Bab 10

1.4K 125 2
                                    

IZZ mengusap hujung dagunya yang ditumbuhi janggut sejemput. Dia menyorotkan anak mata ke arah barang-barang yang tersusun rapi di atas meja.

"Nak pilih yang mana eh?" Gumamnya perlahan.

"Encik? Mau beli apa?" Seorang gadis yang merupakan pelayan premis itu mendekat. Senyuman lebar terukir di bibirnya.

"Entahlah. Saya keliru nak beli apa. Mana yang lebih berkualiti? Sayur bayam atau sayur kangkung?"

Kedua-dua jenis sayur yang diikat berasingan itu diunjuk satu persatu kepada gadis itu.

"Errr..."Gadis itu mengaru kepala tak gatal. Tidak tahu nak beri komen.

"Hmm. Tak mengapalah. Nanti saya singgah kembali. Saya pergi dulu." Balas Izz sebelum mula mengatur langkah. Gadis itu hanya tersenyum terpinga-pinga.

Izz terus menyelusuri sepanjang jalan. Keriuhan peniaga menjerit-jerit dan kepadatan pengunjung yang mengunjung tidak dia hiraukan.

Tujuannya saat itu hanya satu. Dia perlu selesaikannya sekarang. Dia mengeluh kecil.

"Mana budak tu?"

***


BIBIRNYA pecah dan mulai membengkak. Matanya lebam serta kelihatan membiru gelap. Badannya juga jadi lemah dan tak berdaya.

Itulah keadaan Qyrah sekarang. Dia terkulai layu bagaikan sayur yang dipetik dan dijemur di bawah sinar matahari terik. Dia kepalanya terasa pening setelah dibelasah teruk oleh peniaga ayam itu.

Qyrah cuba untuk bangkit semula. Namun, tubuhnya terus ditendang oleh seseorang menyebabkan dia tersungkur semula ke atas tar.

"Hidup lagi kau rupanya? Ingatkan kau sudah mati!" Perli lelaki itu. Kakinya didarat kasar di atas badan Qyrah.

Qyrah mengadu kesakitan untuk kesekian kali.

"Kk...kenapa saya dibelasah bang?" Sepenuh kudrat Qyrah bertanya. Walaupun dia tahu apa sebabnya, dia masih ingin penjelasan.

"Kenapa kau bilang? Kau tu pembawa bala! Bala! Tanda bintang di dahi kau pembawa malang bagi aku!" Jawab lelaki itu lalu memijak kepala Qyrah dengan kakinya.

Habis terhantuk berkali-kali kepala gadis itu di atas tar. Qyrah berkerut menahan sakit.

"Hoi!!"

Satu suara lelaki menjerkah dari belakang membuatkan lelaki itu tertoleh dan bersama para pengunjung yang sejak tadi menjadi 'penonton'.

"Kau buat apa dekat budak tu ha?!" Izz menunding jadi ke arah Qyrah. Matanya mencerlung kemarahan.

"Budak ni? Tiada apa-apa. Cuma ajar sikit ja." Balas lelaki itu lalu memijak sekali lagi kepala Qyrah. Gadis itu terbatuk namun dia tidak berbuat apa. Keadaannya sudah sangat lemah.

Izz terbuntang mata. Sikit? Tidak semena-mena dia menggenggam penumbuk.

"Lepaskan dia." Izz meminta dengan nada serius. Lelaki itu tergelak.

"Lepaskan? Kau siapa mengarah aku? Tak pernah aku jumpa lelaki macam kau yang nda benci budak ini. Dia gadis ayam betina kau?" Balas lelaki itu sambil senyum mengejek.

Bagai api disimbah minyak. Izz jadi hilang sabar. Sepantas angin, berlari laju lalu menumbuk pipi lelaki itu.

Oleh kerana tindakannya pantas, lelaki itu tidak dapat mengelak. Dia terus melayang terbang mengenai gerai-gerai yang berdekatan. Kesemua para pengunjung yang sejak tadi menonton tergamam.

Lelaki itu sedikit terkejut namun dia terus bangkit semula. Darah mengalir di pipi dia kesat.

"Kurang ajar!" Marahnya dan meluru ke arah Izz. Dia menyerang mendadak.

Izz hanya tenang dalam mengelak dan menghalang tumbukan membabi buta lelaki itu. Sekali pandang, tahulah dia bahawa lelaki itu tidak berpengalaman. Kesempatan itu dia ambil dengan terus menjentik kepala lelaki itu.

Lelaki itu terkaku. Sejurus kemudian, perlahan-lahan dia rebah dan tidak sedarkan diri. Orang ramai yang ternampak kejadian itu tergamam. Ada yang cuba membantu dan ada juga yang 'sibuk' merakam.

Izz tidak membuang masa. Dia segera menghampiri Qyrah lalu mencempung gadis itu. Dia harus membawanya pulang sementelah gadis itu cedera teruk.

Dia terus lenyap bersama angin menuju ke rumah tanpa seorang pun perasan.

**

PISAU yang dilumuri darah itu dilapnya dengan tisu. Kemudian dia memandang sekilas tubuh isterinya yang telah habis dia kuliti. Dia tersenyum puas.

"Mati pun engkau perempuan...."

Pisau terus dia sarungkan semula pada sarungnya lalu disisipkan pada pinggang. Dia kemudian menyarungkan kot hitam ke badan dan terus bergerak pergi keluar dari bilik.

"Aku nak pergi jumpa 'tuan' dahulu. Aku pasti si lelaki bangsat sudah pun mengambil Qyrah." Dia bermonolog sendirian sebelum melolos masuk ke dalam kereta.

Enjin dihidupkan dan terus bergerak di jalan raya. Sepanjang perjalanan, dia hanya fokuskan memandu tetapi terdetik di hati untuk melihat cermin pandang belakang. Dia menoleh.

Dia serta-merta tersenyum lebar. Kini, wajahnya telah pun kembali kepada asal. Tak sangka, wajah tuanya telah berubah menjadi muda. Dia gembira. Tidak sia-sia dia bunuh wanita tadi atau lebih tepat, isterinya sendiri.

"Wajah ini akan memudahkan lagi kerjaku. Kau tunggu Qyrah. Kau tak akan dapat lari lagi dari aku."

Dia tergelak puas.

*

TUK!

Tuk!

Tuk!

Tuk!

Pintu diketuk bertalu-talu. Azha, Zide dan Kai berlari anak menuju ke pintu kerana rasa risau dengan ketukan berturut itu.

"Buka pintu ni!" Ketika itu juga terdengar suara Izz meminta pintu dibuka dari luar.

Tanpa membuang masa, Zide terus membukanya. Ketika itu juga, Izz dengan laju masuk sambil mengendong seseorang.

Zide agak terperanjat melihatnya. Apatah lagi Azha dan Kai, mereka terus terlopong.

WIFELORD (REMASTERED)Where stories live. Discover now