Bab 5

1.7K 159 8
                                    

Mimpi Qyrah...

"CALON Bendahara? Kenapa masih di sini?" Soal seorang wanita berambut hijau.

Lelaki yang dimaksudkan terpempan. Pantas dia menoleh ke arah wanita itu.

"Ergh..aaaa... Pa?"Soal lelaki itu.

Permaisuri itu mengeleng. Wajahnya terpamer serius.

"Kenapa Izz tidak turut sama pergi seperti Ketua Pengawal dan askar pemanah yang lain?"

Izz pantas berdiri sedia.

"Patik ingin bertarung bersama Wifelord, tuanku permaisuri!" Izz menjawab seraya menunduk hormat.

Wifelord tersenyum bangga.

"Baiklah! Beta izinkan!"

Wifelord kemudiannya kembali melihat ke arah tembok kota.

"Ayuh bersama kita musnahkan makhluk ini!" Katanya dengan bersemangat.

Tangan yang dihalakan dia turunkan. Sekaligus medan cahaya yang menahan makhluk itu menghilang.

Bagai mengantuk disorongkan bantal, makhluk itu segera bangkit dan meluru pantas ke arah Izz dan Wifelord. Deraman buas kembali bingit menguasai suasana.

"Jangan biarkan mereka merentas Kota! Calon bendahara, kamu serang dari bawah! Biar beta uruskan dari udara!" Titah Wifelord memberi arahan.

Izz menurut perintah sebelum dengan lincahnya berlari ke arah makhluk itu. Pedang api kiri dan kanan segera dia hasilkan.

"Matilah kau makhluk tak ada akal!!" Marahnya berani sebelum melompat ke tengah-tengah makhluk serigala kacukan naga itu.

Beberapa ekor makhluk terpelanting akibat impak pendaratan yang dihasilkan olehnya

Sementara itu, Wifelord terapung dengan lebih tinggi. Matanya bertukar putih cerah dan bercahaya. Tidak lama kemudian, muncul petir yang maha besar menyambar tanah yang menjadi medan makhluk itu bergerak. Sekali sambar tanah merekah besar  dan membentuk jurang yang sangat dalam.

Puluhan makhluk terjerumus ke dalam jurang  tanah yang terbentuk secara mengejut. Bagaimanapun, masih ada yang sempat berpaut pada tepi tanah dan berusaha memanjat naik semula.

Ketika itu, Izz bergerak ke sana sini sambil dia menyemburkan jalur api dari matanya. Satu persatu mengenai sasaran dan membakar makhluk itu hingga hangus jadi debu.

Tidak cukup itu, Izz juga beberapa kali membaling bola api sebesar penumbuk tanpa henti ke arah makhluk sekitarnya. Bola api yang dilepaskan bergerak bagaikan hujan api berterbangan.

Pertarungan hebat berlangsung agak lama. Bilangan makhluk juga mula berkurangan. Ini membuatkan Wifelord dan Izz semakin bersemangat melakukan serangan.

Panahan petir bertubi-tubi menyambar setiap ekor makhluk bersisa. Semburan api yang panas tidak kurang juga hebatnya bergerak merata tempat mencari dan membakar mangsa.

Akhirnya, kesemua makhluk ditewaskan tanpa bersisa. Hampir sejuta bangkai makhluk memenuhi kawasan lapang di hadapan Kota Negara.

Wifelord tersenyum puas. Dia segera memandang ke bawah. Dia kemudian melihat Izz di bawah sana sedang terduduk kerana kelelahan.

Wifelord tersenyum dan berniat untuk mendekat namun muncul tiba-tiba satu kelibat hitam di belakangnya. Dia terpempan sejenak.

Tanpa sempat mengelak mahupun melakukan tindakan spontan, dadanya ditikam pantas dengan sebilah pedang oleh kelibat itu dari belakang. Wifelord berkerut dahi menahan sakit sebelum dia termuntah dengan darah.

Izz yang baru sahaja mengalihkan pandangan ke atas terperanjat. Dia menjerit.

"Permaisuri Elyn!!"

Kelihatan Wifelord terus melayang jatuh dari udara sebaik sahaja pedang yang menusuk tubuhnya dicabut. Izz segera bangkit dan berlari secepat mungkin.

Wifelord terus disambut oleh Izz dengan baik sebelum dia dibaringkan ke atas pahanya. Wifelord berkerut wajah menahan sakit yang teramat.

Izz tidak tentu arah. Dia terketar-ketar menekup dada pemaisuri yang berdarah menggunakan telapak tangannya.

"Pppp..permaisuri..." Panggil Izz tersangkut-sangkut. Dia semakin tidak tentu arah apabila Wifelord itu muntah darah sekali lagi.

"Wifelord lemah!"

Kata satu suara garau menyapa sinis cuping telinga Izz. Izz terus dihurungi rasa marah. Lantas dia memandang tajam ke arah satu kelibat yang baru sahaja mendarat tidak jauh dari tempat dia dan Wifelord berada.

Kelibat itu adalah seorang lelaki. Lengkap berpakaian hitam dan memakai topeng mulut hingga ke paras hidung. Matanya bercahaya merah dan menyala. Mata memandang dengan pandangan yang menyakitkan hati.

"Siapa kau?" Izz bertanya kasar. Lelaki itu tergelak.

"Kau tanya aku siapa budak? Aku adalah raja. Raja hebat yang menguasai Antasy World ini." Balas lelaki itu dengan penuh bangga. Sambil itu dia juga mendabik dada.

Izz memandang lelaki itu dengan hati yang panas. Lantas dia meludah ke tanah. Hendak dia bangun dan membunuh lelaki itu tetapi dihalang oleh Wifelord.

"Kaulah ketua mereka selama ini?" Soal Wifelord sebelum dia terbatuk-batuk.

Lelaki itu mengangkat kening.

"Siapa lagi? Siapa lagi yang mampu menghasilkan makhluk hebat seperti mereka? Aku lah! Pastinya bukan kau, Wifelord lemah!" Lelaki itu membidas.

Wifelord itu tersenyum.

***


"QYRAH! Qyrah! Bangun!"

Qyrah perlahan-lahan terjaga dari mimpi. Wajah seorang wanita agak berusia muncul di pandangannya itu dipandang mata yang terkebil-kebil.

"Kenapa kau tidur di sini?" Soal Puan Aminah pelik. Qyrah berkerut dahi mendengarnya.

"Aku tidur?"

"Haah. Kau baring dekat sini tadi?" Balas Puan Aminah risau. "Qyrah okay ka?"

Qyrah perlahan mengangguk. Tiba-tiba, dia teringat dengan apa yang dia mimpikan sebentar tadi.

"Wifelord!!"

Puan Aminah terkejut.

"Ha? Wifelord? Melalut apa kamu ni."

"Iya! Wifelord!" Qyrah membalas yakin. Puan Aminah menggeleng kepala lalu tersenyum.

"Kamu bermimpi ni. Dah! Bangun. Sudah tengah hari. Mari kita makan tengah hari." Beritahunya.

Qyrah serta-merta teruja. Bab makan, dia memang nombor satu. Tapi, bagaimana pun, dia masih terfikirkan hal yang dia alami sewaktu dia tidur.

Aku betul bermimpi? Tapi, kenapa macam benar-benar berlaku? Bisik hatinya berfikir.

Qyrah pantas menggeleng. Dia membiarkan saja persoalan itu bermain di mindanya.

**

Izz terjaga dari tidurnya. Kali ini, tubuhnya lencun dibasahi peluh. Dia tercungap-cungap hebat dan matanya meliau ke sekelilingnya.

Tidak lama kemudian, dia meraup muka dan menarik nafas lega.

"Astagfirullah al-adzim... Alhamdulillah."

Dia beristighfar dan bersyukur kerana masih berada di dalam bilik tidur. Dia kemudiannya bersandar badan pada kepala katil. Pada masa sama, dia mengimbas kembali mimpinya tadi. Dahi berkerut mengingatnya.

"Kenapa peristiwa lalu kembali menerpa dalam mimpiku? Kenapa tiba-tiba?" Izz bermonolog.

Tiba-tiba, terlintas sesuatu difikirannya. Serta-merta matanya membulat besar.

"Jangan....jangan..."

WIFELORD (REMASTERED)Where stories live. Discover now