Bab 14

1.3K 129 21
                                    

(Qyrah POV)

Merah! Iya! Memang merah. Aku tidak dapat bayangkan betapa merahnya mukaku mengingatkan insiden pagi tadi. Aku terus menunduk kepala dan hanya mendengar perbualan pakcik Arish dengan dua orang pemuda yang belum aku kenal itu kerana segan.

Sorang lagi, aku abaikan. Dia bukan urusan aku. Yaaa Allah, hilang kesucian bibir aku. Malunyaaa.

Tiba-tiba, namaku diseru.

"Qyrah..." Aku mengangkat kepala. "Ya?"

"Kamu okay tak? Diam je sejak tadi."

Aku teragak-agak untuk menjawab. Sekilas kupandang dua pemuda di sebelah pakcik Arish yang tidak memberi sebarang reaksi sebelum mengangguk kecil.

"Qyrah okay je pakcik."

Pakcik Arish tersenyum senang. Dia kelihatan kembali memandang ke arah dua pemuda di sebelahnya.

"Kamu, kenapa datang tak bagitahu dahulu?" Tanyanya kemudian.

Salah seorang daripada mereka tersengih. "Azha nak buat kejutan sebenarnya." Jawabnya.

Pemuda di sebelah kelihatan terkejut. Aku meneka itu adalah Azha "Eh? Tak pakcik. Bukan aku. Itu idea Zide."

Pakcik Arish menggeleng kepala.

"Lain kali bagitahu dulu. Boleh pakcik sambut kamu. Nasiblah Qyrah ni bangun dulu. Kalau tak, tercegat lama korang dekat luar kerana pintu terkunci." Pesannya.

Azha dan lelaki satu lagi mengerling ke arahku. Aku pula pantas menunduk malu.

Mana taknya, mereka tahu apa yang berlaku pagi tadi. Syukurnya mereka jenis yang tidak buka mulut.

"Sekejap. Zide ke mana?" Tanya Pakcik Arish tiba-tiba.

Aku yang tadinya menunduk ikut terangkat kepala. Dalam diam aku juga ingin tahu, mana perginya lelaki yang telah mengambil kesucian bibirku tanpa sengaja.

Azha kelihatan mengangkat bahu tanda tidak tahu. Pemuda yang satu lagi menggeleng kepala.

"Kai pun tak tahu." Responnya apabila pakcik Arish memandang ke arahnya.

Pakcik Arish mengangguk faham. "Mungkin dia ke taman. Biarkan saja dia."

Kai dan Azha mengangguk setuju. Tiba-tiba mereka berdua memandang aku.

"Dia ni..." Tanya Kai sambil menunding jari ke arahku.

Pakcik Arish menoleh dan terus menepuk dahi.

"Adu! Pakcik lupa nak perkenalkan. Kai! Azha! Inilah orang yang pakcik bawa sebulan lalu. Anak angkat pakcik yang baharu. Qyrah Aileen." Katanya lalu memperkenalkan diriku.

Aku menunduk sedikit tanda mengiyakan. Kemudian, pakcik Arish memandang ke arah aku pula.

"Qyrah, perkenalkan, ini Kai. Kai Kaizo." Katanya sambil menunjuk ke arah lelaki yang bernama Kai.

Kai mengangkat tangan ke arahku. "Yo!" Dia menyapa.

Aku balas dengan tersenyum.

"Ini pula, Azha. Afiz Azha."

Azha tersenyum manis. Dia melambai tangan lalu menyapa ramah.

"Holla Qyrah."

Aku membalas senyum.

"Seorang lagi, nama dia Zide Idrix tapi dia tidak ada di sini. Kamu akan bertemu juga nanti." Sambung pakcik Arish kepadaku.

Menyebut nama Zide, Azha dan Kai saling berpandangan sebelum tersenyum palsu kepadaku. Aku pantas menunduk.

Pakcik Arish menarik nafas.

"Baiklah. Memandangkan kamu bergerak awal pagi, mungkin kamu penat dan masih mengantuk. Lebih baik kamu berdua naik ke atas untuk berehat. Cuma..." Ayatnya tidak dihabiskan.

"Cuma...?" Tanya Azha.

"Cuma jangan tersilap bilik." Izz menjawab dengan suara yang ditekankan.

Lama Azha berfikir kemudian dia ketawa kecil. "Aaaaa....Baik-baik! Hahahahaha." Responnya sambil menepuk belakang Kai yang seperti biasa lambat faham.

Kai berkerut. Azha dipandang pelik. "Kau dah kenapa?" Bisiknya.

Azha tidak menoleh tetapi membalas. "Ikut je."

Pakcik Arish mengangkat kening. Kedua-duanya dipandang. Aku pula hanya memerhati.

"Ada masalah?"

Pantas Azha menggeleng. "Tak ada apa-apa. Kai nak sebilik dengan aku."

Kai kelihatan terkejut dan seakan hendak membantah namun laju Azha menghalang dengan menepuk belakang Kai dengan lebih kuat sedikit.

Pakcik Arish menggeleng. Dia bangkit dari sofa dan mula beredar menuju ke tingkat atas.

"Ikut hati kamu berdua lah. Pakcik nak naik dulu. Nak solat Subuh." Katanya sebelum menghilang ke tingkat atas.

"Baik pakcik!" Sahut Azha.

Ketika itu juga, pantas Kai menepis tangan Azha dari belakangnya. Wajahnya berkerut ingin marah.

"Sakit la bongok!"

Azha pantas meletak jari telunjuk pada mulut memberi tanda untuk senyap. Aku yang masih di situ hanya diam melihat dia pandang.

Azha tersengih. "Kami beredar dulu ya cik adik."

Azha terus mengajak Kai untuk naik ke atas. Kai juga ikut sama kerana dipaksa untuk turut serta. Kedua-duanya naik bersama bagasi masing-masing.

Tinggallah aku di ruang tamu seorang diri. Aku terus membiarkan tubuh bersandar pada sofa.

"Huh...." Aku mengeluh tanpa sedar.

Nampaknya niat hendak melarikan diri gagal aku lakukan. Tanpa sedar, kejadian tidak sengaja pagi tadi menerpa fikiran. Aku menutup mata menahan rasa segan mengingatkan hal itu.

Aku tahu ianya tidak sengaja tapi... Argh! Lupakanlah. Harap-harap lelaki itu tidak ingat. Dia mengelap bibirnya dengan hujung lengan laju-laju.

Kepala ditoleh ke tepi. Beg galas yang berisi pakaian dia pandang. Beserta keluhan, beg itu diambil sebelum dia bawa naik ke tingkat atas.

"Baik aku berehat." Ulasnya lalu beredar pergi.

WIFELORD (REMASTERED)Where stories live. Discover now