di kiri dan kanan agar nampak lebih kemas dan cantik.

Akhirnya, setelah 5 minit, aku pun selesai. Aku melihat-lihat diriku. Aku tersenyum puas. Puas melihat diriku yang sudah semakin berbeza.

Sungguh jauh berbanding dulu. Langsung tidak kelihatan seperti Qyrah Aileen beberapa minggu yang lepas jika hanya sekali pandang. Aku nampak diriku lebih baharu.

Mungkin aku jadi seperti ini kerana aku dilayan dengan baik oleh keluarga angkat baharuku. Lebih-lebih lagi, mereka cukup dikatakan sebagai orang 'ada-ada'. Maka, benarlah apa kata orang. Kau akan cantik jika kau ada kemampuan berbuat sedemikian.

Aku meletakkan dagu di atas lengan dengan mata yang masih menatap cermin rias. Aku masih tak percaya bahawa gadis yang terpantul di cermin itu adalah aku.

Tiba-tiba, pintu bilik diketuk lembut. Aku lantas menoleh. Kelihatan Zide sedang berdiri di antara pintu yang sedikit terbuka namun tidak menoleh ke dalam.

"Kau dah siap?"  Tanyanya.

Aku terus teringat sesuatu, pantas jam di tangan aku lirik. Aku lekas berdiri.

"Alamak, dah lambat." Ujarku dan bergegas mengemaskan alat solek di atas meja rias.

"Dah nak gerak ke? Semua dah dekat bawah?" Tanya ku. Sekilas aku menoleh ke arah Zide.

"Haah. Tapi kalau kau belum siap, tak mengapa, kami boleh tunggu." Jawabnya.

Boleh tunggu? Tidak-tidak. Aku sudah terlambat 30 minit. Aku yang kena cepat.

Tiba-tiba, muncul Azha di tepi Zide. Zide pula kelihatan terkejut dengan kedatangan Azha.

"Hei adek! Cepatlah sikit. Kita nak jalan jauh ni." Panggilnya.

Aku tersengih. Beg galas sederhana saiz yang sudah ditangan terus kusandang ke bahu.

"Jom!" Kataku dan terus menuju pintu.

Zide dan Azha terus menepi memberi ruang untuk aku lalu. Kami bertiga kemudiannya bersama-sama menuju ke ruang tamu.

Azha tiba-tiba bergerak lebih laju.

"Siapa lambat, dia tak boleh ikut!"

Azha terus berlari sebaik sahaja berkata sedemikian. Aku pula tidak percaya.

"Hei! Tunggu!"

Aku hendak mengejar tetapi terbantut apabila Zide nampak tidak berminat. Tanpa aku sedar, aku terus memegang tangannya berlapikkan lengan baju lalu mengheret sama dia berlari anak.

"Jom Zide! Siapa nak temankan kau kalau kau tinggal?"

***

(Zidey POV)

EMPAT keping tiket penerbangan yang dihulurkan kepadaku kusambut dengan cermat.

"Agihkan tiket ni kepada yang lain. Pakcik nak hantar bagasi sekejap."

Aku hanya menurut kemudian bergerak ke arah Azha dan Kai yang tengah rancak bermain online game. Dua keping tiket aku hulurkan.

"Nah. Ini tiket korang. Simpan." Beritahuku.

Kedua-duanya mengangguk dan menerima tiket itu. Bagaimanapun, mereka masih fokus dengan permainan mereka.

"Heii! Jangan ambil buff aku Azha. Aku nak farming macam mana kalau kau ambik?" Marah Kai tiba-tiba.

WIFELORD (REMASTERED)Onde as histórias ganham vida. Descobre agora