Bab 12

1.5K 148 9
                                    

Sebulan kemudian setelah Qyrah diselamatkan...
(Qyrah Pov)

Aku merenung wajahku pada muka cermin. Tanpa sedar, aku bagaikan tidak percaya imej yang terpantul adalah diri aku sendiri. Terlalu banyak dan cepat perubahan berlaku.

Jika dulu aku kemas dan lusuh, kini aku dah serba baru dan mewah. Tiada lagi pakaian lusuh yang selalu kugunakan untuk pergi kerja. Tiada lagi tudung lusuh menyarung kepalaku. Aku betul-betul berubah.

Wajahku juga jadi bersih dan putih tanpa sebarang cacat cela. Tidak lagi seperti sebelum ini, wajahku berparut dan membiru.

Mesti ada yang tertanya-tanya. Bagaimana semua ini terjadi?

Semua ini berubah sejak aku setuju tinggal bersama seorang lelaki yang tidak kuketahui asal usulnya. Kini lelaki itu telah kuanggap sebagai bapa angkatku. Namannya pakcik Arish.

Aku gembira sangat apabila dia bercadang mengambil aku sebagai anaknya dan membawaku tinggal bersamanya di rumah yang tersergam indah bagaikan istana ini.

Dalam diam, aku mula yakin bahawa utusan bintang biru itu ada benarnya.

Bercakap pasal bintang itu, sejak sebulan yang lalu, dia tidak lagi memunculkan diri.

Adakah penderitaanku telah tamat?

Hurmm....

Sedang aku termenung meneliti diriku, tanda bintang di dahiku tidak semena-mena bercahaya terang. Biru berkilauan. Aku terkejut.

Sejurus itu juga, keluarlah sebutir bintang biru dari dahiku. Ia menerawang di seluruh bilik sebelum ia berhenti dan terapung di hadapan mataku.

Aku tersenyum lebar.

"Lama juga ek kau tak muncul bintang." Sapaku ramah.

Si bintang ketawa kecil.

"Hahahaha. Kenapa cik Qyrah? Kau rindu aku ke?" Tanya si bintang lalu  terbang mendekatiku. Aku terus menadahkan kedua belah tangan untuk tempat dia mendarat.

"Mestilah! Kau kan sahabat instant aku." Jawabku jujur dan tersenyum.

"Waaaah aku terharu mendengarnya. Bagaimana hidup sekarang, Qyrah? Bahagia tak?" Tanyanya ramah. Aku tersenyum lalu mengangguk pantas.

"Yup! Aku bahagia sekarang bintang. Bahagia sangat-sangat." Ceritaku dengan gembira.

"Baguslah. Aku gembira bila kau bahagia." Komen si bintang.

Aku kemudian mengangkat kening. "Kau datang ini tak lain tak bukan mesti bawa berita baru. Betul bukan?"

"Benar cik Qyrah. Aku datang mesti disertai sesuatu yang nak beritahu. Berita yang baharu." Jawab si bintang.

"Berita apa? Aku mendengar." Aku memberi sepenuh perhatian.

"Berita ni kalau aku bagitahu jangan kau terkejut pula?" Bintang itu menduga. Aku berkerut dahi.

"Aik?? Berita Suprisse ke sampai kau pesan agar aku tak terkejut?" Tanyaku. Dia mengiyakannya.

Aku mengangguk faham.

"Baik. Aku akan usaha tidak terkejut." Janjiku.

"Okey...let's see..."

**

SEORANG pemuda sedang duduk termenung di balkoni biliknya. Pandangan kosong dilemparkan ke arah bangunan-bangunan yang gah berdiri mencakar langit.

Tanpa dia sedari, seorang lagi pemuda yang baru menaiki tangga dan berhasrat untuk ke bilik itu terhenti langkah apabila melihat pintu biliknya terbuka sedikit.

WIFELORD (REMASTERED)Kde žijí příběhy. Začni objevovat